Taip Bahan Carian

Rabu, 23 Mac 2016

Bahaya Duduk W

Jangan biarkan anak duduk begini!

Jika anda selalu melihat anak anda duduk dilantai dengan kaki dilipat ke belakang seakan bentuk W, HENTIKAN tabiat duduknya.

Ini kerana kedudukan seperti itu akan memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak anda kelak.

Kenapa Duduk W Bahaya Pada Anak?

Menurut kajian postur duduk dalam posisi 'W' adalah merbahaya bagi perkembangan kanak-kanak dan boleh menyebabkan masalah ortopedik. Antara masalah yang bakal timbul apabila ia dewasa adalah;


  • Hip Distortion
  • Knee and Foot Distortion
  • Poor Development of Core Muscles
  • Lack of Cross-Body Coordination


Dalam laman berita The Sun, Khamis (31/12/2015), Dr Claudia Chaloner menerangkan bahawa postur duduk 'W' bukan hanya mempengaruhi kedudukan tulang pinggul, tetapi juga lutut dan pergelangan kaki. Hal ini, akan menghalang perkembangan otot postural.

"Posisi duduk 'W' akan menyebabkan perkembangan otot postural terbantut sehingga menjejaskan keseimbangan atau kestabilan tubuh badan apabila ia dewasa kelak.

Dia juga menjelaskan, bagaimana duduk dalam posisi 'W' menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi pinggul dan mengaktifkan otot teras di perut untuk menjaga postur tegak.

Selain itu, duduk dalam kedudukan 'W' juga boleh menyebabkan sendi lemah, menghalang otot-otot postural, kemahiran motor (seperti berjalan dan berlari), koordinasi dan keseimbangan tubuh badan.

Apabila anak duduk dalam keadaan 'W' , mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi. Sebenarnya ketika duduk dalam postur 'W' , mereka hanya menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Posisi 'W' juga akan mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak anda hingga boleh menyebabkan masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah cara anak anda berjalan terjejas dan juga menyebabkan anak anda hilang keseimbangan tubuh badan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

Sumber:

http://www.yummymummyclub.ca/family/toddlers/20121001/the-dreaded-w-sitting-in-toddlers 
http://thinkingmomsrevolution.com/thinking-moms-guide-to-red-flags-w-sitting-and-toe-walking/ 
http://www.sheknows.com/parenting/articles/1109099/w-sitting

Selasa, 15 Mac 2016

Tips Didik Anak Hafal Al-Quran


Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Mendidik anak menjadi seorang tahfiz atau menghafaz Al-Quran bukan lah suatu yang mudah, tetapi dengan tips-tips dibawah, insyaAllah.. mudah-mudahan anak anda menjadi seorang tahfiz.

Tip 1 : Mainkan audio Quran sepanjang masa di rumah dan dalam kenderaan.

Teknik ini adalah paling asas untuk menimbulkan minat awal anak terhadap al-Quran. Ini kerana deria manusia pertama yang memberi respons dalam pembelajaran ialah melalui pendengaran sebelum penglihatan dan sentuhan. Anda boleh belikan pembesar suara yang baik dan CD audio Syeikh Misyari Al-Fasi ‘original’ untuk menarik minat pendengaran anak.


Tip 2 : Abang long ‘The Trendsetter’

Teori ini diambil daripada buku keluaran Profazz dan digunakan dalam mendidik anak-anak khususnya ketika proses menghafaz Quran. Teori ini menceritakan segala tindak tanduk anak sulung akan diikuti adik-adiknya.


Tip 3: Latih anak menghafaz secara konsisten seawal umur 5 tahun

Sebelum 5 tahun, anak anda boleh didedahkan dengan sebutan makhraj huruf, kalimah ALLAH SWT, nyanyian doa, zikir secara santai. Ketika umur mereka masuk 5 tahun pada bulan Januari, ibu bapa perlu ambil serius kerana anak sudah bersedia ketika ini. Belikan muqaddam bersaiz besar, sediakan jadual surah dan beli CD.


Tip 4 : Kurangkan/tidak menonton televisyen/gajet elektronik

Elakkan anak anda dari asik menonton televisyen terlalu lama. Hafalan anak boleh terjejas disebabkan asik menonton televisyen. Fikiran agak khayal dan kurang fokus kesan daripada peralatan elektronik tersebut.  Jika sekali-sekala menonton mungkin tiada masalah, asalkan rancangan ilmiah. Sebaiknya, ibu bapa ada bersama-sama menonton ketika itu.


Tip 5 : Ibu bapa perlu cuba menghafal, jangan sekadar mengarahkan

Anak seronok bila mereka tahu anda turut menghafal surah yang mereka hafal. Timbul suasana pembelajaran yang menarik. Kadang-kadang anda boleh lakukan tasmi’ (perdengarkan) bacaan kepada mereka.


Tip 6 : Mulakan dengan surah mudah

Mudah bukan bermaksud pendek, tetapi ayatnya mudah dilafazkan dan tidak banyak pengulangan sebutan yang hampir sama. Ini penting bagi mengelakkan anak rasa susah di peringkat awal. Juz 30 ada 37 surah. Pecahkan kepada dua bahagian. Bahagian satu adalah surah versi pendek yang mudah bermula dengan Surah An-Nas dan berakhir dengan Surah Ad-Dhuha kerana sering dibaca dalam solat.


Tip 7 : Bercerita

Gunakan teknik penceritaan supaya anak tahu dan menguatkan lagi minat mereka untuk menghafal. Contohnya, sebelum baca Surah Al-Fiil, anda ceritakan kepada anak mengenai hebatnya ALLAH dalam menewaskan gajah dan tentera Abrahah. Ini sekali gus menguatkan akidah mereka. Semua surah ini diturunkan di Makkah yang menekankan bab akidah melainkan dua surah iaitu Surah An-Nasr dan Surah Al-Bayyinah.

Selamat mencuba, semoga usaha dengan kemampuan yang ada, niat supaya anak anda dekat dengan Quran, dekat dengan penciptanya. Selamat beramal dan istiqamahlah!


Tips- tips ini adalah sumber dari pengalaman SYED MOHD AIZUDDIN TUAN SEMBAK & NAFISAH ABDUL LATIF di http://www.sinarharian.com.my/rehal/tip-didik-anak-5-tahun-hafaz-juz-30-1.495978

Ramai di antara kita yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan hukum bacaannya. Jika tatabahasa Melayu perlu betul sebutannya, maka bacaan al-Quran juga harus sempurna tanpa cacat cela. Jadi, apa rahsia atau teknik untuk menjadikan bacaan kita sempurna dari segi sifat, makhraj dan hukum?

KUASAI ILMU TAJWID CARA MUDAH diterbitkan khusus buat anda yang tercari-cari kaedah untuk mendalami ilmu tajwid secara berkesan. Tiada penerangan panjang lebar, hanya kaedah peta minda yang akan membantu anda mempelajarinya dengan lebih mudah. Penyampaian yang menarik, mudah dan mantap menjadikan pengisiannya sesuai untuk semua peringkat umur. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai cenderahati buat insan tersayang.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...