Kiwi, yang juga dikenali sebagai ‘gooseberi China’, berasal dari Lembah Chang Kiang, China dan diiktiraf buah kebangsaan negara itu. Masyarakat di sana menghasilkan tonik daripada buah kiwi kerana yakin dengan nilai nutrisinya yang tinggi terhadap kesihatan. Pada tahun 1900, buah kiwi telah ditanam di England dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, masyarakat di New Zealand yang mula menyedari rasa lazat dan penuh berjus buah itu hingga ia menukar namanya kepada kiwi, sempena burung kebangsaan di negara terbabit. Ia kemudian ditanam secara besar-besaran untuk tujuan komersial dengan jenama Zespri New Zealand.
Kiwi kaya dengan vitamin C, E, asid amino dan antioksidan. Seperti sedia maklum, nutrisi itu mampu membantu kulit kelihatan muda dan berseri. Di sini, disenaraikan kebaikan kiwi kepada penjagaan kecantikan kulit.
1. Kulit sihat dan berseri
Penuh dengan serat dan antioksidan, menjadikannya sumber terbaik sebagai julab. Pengambilan kiwi melancarkan pembuangan toksin lebihan air dalam tubuh, sekali gus memberikan kulit yang lebih cantik.
2. Regenerasi sel
Kandungan vitamin E membantu kulit lembap dan tenang. Nutrisi itu diperlukan bagi regenerasi sel dan ini membantu memberikan kulit yang awet muda.
3. Kulit anjal
Antara nutrisi penting untuk menggalakkan pengeluaran kolagen adalah vitamin C dan kiwi kaya dengannya, seterusnya menjadi kulit lebih anjal dan cantik. Kolagen adalah rangkaian protein yang perlu untuk menjadikan kulit gebu dan kelihatan muda. Ia juga penting untuk membantu proses penyembuhan luka dan menghalang kulit daripada menjadi kasar dan kering.
4. Elak penyakit kulit
Kiwi juga boleh membantu dalam rawatan terhadap penyakit kulit. Ini kerana asid lemak omega-3 yang ada boleh melindungi kulit daripada beberapa jenis masalah penyakit kulit. Ia juga penting untuk mengekalkan keadaan kesihatan sel membran.
5. Mengawal pengeluaran sebum berlebihan
Campuran kiwi dan jus lemon boleh disapu pada kulit dan dibiarkan kering sebelum dicuci bagi membantu mengawal pengeluaran sebum yang menjurus kepada masalah jerawat dan bintik hitam.
6. Kulit lebih lembut
Campuran avokado dan kiwi yang dilecekkan boleh disapu pada bahagian muka dan leher sebagai pupur semula jadi. Basuh selepas 15 minit dan kulit akan dirasakan lebih lembut.
7. Melawan radikal bebas
Antioksidan yang banyak terdapat dalam kiwi boleh meneutralkan kesan antioksidan pada kulit dan meningkatkan regenerasi kulit. Secara tidak langsung, ia memperlahankan kesan penuaan seperti kedutan, tompok pada kulit dan garisan halus.
8. Melawan jerawat
Kiwi juga mengandungi AHA semula jadi dan memiliki bahan antiradang kulit. Ia melawan jerawat, akne dan membersihkan liang roma bagi mengelak masalah kulit berterusan. Sapukan kiwi yang dilecek pada wajah termasuk bahagian yang bermasalah.
9. Melindungi kulit daripada matahari
Kesan matahari merosakkan kulit dan meningkatkan penuaan. Kiwi kaya dengan asid amino dan mampu melawan kesan selaran matahari seterusnya mengelak kerosakan pada kulit.
10. Meningkatkan penghasilan sel kulit baru
Memakan kiwi atau minum jusnya secara konsisten membantu meningkatkan penghasilan sel baru pada lapisan kulit. Ia juga meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih muda.
11. Nutrien kepada kulit
Menyapu kiwi secara terus pada kulit boleh membantu penyerapan nutrien di bahagian lapisan dermal kulit. Kisarkan sebiji kiwi dan campurkan dengan yogurt sebelum menyapunya ke wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.
12. Mencerahkan kulit
Kandungan vitamin C dalam kiwi membantu mencerahkan kulit. Sediakan penyental semula jadi kulit dengan mencampurkan kiwi, jus lemon dan oat. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cerah.
13. Penggelupasan kulit
Jangan buang kulit kiwi kerana ia boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada kulit. Kulit kiwi mengandungi enzim yang boleh menyingkirkan sel kulit mati dengan cara menggosok bahagian dalam kulit itu secara terus ke tubuh setiap hari.
Dapatkan buku :