|
Berkesankah Hand Sanitizer Tanpa Alkohol?
|
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan WHO menyarankan untuk menggunakan hand sanitizer yang mengandung 60%- 80% Ethyl Alcohol atau Isopropyl Alcohol. Bahkan, hand sanitizer dengan kadar alkohol 70% dianggap paling efektif untuk membunuh berbagai virus, parasit, kuman dan bakteria.
Virus terdiri daripada pelbagai rantai kod genetik yang tersimpan dalam jenis "kulit" yang disebut kapsid. Sementara itu, beberapa virus seperti coronavirus biasanya mempunyai lapisan lemak, fosforus, protein dan glukosa tambahan.
Kandungan alkohol dalam pembersih tangan, terutamanya Ethyl Alcohol dan Isopropyl Alcohol, dapat memecah dan merosakkan ikatan ini. Dan akhirnya, virus tersebut tidak dapat bertahan, dan akhirnya mati.
Walaupun begitu, penggunaan dand sanitizer tetap tidak dapat menandingi kaedah mencuci tangan menggunakan air dan sabun. Oleh itu, pastikan anda hanya menggunakan hand sanitizer apabila tidak boleh mencuci tangan.
Terdapat juga hand sanitizer tanpa alkohol. Biasanya, alkohol boleh menyebabkan kulit tangan menjadi kering. Orang yang mempunyai kulit kering dan sensitif tentunya cenderung mengalami keadaan ini.
Hand sanitizer tanpa alkohol mengandungi pengganti seperti benzalkonium klorida, yang dapat mematikan kuman, tetapi bukan membunuh semua jenis kuman.
Hand sanitizer yang mengandungi benzalkonium klorida hanya akan menghalang jangkitan, tetapi tidak membunuhnya 100%. Oleh itu, penggunaan hand sanitizer tanpa alkohol dianggap kurang berkesan dalam mencegah penularan virus korona.
10 FAKTA PENTING TENTANG HAND SANITIZER
1. Terdapat 2 jenis hand sanitizer iaitu berasaskan alkohol(alcohol based) dan bukan berasaskan alkohol(non alcohol based).
2. Disarankan menggunakan hand sanitizer yang mengandungi alkohol 60-95% kerana lebih berkesan dalam membunuh kuman.Alkohol adalah suci bukan najis.
3. Tidak disarankan menggunakan hand sanitizer bukan berasaskan alkohol kerana mengandungi Benzalkonium Chloride atau Triclosan yang berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.
4. Hand sanitzer hanya berkesan membunuh kuman/virus dan tidak mampu menanggalkan racun perosak,kotoran,gris,minyak dan habuk.
5. Kandungan alkohol 60-80% mampu membunuh semua bakteria termasuklah Tuberculosis(TB).
6. Kandungan alkohol 90% boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis bersarung(enveloped) seperti virus influenza dan HIV.
7. Hand sanitizer digalakkan hanya ketika tiada air dan sabun kerana sabun dan air boleh membuang spora bakteria(seperti Clostridiodes difficile), parasit( seperti Cryptosporidium) dan virus(seperti norovirus).
8. Hand sanitizer akan mengeringkan kulit kerana alkohol mudah meruap ke udara. Pilih yang jenis gel yang mengandungi glycerol,ia boleh melembapkan kulit.
9. Jangan terlalu kerap menggunakan hand sanitizer kerana ia membunuh bakteria baik di kulit.
10. Elakkan hand sanitizer berhampiran dengan punca api terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi kerana ia mudah terbakar.