Hari ni tak ade ape info atau bahan yg nak aku kongsikan bersama,,, hanya semua dialog yang diambil dari forum yang TOP di Malaysia. Dalam forum tu ade la,, hamba Allah yang buat satu misi membuat wang adsense disamping berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan-rakan forum,,,, tapi akhirnya jodoh perkongsian tak berpanjangan... bacalah coretan beliau yang saya paste disini. semoga kita atau newbie2 adsense dapat memperolehi sedikit sebanyak tips tentang adsense ...
..........................................................................................
04-12-2010 11:48 PM
Experimen Adsense $1000 Sebulan (Halal)
Membuat duit dengan adsense merupakan satu teknik terbaik untuk menambah perdapatan sampingan kepada sesiapa sahaja yang berkecimpung di dalam dunia internet. Prinsip buat duit dengan adsense adalah sangat mudah - dapat klik, dapat duit.
Namun begitu, di sebalik bunyi 'mudah' itu, ianya tidak semudah yang didengar. Teknik-teknik blackhat adalah dilarang sama sekali bukan sahaja kerana 'rezeki' yang diterima adalah haram dan merugikan para pengiklan malahan boleh menyebabkan akaun anda di ban dalam sekelip mata sahaja.
Ramai penggiat adsense yang halal mampu menghasilkan pendapatan lebih $1000. Malahan saya mengenali salah seorang dari mereka kerana beliau adalah rakan saya di universiti sekarang ini (dia dah goyang kaki makan duit adsense sekarang ni).
Tetapi, apa rahsia mereka sehingga mampu menghasilkan pendapatan sebanyak itu?
Tujuan thread ini tidak lain tidak bukan untuk merekodkan perjalanan saya membuat duit dengan adsense. Akaun yang digunakan menggunakan nama emak saya sebab saya nak jadikannya sebagai sumber kewangan beliau sekiranya saya mati tiba-tiba (ajal sapa yang tahu).
Experiment bermula pada hari esok.
Thread akan dikemaskini 2 kali seminggu (rabu dan ahad).
Screen shot pada setiap hari ahad.
Masa yang diambil adalah 2 jam sehari (isnin - jumaat) dan 6 jam pada hari sabtu. ahad cuti (malas nak overtime. study la hehehe)
Kandungan semuanya hasil tangan sendiri.
Modal permulaan $100 = RM 318.00
Teknik yang digunakan = seo 'gila' yang baru bertaraf teori (sebab tu tulis experiment).
Software = tarak le. kita main stail modal tenaga, bukan modal duit.
Hipotesis 1: $200 sebulan dari sekarang
Hipotesis 2: $500 2 bulan dari sekarang
Hipotesis 3: $800 3 bulan dari sekarang
Hipotesis 4: >$1000 4 bulan dari sekarang
Projek tamat pada 14 Ogos 2010. Sekian
...................................................................................................
04-14-2010 03:40 AM
Update 1
apa yang telah lakukan setakat ini
-kajian kata kunci dan 5 ibu kata kunci (theme keywords) dapat dikenalpasti (selepas ujian dah dapat cop SIRIM - bapak saya punya.. kwang3x)
-kajian lebih kurang 6 kata kunci tambahan untuk ibu kata kunci yang pertama
-beli 5 domain
-sewa hostgator baby hosting package (mungkin akan ditukar kepada reseller atau vps pada masa akan datang)
-kajian kandungan laman web (baca ala kadar 20 url pertama yang terkeluar di google bila saya lakukan carian dengan menggunakan ibu kata kunci pertama dan kata kunci tambahannya. ditemani pen dan kertas, saya tulis 20 isi/idea penting tentang niche tersebut)
kos: 5 domain = $44.05
hosting = $7.95 bulan pertama ($9.95 untuk bulan-bulan seterusnya)
jumlah kos = $52.00
baki modal = $48.00
masalah: bercelaru juga mulanya sama ada saya hendak beli 2 lagi domain tambahan. namun, selepas itu saya buat keputusan untuk teruskan projek dengan 5 domain dahulu dan mungkin beli 5 domain tambahan pada masa akan datang (rilek la.. ada 4 bulan. kita boleh pusing duit tu.. hehe.. cam poyo). jujurnya, tak tau sama ada target dapat dicapai atau tidak dan kemungkinan tiada masa seperti yang telah dijadualkan. tapi, semangat zaman akan diteruskan.
nota: terima kasih rakan-rakan forum semua. sayang la kat korang. daripada tidur petang-petang.. yela, dah hujan je tak dapat la main bola, kita main la laptop ni sambil-sambil buat duit. stail sengal-sengal ubi je.. jumpa hari ahad. tata
...............................................................................................................
04-18-2010 12:53 AM
Update 2
2 website (6 artikel x 2 = 12 artikel) dah siap tapi baru satu je yang telah dirasmikan secara langsung.
Disclaimer
1. Saya tahu ramai di sini beli buku JWA. sapa pernah baca beberapa muka surat buku tu (kawan perempuan saya punya. masa tu betulkan laptop dia. dah nangis2, kita tolong la. ye tak? jenguk sikit je). Dengan kata lain, teknik yang saya gunakan adalah teknik tersendiri yang pada asalnya diturunkan daripada kawan saya kepada saya la (kita tak main ilmu2 hitam ni)
2. Berdasarkan no1, maka dengan itu kemungkinaan segala persoalan yang ada nyatakan tidak mungkin saya dapat jawab sekiranya ianya berdasarkan apa yang anda pelajari dari buku tersebut. Ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.
3. Kenapa eksperimen dengan modal $100 sahaja yang digunakan? Saya faham tidak ramai orang di sini yang mampu nak keluarkan duit yang banyak untuk mula buat laman web (beli domain + hosting). Sebab tu saya hadkan kos dan tidak upah orang menulis artikel (artikel untuk laman web adsense tak perlu mempunyai kandungan yang sangat bagus. hanya sekadar bagus - grammar dan tidak ciplak). Tetapi, seandainya anda berasa tidak mampu juga untuk menulis, sila upah orang menulis artikel anda. Kelebihan saya di dalam projek ini ialah kemahiran berbahasa inggeris dan pengalaman saya sebagai 'ghostwriter'. Jadi menulis artikel yang sengal-sengal ubi dalam masa yang singkat tidaklah sukar bagi saya. Pengalaman saya dan rakan-rakan dengan google adsense, jikalau bahasa inggeris yang anda gunakan di laman web anda merapu, anda meletakkan risiko pada akaun adsense anda (sila lindunginya sebaik mungkin).
4. Saya tidak pernah menggunakan teknik 'quote' untuk kajian kata kunci. Kita hanya bersaing dengan 10 laman web di muka surat depan google. Jujurnya, penggunaan 'quote' adalah sama sekali tidak relevan. Malahan google telah mengambil langkah mengelirukan anda dengan menunjukkan nilai yang tinggi dari yang sepatutnya bila anda menggunakan 'quote'.
5. Saya bukanlah baru di dalam pemasaran internet. Tetapi saya tidak pernah bersungguh-sungguh buat laman web adsense. Tumpuan saya lebih terarah kepada perkara lain. Dan seperti dinyatakan sebelum ini, disebabkan hujan setiap hari dan saya tidak dapan bermain bola, maka apa salahnya buat satu projek dan tetapkan matlamat. Maka wujudlah thread ini.
Apa yang akan saya lakukan?
1. Membuat kajian kata kunci tambahan untuk 3 lagi domain yang sedang terbiar.
2. Menulis => 6 artikel bagi setiap domain.
3. Menulis kembali semua artikel yang telah ditulis untuk dihantar kepada artikel direktori.
p.s: Saya akan kongsikan template yang telah saya gunakan dan telah menghasilkan >40% ctr. Tiada taktik kotor. Klik yang anda akan perolehi semuanya secara semulajadi dan halal. Ingat keberkatan kita dalam mencari rezeki.
p.s.s: adsense untuk website baru dapat $0.20. almaklum, baru petang tadi disenaraikan dalam google. tengah menari lagi. tunggu seminggu untuk kita lihat dimanakah ianya berada. tata.. titu..
.....................................................................................................
04-25-2010 09:18 PM
Update 3
Eksperimen saya ni akan terbengkalai mungkin dalam tempoh sebulan sebab ada tugas lain yang lebih memerlukan. tidak pasti sama ada saya akan bayar orang untuk menulis artikel untuk projek ini atau tidak kerana selama ini memang segala artikel saya tulis sendiri. almaklum ghost writer.
OK. dipendekkan cerita, saya tak buat apa2 lepas update ke2. website ke-2 sedang dinaikturun sekarang ni. memang takda masa nak menghadap laptop. hari tu buka wangcyber nak bagi update, tapi tak terlampau lambat. esoknya buka ada lagu nur kasih.pelik. takut ada virus terus keluar je.
website pertama sudah berada di muka surat 1 google dan hingga hari ini menghasilkan $8.++. terer x? hehehe.
ok, saya cerita sikit teknik mudah seo untuk website baru yang membolehkan laman web anda selamba je kat mukasurat 1 tanpa backlink. tapi ianya bergantung kepada persaingan kata kunci.
sebelum tu, nak cerita sikit tentang membuat kajian kata kunci. saya xpernah guna teknik quote sebab bila kita bersaing, kita bersaing dengan 10 teratas. boleh juga guna teknik quote dengan sedikit ubahsuai, tetapi tidak berkesan setiap kali digunakan.
untuk adsense, traffik memang penting. saya selalu pilih kata kunci 5k ke atas. kemudian saya akan tengok laman web yang di muka surat pertama google tu, mukasurat dalam atau root domain yang berada di situ.
contohnya (contoh je tau sebab saya malas nak cari contoh lain):
kata kunci: make money online
kalau kawan2 tengok yang berada di muka surat pertama kebanyakannya adalah root domain, bukan muka surat dalam. saya akan terus tinggal apa2 kata kunci yang mana ada 3 root domain.
biasanya saya mulakan kajian kata kunci dengan 100 kata kunci. kemudian saya pastikan kata2 kunci tersebut tidak mempunyai 3 root domain di muka surat pertama google. takda langsung lagi le bagus.
katalah saya dapat 56 kata kunci yang tiada root domain, kemudian saya akan set banyak mana backlink yang saya rajin nak buat. katakan saya rajin buat 20 sahaja. jadi, bagi mana2 kata kunci, sekiranya lebih 5 laman web di muka surat 1 google mempunyai kurang 20 backlink, saya serang kata kunci tu. kalau anda malas, kata la le taknak buat backlink langsung, kira 0 le kan, jadi pilih kata kunci yang mana ada 5 atau lebih laman web di mukasurat 1 google tiada backlink. tapi, tak payah la malas sangat. set la banyak skit dalam 30. kadang2 orang tu punya backlink ada 30 pun kalau setakat spam kat forum/blog/bookmarking, selamba je boleh potong kalau cara kita buat (xspam tau) betul.
itulah cara manual saya. memang penat. kalau nak cek backlink tu, guna add-on firefox. ada 2, seo for forefox atau seoquake. google la nama tu.
ada lagi cara lain. tapi memakan masa lebih lama dan leceh. biasa saya minta kawan saya yang buat analisis kata kunci. dia n the geng ada perisian sendiri. algorithm perisian tu diaorang guna berdasarkan kajian diaorang untuk eksperimen statistik. memang sangat power.
skrg seo pula. minggu pertama, saya hanya akan bookmark. 2 bookmark setiap hari. maka 2x7=14 bookmarking site.
lepas tu, setiap minggu, bagi 6 minggu pertama, saya akan tambah 1 artikel. kemudian, 1 artikel setiap 2 minggu. saya akan bookmark hanya menggunakan 2 bookmarking site bila saya tambah artikel baru (ini untuk selepas minggu pertama). biasanya, saya ada sekurang2nya 10 artikel untuk setiap laman web. maka, masa untuk setiap laman web yang diambil sebelum saya tinggal dan jadikan mereka sebagai ATM saya ialah 3 bulan 2 minggu.
nak cerita tentang cara backlink artikel direktori, web2.0, blog tambahan dan gambarajah yang saya guna untuk strategi supercharging seo memang xboleh kat sini. dah serupa saya tulis buku.
tentang template yang saya gunakan, saya ambil keputusan untuk simpan selepas mendengar nasihat rakan2. sebab? takut ada hasad dengki. tapi saya akan lukiskan macamana susunannya nanti (cuma xboleh bagi yang betul2)
nota:
bookmarking bukan backlink. ianya cuma power sementara je dan untuk kasi spider2 si google cepat datang ke laman web kita. tapi tak mustahil bila dapat boost power dari bookmarking, ranking kita xjatuh walaupun power bookmarking tu dah hilang. tapi bergantung juga pada kata kunci. kata kunci tu paling penting.
jumlah backlink tu sekadar untuk berada di muka surat 1 google. kalau nak no1, kena la tengok laman web kat atas. berdasarkan eksperimen kawan2 saya, biasanya 4 kali ganda jumlah backlink persaingan yang kita rajin nak buat. kata saya rajin buat 30 backlink untuk website saya. jadi, kalau ada 5 atau lebih laman web di muka surat 1 google mempunya kurang atau sama dengan 30 backlink, saya boleh berada di muka surat satu (memang kompom la) dengan 30 backlink (kekadang xpayah pun macam website saya tu tapi ikut le cara yang saya ajar tu. kalau tak jejak dekat muka surat satu tu, tambah le backlink dengan cara lain. ingat, bookmarking bukan backlink). jadi kalau saya nak berada di 3 teratas (insya'Allah), 30x4=120 backlink.
tata
.................................................................................................
04-28-2010 01:53 PM
cuma nak sampaikan sesuatu di sini. kalau kita nak buat duit di internet ni, sama ada adsense, affiliate, produk sendiri, etc.. yang penting mindset kita.
saya ada tulis pandangan saya tentang ini. post di blog saya boleh dikatakan kontroversi sikit bagi orang yang belum betul2 dapat buat duit yang beribu2 di internet. tapi orang yang dah buat, akan senyum sebab mereka faham apa yang dimaksudkan.
apa yang penting bagi saya kita kena ada sistem yang boleh diulang-ulang sahaja. itu je. sama je perniagaan offline dan online. xde rahsia. cuma sistem tu nak buat yang susah.
saya dah bagi sistem asas saya tentang adsense. kenapa saya xjual? sebab saya nak tolong rakan2 dan tumpuan saya lebih terarah kepada perniagaan consultation. adsense ni saya buat sbagai pendapatan sampingan. tapi kalau buat betul2. setakat $5000 sebulan celah gigi je. tapi kena bagi masa biasanya 3-4 bulan baru betul2 nampak duit tu.
kepada yang belum terasa betul2 buat duit ribu2 di internet ni, saya sarankan pergi ke website xrasmi saya lonerangersurvivor.weebly.com
baca muka surat depan lepas tu baca post saya di blog tu. kemudian fikir apakah maksud yang ingin di sampaikan. mendalam semua tu.
p.s: saya ni xde degree pun. berhenti sekerat jalan sebab xde org nak jaga mak saya sakit.
p.p.s: tapi Allah mungkin nak tunjukkan peluang dan bakat saya di mana, tercebur saya di dunia internet ni. Alhamdulillah, kalah gaji bapa saya
p.p.p.s: kalau niat kita nak buat duit dan berniaga di internet ni untuk duit semata2, anda xkan berjaya. niatkan hendak tolong orang. xkira la laman web atau artikel anda itu untuk adsense, affiliate atau perniagaan anda sendiri, insya-Allah anda akan berjaya
p.p.p.p.s: pergi ke lonerangersurvivor.weebly.com dan cuba selami maksud yang saya ingin sampaikan. saya ada website rasmi tapi saya nak simpan identiti saya.
-----------------------------------------------------------------------------
05-06-2010 01:30 AM
Benda ni adalah kira2 asas. Terlampau asas. Saya tidak katakan saya bijak tapi saya seorang yg amat teliti.
Bagi saya sesuatu kejayaan/keberkesanan sesuatu sistem itu mampu diukur. Dengan kata lain, dalam hidup kita,
kita sama sekali tidak boleh lari dari matematik (saya amik math) apatah lagi bila kita menceburkan diri
dalam bidang 'mencari wang' tidak kira sama ada secara sampingan mahupun secara serius.
Orang yang bijak meneliti sesuatu sebelum mengambil tindakan. Jadi, kemahiran meneliti dan mengukur tahap keuntungan
kata kunci dan teknik terbaik di dalam pengiklanan membezakan antara kita semua.
Dalam post lepas saya ada katakan saya hanya ambil kata kunci yg bernilai >= 5000.
Saya bagi beberapa sebab.
1. Saya nak hasil yg diperoleh berbaloi.
2. Saya nak fokus hanya kepada beberapa laman web sahaja. Xpayah nak habiskan masa kendalikan proses seo yg byk (lg byk laman web, lg byk seo)
3. Yg 5000 tu ibu kata kunci. Tambahan dia biasa saya xkisah. Tapi kebiasaannya, yg tambahan tu memainkan peranan untuk menjadikan laman saya
authority bagi ibu kata kunci justeru rank lagi tinggi. Benda ni pasal 'siloing' dan 'thematic'.
5000 x 0.4 SEO CTR x 0.2 ADSENSE CTR x ($1 x 50% dari duit tu je yg masuk duit kita) = $200
Itulah pendapatan laman web saya SEKURANG-KURANGNYA. Kebiasaannya lebih sebab:
1. CTR ADSENSE saya biasanya lebih 40%
2. kata kunci tambahan menambah pelawat justeru duit dari adsense dan produk amazon (kalau bersesuaian dengan niche tersebut)
Saya dah ada dalam 50 laman web adsense guna teknik ni sebelum saya kenal wangcyber ni. Agak2 berapa income adsense saya sekarang?
Cuba tanya Nabil raja lawak apa jawapannya.
note:
1. Eksperimen ni guna acc adsense mak saya. rumah lain. internet lain. segala2nya lain. tapi sekarang terbengkalai sebab
saya dapat beberapa projek dari klien tetap saya dan dia bayar double untuk kerja saya (rezeki). Sapa xnak
2. nak buat benda ni kena sabar. bukan sekelip mata je. bagi la setiap laman web tu 3-4 bulan sebelum betul2 rank dan kumpul duit
--------------------------------------------------------------------------------------
05-06-2010 01:35 AM
Kepada yang bagi sokongan, 'sankyu'!
Tapi kena minta maaf la awal2 sebab xtau bila nak mula balik. tengah sibuk ni buat beberapa projek dan merancang untuk berjalan2 (nak gi sipadan. nak ikut )
Saya xberapa suka outsource untuk menulis sebab dah terbiasa buat sendiri
Apa-pun, saya dah bagi terang2 lagi bersuluh apa yg saya buat. Percaya ke tak, terpulang.
Pada yg minta personal coaching tu, buat apa2 la nak personal coaching kalau setakat adsense ni. Xda rahsia pun.
1. Cari keyword yg kurang saingan
2. Tulis artikel
3. SEO
4. Tunggu 3-4 bulan (sebenarnya xpayah. cuma ini jangka masa saya untuk sesuatu laman web sama ada ianya perlu tumpuan atau x. kalau byk buat duit, bg tumpuan lebih sikit)
5. Ketawa lepas keluar bank setiap hujung bulan
Note: xda yg mustahil dalam hidup ni
------------------------------------------------------------------------------------
05-06-2010 01:45 AM
benda asas tu kena betul. kalau asas xbetul, semua jadi meracau. bila asas dah betul, lepas tu nak bantai pakai senuke, LFE, UAW, xrumer, etc... gi la bantai
yg saya xbagi kat sini ialah teknik seo advance saya. macam saya cakap. berlatih yg asas sampai betul2 dapat.
saya punya seo byk pakai duit sebab melibatkan perisian sendiri dan luar.
lagi satu saya nak bagi nasihat. kepada pembuat autoblog tu. hati2. kalau income xseberapa, google xkisah. tapi bila income tu dah melambung2, memang tunggu surat cinta je la. jangan cakap saya tak pesan.
SAYANGILAH AKAUN ADSENSE ANDA.
--------------------------------------------------------------------------------------
06-04-2010 05:08 PM
Wordpress ok. blogspot pun ok. tapi saya prefer blogspot tapi guna domain sendiri. blogspot ni kalau sapa-sapa tahu cara setup dia yg betul memang best. senang je rank.
wordpress saya xberapa suka sebab senang kena hack. serik juga dulu kena hack habis semua down. kalau setakat satu laman web je dalam hosting tu, kira xkisah la. tapi kalau sampai 30, down satu hari je boleh rugi banyak.
kalau wordpress, saya guna theme sendiri buat guna artisteer.
kalau sapa2 yang xreti nak guna wordpress tu, guna je olskool style, NVU. tengok berapa byk page. biasanya kalau byk saya pindah kepada wordpress walaupun asalnya guna NVU.
NVU lama skit. yg baru kompozer. tapi saya dah terbiasa pakai NVU untuk laman web simple.
update: target $500 dah lepas dah. cuma malas nak update. sekarang tengah buat eksperimen untuk double kan income setiap laman web.
note: pada siapa-siapa yang pelik macamana saya boleh laju je buat adsense ni. saya dah ada byk pengalaman. kalau rujuk balik pada 1st post, eksperimen ni guna akaun emak saya. screenshot akaun saya xkan saya tunjukkan.
yang paling penting buat adsense ni keyword research. dapat keyword senang, CPC okay dan traffik okay, maka tidurlah kamu pada bulan-bulan seterusnya dan dengan selambanya pergi ke bank tiap-tiap bulan keluarkan beratus-ratus dolar (belum tukar RM tu) tanpa perlu mengadap komputer setiap hari terkial-kial memikirkan apakah nasib buat duit dengan internet tapi dapat singgit dua je.
--------------------------------------------------
???????
-----------------------------------
sepi tanpa update
dialog dari rakan forum....
10-14-2010 11:25 AMDulu aku ada ber PM dgn Lightning.Die menghilangkan diri bukan sebab die bz atau gagal.Antara sebabnya, die ada dpt PM-PM 'busuk'. Ape benda yg 'busuk' tu aku sendiri pon dah tak ingat sbb dah lama PM tu aku delete.Jadi TT pergi la main jauh2. Niat dihati nak membantu org tapi tu lah, kdg2 ada je mendengki.11-07-2010 03:59 PMtu la pasal..aku pernah cakap dalam WC ni ramai sangat yg jadi 'tukang kerat' ... tapi ramai yang tak percaya .. hu hu ...dan tukang kerat tu pulak kekadang tu bukan tahu aper pun yg dia dok kerat tu .. biarlah perbincangan cara orang matang skit , jangan jadi budak sekolah .. nak kerat pun biarlah yg membina .. Bukan aper sebenarnya kita sayang bila ada orang yg benar2 berilmu nak kongsi ilmu tetiba kena kerat dek 'tukang kerat' yg tak berapa pandai tu dan merajuk lalu tinggalkan WC ... sapa yang rugi ? Warga WC juga yg rugi ...p/s : Aku bukanlah hebat sangat .... 2006 lagi aku dah ada dlm list WC ni .. tp ngaper post aku sikit ... sebabnyer aku menyampah dengan 'TUKANG KERAT' yg rasa dia hebat sangat ...mana rakan2 aku yg lain ... kami telah beramai2 berhijrah ke Kg lain yg lebih matang dalam berbicara ... he he ... namun disebabkan sayangkan WC sekali2 kami menjengah jua ke sini ... We Love WC ...