Lapar, letih dan dahaga adalah perkara biasa bagi seseorang yang menunaikan ibadah puasa.
Berikut adalah beberapa menu minuman untuk berbuka puasa yang dapat memberi kesegaran dan tenaga untuk menunaikan ibadah di bulan puasa.
Cendol
Cendol yang diperbuat daripada tepung yang mengandungi kabohaidrat dapat memberi tenaga setelah seharian berpuasa. Gula merah memberi tenaga selain itu gula merah dapat membersihkan pembuluh darah, melancarkan sistem pencernaan, dan mencegah anemia. Menurut Men 's Health, bahawa santan mempunyai kesan yang cepat untuk mengenyangkan.
Air Kelapa Muda.
Air kelapa bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tapi dapat memberi kesegaran pada tubuh badan dengan cepat. Kandungan elektrolit pada air kelapa muda dapat mengembalikan cairan tubuh setelah terhidrat sepanjang hari berpuasa.
Jus Buah-buahan
Jus buah amat popular dijadikan sebagai menu minuman berbuka puasa. Jus buah-buahan seperti buah naga, avokado, tembikai, nanas, strawberi dan buah-buahan tropika lain mengandungi vitamin yang dapat mengembalikan keperluan nutrisi pada tubuh anda. Sesuai untuk yang sedang berdiet kerana jus buah dapat mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.
Berikut adalah resipi jus untuk panduan anda.
Carrot + Ginger + Apple
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan.
Apple + Timun + Saderi
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
Tomato + Carrot + Apple
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
Peria + Apple + Milk
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
Orange + Halia + Timun
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.
Nanas + Epal + Tembikai
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.
Apple + Timun + Kiwi
Untuk mencerahkan warna kulit .
Pear & Banana
mengawal kandungan gula.
Carrot + Apple + Pear + Mango
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaanawet muda !
Honeydew + Grape + Tembikai + Susu
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan
Betik + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.
Pisang + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit
Cincau.
Cincau bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan, Salah satunya cincau dapat mengembalikan fungsi metabolisme tubuh dan melancarkan sistem pencernaan. Kandungan klorofil yang mudah diserap dalam aliran darah juga berfungsi sebagai zat antioksida yang tinggi.
Susu
Sememangnya semua orang tahu bahawa susu mengandungi kalsium dan protien yang tinggi. Kandungan protien yang tinggi dapat memberi anda tenaga sepanjang hari berpuasa. Anda juga boleh menambahkan cincau ke dalam segelas susu anda untuk rasa yang lebih sedap.
Jus Kurma
Buah kurma atau tamar amat popular setiap kali menjelang Ramadan. Buah kurma dapat memberi tenaga yang cepat untuk tubuh badan. Hal ini adalah kerana kandungan gula (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Bagi mempelajari cara menyediakan jus kurma anda boleh layari di https://siraplimau.com/cara-buat-jus-kurma-susu-puasa.
Dah Ada Idea Untuk Pakai Raya Tahun Ni Ke?
Jom Intai > Gaya Ekslusif Untuk Raya Anda.