Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah :
a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa
temuduga
PERSEDIAAN
1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
- Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon
- Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan
- Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan
2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.
3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara
tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.
6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.
7. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.
8. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
9. Sediakan nama dan lain butir mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.
TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan gelisah.
4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.
7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga dahulu, jangan anda memulakannya pula.
8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel yang menemuduga anda supaya mereka merasa dihormati.
11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali bergaduh dengan mereka.
12. Jangan mengunyah apa-apa di dalam mulut.
13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu.
23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
KLIK