Intipati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'.
Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.
Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.
Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.
- Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion
- Kerajaan
unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019
- Kerajaan
akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021
- Kerajaan
akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan
- Kerajaan
akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas
tunai bermula 2021
- Defisit
fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan
kerajaan terdahulu
- Kerajaan
komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada
3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021
- Kerajaan
Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang
dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3
- Kerajaan
akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan
hutang serta liabiliti kerajaan
- Projek
Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender
terbuka
- 1MDB
dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC
dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang
telah dibayar
- Hutang
langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus
daripada KDNK pada akhir 2017
- Hutang
rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK
pada 2019
- Jumlah
liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6
peratus yang dijangka pada akhir 2018
- Kerajaan
akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik
- Model
Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya
kaedah rundingan terus
- Kerajaan
merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat
kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan
- Kerajaan
akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang
pertama di dunia
- Kerajaan
akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik
bermula 1 Jan, 2019
- Kerajaan
akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Jan, 2019
- Kerajaan
mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi
memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil
mulai 1 Jan, 2019
- Penyedia
perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam,
mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Jan, 2020
- Kerajaan
akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai
mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan
- Malaysia
akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak
percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan
- Kerajaan
akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang
dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai
relevan dan tiada pertindihan
- Kadar
Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima
peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin
tetap dalam tahun keenam dan ke atas
- Kadar
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap
dinaikkan kepada lima peratus
- CKHT
dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana
rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000
- Kadar
duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan
kepada empat peratus
- Pilihan
kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
- Lesen
kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun
- Duti
kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar
- Lesen
mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada
RM10,000 setiap tahun
- Duti
mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar
- Kerajaan
Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019,
merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion
- Kerajaan
akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor
swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia
Suruhanjaya Sekuriti
- Dana-dana
modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan
dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja
- Dana
Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion
untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka
- Kerajaan
bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk
melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif
- Perintah
Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu
untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan
pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019
- Kerajaan
akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan
peruntukan RM1 bilion
- Kerajaan
memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk
menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
- Perbadanan
Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk
bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
- Sebanyak
RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan
bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
- Kerajaan
menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion
dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
- Kerajaan
bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas
keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi
tempoh lima tahun
- Kerajaan
akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus
jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd
- Kadar
cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000
dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17
peratus daripada 18 peratus
- Exim
Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada
pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion
- Sebanyak
RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS
dalam industri halal
- Skim
Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk
membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan
kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
- Permodalan
Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi
industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
- Sebanyak
RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
- Kerajaan
memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara
landasan kereta api
- Peruntukan
sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota
Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
- Tanah
seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan
menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang
- Kerajaan
akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7
untuk sektor industri pada 2019
- Peruntukan
sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit
mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
- Sebanyak
RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified
Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian
secara berperingkat
- Kerajaan
menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi
membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil
- Sebanyak
RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk
meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk
automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan
latihan industri tani
- Kerajaan
menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai
Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang
menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimer
- Dana
sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun
pertama
- Belanjawan
2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding
anggaran RM290.4 bilion pada 2018
- Sebanyak
RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk
perbelanjaan pembangunan.
- Peruntukan
untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.
- Sektor
ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor
sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor
pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.