Taip Bahan Carian

Khamis, 26 Mei 2011

Wanita Mudah Menghidapi Batu Karang Hempedu


SETIAP kali selepas menikmati hidangan tengah hari, anda akan mengalami sakit seperti senak di bahagian perut. Sakit tersebut akan mengganggu tugas harian kerana ia berlarutan sehingga sejam lamanya. Jika Anda mengalami perkara tersebut... Awas!..ia tidak semestinya gastrik. Lakukan pemeriksaan doktor pakar secepat mungkin dan jangan terkejut jika hasil pemeriksaan, terdapat beberapa ketulan batu bersaiz guli terdapat dalam pundi hempedu anda.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, kerana risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu agak tinggi untuk anda. 

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram, perubahan hormon dan mendapan kolesterol di bahagian hempedu antara punca mengapa bilangan wanita menghidap penyakit ini tinggi.

"Penyakit batu karang hempedu ini juga kerap dihadapi oleh wanita yang mempunyai anak ramai," jelas beliau ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Dr. Nanda Kumar menjelaskan, pundi hempedu menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan pekat yang mengumpul cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

"Apabila seseorang makan, pundi hempedu akan mengembang dan menguncup serta menyerap kandungan kolesterol, lemak dan minyak daripada makanan yang dimakan itu. 

"Akan tetapi, apabila cecair hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk batu keras yang dikenali sebagai batu karang hempedu. Saiznya pula bergantung, sama ada yang sekecil guli dan boleh jadi hingga sebesar bola golf. 

"Apabila batu karang telah wujud di dalam hempedu, tiap kali anda memakan makanan yang mengandungi lemak, minyak serta kolesterol, pundi hempedu yang mengembang dan menguncup itu akan terasa sakit," terang Dr. Nanda Kumar lagi.

Beliau berkata, batu karang hempedu ini mungkin telah bertahun-tahun wujud di dalam hempedu seseorang tanpa disedari. Dan jumlahnya juga mungkin mencecah puluhan biji.


Faktor-faktor Risiko

Menurut Dr. Nanda Kumar, antara faktor yang menyebabkan risiko penyakit ini seperti faktor umur, jantina, berat badan dan diet yang berkalori rendah.

"Di KJMC, kami mendapati kebanyakan pesakit yang mempunyai batu karang hempedu adalah wanita yang berbadan besar, mempunyai ramai anak dan berumur 40 tahun ke atas. 

Kebarangkalian individu menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia," tambahnya.
Simptom-simptom

Menurut Dr. Nanda Kumar, simptom penyakit batu karang hempedu seakan sama dengan penyakit gastrik. Pesakit akan berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian abdomen. Adakalanya kesakitan itu disertai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.

"Biasanya rasa sakit tersebut akan menyerang selepas 15 minit seseorang makan makanan yang mengandungi lemak atau kolesterol. 

"Rasa sakit itu pula pada mulanya sedikit dan kemudian senak kronik pada bahagian kanan perut dari ulu hati. Kesakitan biasanya berlarutan selama satu hingga dua jam selepas makan," jelasnya.


Diagnosis

Dr. Nanda Kumar memberitahu, disebabkan simptom penyakit ini lebih kurang sama dengan gastrik, maka pemeriksaan teliti perlu dilakukan. 

Selain itu, disebabkan batu karang hempedu telah wujud sejak bertahun-tahun lamanya tanpa dapat dikesan oleh empunya tubuh, jadi ujian ultra bunyi berkomputer perlu dibuat untuk mengesannya.m hempedu anda.


Pembedahan

Dr. Nanda Kumar menasihatkan pesakit yang telah dikesan mempunyai penyakit batu karang hempedu untuk membuang pundi hempedu sekali. Ini kerana, pundi hempedu yang pernah menghasilkan batu akan berpotensi untuk menghasilkan batu sekali lagi. 

Pundi hempedu turut dibuang bagi mengelakkan daripada terhasilnya batu sekali lagi.

Pembedahan yang amat disarankan untuk membuang batu karang hempedu dinamakan laparoskopik. Caranya dengan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

"Pembedahan yang dinamakan pembedahan minimal invasif ini hanya melibatkan empat tebukan kecil, dua lubang berdiameter 10 milimeter dan dua lagi bersaiz 5 milimeter.

"Prosedur mengambil masa selama lebih kurang sejam dan anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari," ujarnya.


Ahad, 22 Mei 2011

DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.

Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.

Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.

Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.

"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut kenyataan itu. UTUSAN


adakah ia berkaitan dengan surat ini....?


dan produk ini?...





Jumaat, 20 Mei 2011

Kucing Mata 1 di Tawau


PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.


Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.


“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.


Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Khamis, 19 Mei 2011

Tips Penjagaan Rambut Dari Gugur


Kulit kepala kita jupa perlukan senaman. Untuk merangsang pertumbuhan rambut, Anda perlulah lancarkan aliran darah di kepala supaya sel-sel dikepala menjadi aktif. Oleh itu, anda perlulah picit atau urut kulit kepala anda dengan hujung jari anda setiap hari.

Sebaiknya sebelum anda tidur, tundukkan kepala dan sikat rambut Anda dengan lembut mulai dari akar hingga ujung rambut. Hal yang lainnya adalah melakukan senam untuk melancarkan aliran darah lebih cepat ke seluruh tubuh Anda sehingga nutrisi yang sampai ke daerah akar rambut menjadi cepat.


Elakkan dari menyikat rambut dalam keadaan basah. Biarkan saja rambut anda kering sendirinya. Ini kerana rambut yang basah lebih mudah tercabut.


Pilihlah sikat yang gerigi jarang. Jika anda menggunakan tudung, sebaiknya sikat rambut anda terlebih dahulu. Cara ini akan membuat rambut anda lebih terjaga dengan rapi sekaligus dapat melancarkan peredaran darah di kepala.

Jangan terlalu sering menggunakan pengering rambut atau hairdryer. Jika anda terpaksa menggunakannya, sebaiknya gunakan suhu yang rendah. Perhatikan juga jarak rambut dengan pengering. Jarakkan rambut anda dengan alat pengering antara 10-15 cm.



Rambut yang terlalu kering adalah tidak baik untuk kesihatan rambut. Oleh itu untuk menjaga kelembaban rambut, sebaiknya gunakan pelindung kepala seperti scarf, topi atau payung ketika anda berada di bawah sinar matahari.


Lakukan perawatan pada rambut secara khusus, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Lakukan kegiatan creambath, hairmask, dan hair spa untuk menyihatkan rambut anda.

Selamat mencuba...

Syampu Penghitam Rambut Pilihan Lelaki dan Wanita Masa Kini Untuk Merawat Rambut Beruban, Kelemumur, Kegatalan, Keguguran Rambut, Botak & Rambut Bercabang??


Rabu, 18 Mei 2011

Tutorial Cara Pasang Radio di Blog

Sesetengah blogger suka meletakkan lagu di blog mereka supaya tetamu tidak berasa bosan semasa membaca blog. Walaubagaimana pun, ade sesetengah mengatakan bahawa untuk loadding blog menjadi lambat. emm benar atau tidak saya tak tahu lah yang tu.. sebab saya bukan lah otai blog.

Tapi apa yang saya nak kongsikan dalam entri kali ini adalah cara memasang radio pada blog. Radio yang kita pasangkan ini, tetamu boleh memilih sama ada hendak dengar radio atau tidak. kedua radio dibuka pada New Tab.

Ini bermakna radio yang ke udara tidak akan terputus jika kita buka page atau laman lain.. mahupun blog ditutup.

Radio yang dipasang adalah hanya untuk memudahkan tetamu memasuki website siaran radio sahaja... ada juga rakan-rakan mengatakan.. "ape susah.. dia org nak dengar radio.. masuk je lah web radio."

Ya.. benar... sebab tu saya katakan tadi, ia hanya untuk memudahkan sahaja....

ok, berbalik pada tutorial memasang radio pada blog, Ikut langkah-langkah dibawah;

1. Copy key dibawah dan paste di HTML/JavaScript add Gadget;

<select onchange="javascript:window.open(this.options[this.selectedIndex].value);">
<option selected />M'sia New Online Radio
<option value="http://www.era.fm/Capsule/default.aspx" />era FM
</select>

2. Untuk Tukar siaran radio, tukar link radio pada yang warna kuning tu... dan yg warna pink pula adalah nama siaran radio tersebut.

kat mana nak ambil link radio tu? ok, pertama sekali buka website radio.. contohnya Sinar FM

 Klik "Dengar Sekarang" .. dan 1 paparan kecil akan muncul seperti di bawah;

Copy Address / link paparan seperti gambar diatas. dan paste pada address yang warna kuning.


3. Untuk tambah siaran radio pula.. copy <option value="http://www.era.fm/Capsule/default.aspx" />era FM
dan paste dibawah key tadi sebelum </select> ( Langkah 1).


4. Save HTML/JavaScript Gadget... selamat mencuba.

key radio yang saya pasang adalah seperti dibawah; kalau tak jadi atau nak senang, copy jer key bawah ni.. dan paste di blog anda.


<select onchange="javascript:window.open(this.options[this.selectedIndex].value);">
<option selected />M'sia New Online Radio
<option value="http://www.era.fm/Capsule/default.aspx" />era FM
<option value="http://www.sinar.fm/Capsule/default.aspx" />Sinar FM
<option value="http://suriafm.com.my/dengar_low.html" />Suria FM
<option value="http://gegar.thr.fm/Capsule/default.aspx" />THR gegar
</select>



.

Isnin, 16 Mei 2011

Pencahayaan Bilik Tidur

Ideas for everything from storing more clothes to making your bed cosier.

Bedroom from IKEA





Pencahayaan.

Sistem pencahayaan di bilik tidur adalah penting supaya tidak mengganggu suasana rehat dan tidur sepanjang malam.

Ketika mengatur kedudukan lampu di siling, elakkan berada di atas katil bagi mengatasi masalah silau.

Gunakan lampu dinding yang boleh diimbangi jumlah cahayanya dan lampu meja sesuai bagi anda yang memerlukan suasana terang untuk membaca.






Contoh Pencahayaan Kedua




INFO: Tip penjimatan lampu

  • Letak lampu di tempat sesuai dan menepati keperluan.
  • Gunakan lampu yang boleh dilengkapi sistem boleh laras bagi mengawal dan menurunkan voltan cahaya.
  • Gunakan juga pengawal masa bagi lampu luar supaya dapat dipasang dan ditutup mengikut jangkamasa tertentu.
  • Manfaatkan cahaya semula jadi sebaiknya.
  • Guna bahan pembalik (akrilik) yang membenarkan pembalikan cahaya secara maksimum.
  • Gunakan lampu penjimatan tenaga jenis kalimantang, terutama yang bercahaya putih.


Maklumat lanjut layari IKEA Bedroom



Sumber:

Yogurt Berkhasiat Untuk Perempuan Bersalin


Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.  Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu).

Dan seterusnya …
Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan. Sebaiknya, pilihlah yogurt yang low-fat, diperbuat daripada skimmed milk dan kandungan gula yang rendah.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Membantu Dalam Proses Pencernaan
3. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
4. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
5. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
6. Mampu Mengurangkan Berat Badan

Isnin, 9 Mei 2011

Cara Guna Enjin Carian


APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas. 

Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta. 

Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul. 

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet. Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain. 

Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google. Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat. Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian. Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.

Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.

  • Perpaduan
  • perpaduan
  • PERPADUAN
  • Perpaduan
  • perpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" "). 

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu. Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut. 

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-

  • Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
  • Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
  • Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
  • Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
  • Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan. 

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-


  • Tanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.


  • Tanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.


  • Tanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.


  • Tanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

  • Julat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.


  • Penggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian. 


  • Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara. Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google. Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.

Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas. 

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian. Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat. Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.

Sumber: Utusan Malaysia

Ahad, 8 Mei 2011

10 Tips Naikkan Traffik Blog Tanpa Software

Mata takleh tidur... jalan-jalan terjumpa tip ni di web forum.
emmm Menarik, dan berguna untuk blogger-blogger. Jom kita kongsi-kongsi.

SEO... untuk tingkatkan traffic blog, ade sesetengah blogger sanggup beli software,, ratusan ringgit untuk dapatkan ranking pertama dalam indeks carian internet... tak pelah dia org org bisnes. so penting bagi traffic tu... bagi saya, hanya suka2 ber blogging ni... ok. pendekkan cite, bagi blogger macam saya ni, sebenarnya kita boleh naikkan traffic blog dengan tanpa apa2 software... sebab google dah sediakan kemudahan untuk naikkan traffic blog... caranya;


1. Gunakan template mesra SEO (Search Engine Optimization)


Gunakan template blog yang ringkas dan ringan (cepat loading).Jangan gunakan blog yang direka dengan Flash kerana google robot(crawler) tidak sama sekali dapat mengesan format flash.

Blog yang berat akan menyebabkan visitors menunggu masa yang lama untuk masuk ke laman anda. Faktor tersebut akan menyebabkan pengunjung keluar dari blog anda sebelum blog selesai loading.



2. Elakkan Javascript



Penggunaan javascript yang terlalu banyak pada blog anda akan menyebabkan blog lambat loading. Javascript biasanya sangat-sangat berat. Contoh widget yang menggunakan javascript seperti widgeo, live traffik feed, animated recent post dan shoutout mix.

Memandangkan shoutmix penting untuk pembaca meninggalkan jejak,ianya dikecualikan dalam hal ni.


3. Letak bloglist dalam blog anda


Bloglist sangat-sangat penting dalam menjana traffik melalui enjin pencarian. Apa-apa entri pada bloglist kegemaran anda akan menghasilkan keyword dan blog anda akan menumpang sekali keyword tersebut.

Contohnya, walaupun blog anda tidak pernah ada kaitan dengan seks, keyword seks dari google search tersebut datang dari entri bloglist korang. Mudah kan?So, jangan lupa untuk letak bloglist kat blog anda.


4.Backlink



Backlink adalah link yang menghubungkan blog kita antara satu dengan yang lain. Backlink dapat menolong tingkatkan kedudukan blog di enjin pencarian seperti google. Untuk menghasilkan backlink, anda kenalah rajin komen kat blog-blog yang lain.Cara mudah yang lain adalah menganjurkan Contest.

Mesti ramai yang ingin sertai contest dan letakkan link blog anda kat blog atau entri mereka. Justeru, menghasilkan backlink pada blog anda.


5.Teknik Bold Kata Kunci


Anda haruslah bold(highlight) kan kata kunci kat setiap entri terbaru kita. Anda boleh bold kata kunci yang penting bagi entri anda. Bold satu atau dua perkataan dah memadai.

Melalui teknik ni, google lebih mudah untuk mengesan keyword tersebut sebagai kata kunci bagi entri anda.


6. Hantar url blog anda ke enjin pencarian


Hantar url anda kepada enjin pencarian seperti google dan yahoo.Klik [URL="http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl"]disini [/URL]untuk menghantar blog anda ke google.Klik [URL="https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit"]disini[/URL] untuk hantar url anda ke Yahoo.


7. Elakkan lagu


90% pembaca tidak suka blog yang mempunyai lagu.Pemasangan lagu menggangu tumpuan pembaca untuk membaca artikel anda.


8. Berkongsi Artikel


Jangan risau jika artikel anda dicopy paste.Ia akan menghasilkan backlink kepada anda jika pemilik tersebut mengkreditkan blog anda untuk artikel tersebut. Bagi yang mempunyai domain, [URL="https://id.tynt.com/account/whos_amung_us_sign_up/o441slfxg6bj"]tynt insight[/URL] akan menghasilkan backlink percuma kesetiap artikel yang telah di copy.Walaupun artikel disebut di copy paste tanpa kredit.


9. Gunakan banner yang kecil pada header blog anda


Jangan gunakan banner pada blog yang bersaiz besar sehingga penuh satu skrin komputer.Banner blog yang besar menyebabkan masa yang lama untuk loading image tersebut.


10. Beri Komen pada blog lain


Jika anda suka komen blog lain, lihat backlink anda [URL="http://www.checkbacklink.com/"]disini[/URL]. Banyak tak backlink anda??Itulah cara-cara tingkatkan backlink dengan mudah melalui komen pada blog lain. Sekaligus, dapat perkenalkan kehadiran blog anda didunia blog.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------





Sabtu, 7 Mei 2011

Tentera Amerika berperang dengan senjata mainan

Tentera amerika menyerang dan membunuh pengawal Osama yang menggunakan senjata mainan.


WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) dapat mengelakkan dirinya daripada mati ditembak oleh pasukan komando tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu rumah tempat tinggalnya di bandar Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu jika dia berada dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasukan komando tersebut telah diberi arahan supaya menembak mati Osama sekiranya dia ditemui dalam keadaan berpakaian.

Menurut sumber Kongres Amerika Syarikat (AS), pasukan komando telah diarahkan supaya menganggap ketua Al-Qaeda itu memakai jaket bahan letupan di badannya sekiranya dia berpakaian.

Osama dipercayai ditembak di dahi dan jantungnya semasa dia memakai baju tidur.

Operasi di Abbottabad itu dikritik selepas beberapa pihak menganggap ia bertujuan untuk membunuh Osama dan dia tidak akan diberi peluang untuk menyerah diri.

Beberapa pakar tentera dilaporkan berkata, bunyi bising ketibaan empat buah helikopter yang digunakan dalam operasi tersebut akan mengejutkan para penghuni rumah berkenaan dan memastikan bahawa pertempuran akan berlaku.

Kedatangan tanpa senyap itu kata mereka, merupakan petunjuk bahawa operasi tentera tersebut bertujuan untuk melakukan pembunuhan.

"Jika sesiapa dalam pasukan ini menganggap terdapat ancaman dalam apa jua bentuk, kekerasan membunuh dibenarkan (pihak atasan)," kata seorang pegawai komando Seal kepada akhbar LA Times berhubung operasi di Abbottabad.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan ketua penasihat antikeganasan AS, John Brennan yang sebelum ini menyatakan, pasukan komando berkenaan telah diberi arahan supaya menangkap Osama hidup-hidup.

"Jika kami mempunyai peluang untuk menangkap Osama hidup-hidup dan jika dia tidak mendatangkan ancaman kepada pasukan komando, mereka bersedia menangkapnya," kata Brennan

Bagaimanapun pada Selasa lepas, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta berkata, Osama membuat pergerakan yang mengancam menyebabkannya dibunuh.

Pada masa yang sama, White House mengeluarkan kenyataan bahawa Osama tidak bersenjata semasa dia ditembak di dahi dan dadanya. - Agensi

Jumaat, 6 Mei 2011

Haiwan Pelik

Pelik tapi benar...
 Kura-kura kepala dua
 A two-headed red slider turtle at Big Al's Aquarium in Pennsylvania, USA


Katak berkaki 8
 
A frog with eight legs in Quanzhou, in southeast China's Fujian province in 2007


Lembu bermata 1
This Holstein calf, born in December, 2006 in Virginia breathes out of two noses and has two tongues and a single eye socket
Ular kepala 2
  a two-headed albino rat snake in January, 2006.

Babi mata 1 berhidung 2
Liu Shuping, shows off a newly-born piglet with one head, two mouths, two noses and three eyes, for photographers in Xi'an, northwest China in 2007


Babi Berwajah Monyet
 Feng Changlin from Fengzhang village, Xiping township in China shows off his piglet with a monkey face in July 2008


Buaya Kembar Siam di Siam
 An official shows a two-headed baby crocodile at Samut Prakarn Crocodile Farm on the outskirt of Bangkok Monday in June, 2001


Babi Mulut 2
 A pig with two mouths is seen at a farm in the suburbs of Liaocheng, east China's Shandong province in July, 2006


Kucing Bermata 1
  a kitten born with only one eye and no nose, is shown in this photo provided by its owner in December, 2005



Selasa, 3 Mei 2011

Tanda PC Diserang Virus



Virus komputer merupakan hal yang sering mengganggu aktivitas Anda sehari-hari. Virus komputer biasanya menyebar tanpa sepengetahuan kita, dari satu komputer ke komputer yang lain. Salah satu media penyebaran virus komputer adalah melalui e-mail. Setelah Anda menjalankan attachment pada e-mail maka kadang-kadang Anda masih tidak sadar bahwa yang Anda jalankan tersebut adalah sebuah virus komputer.

Apa saja tanda-tanda atau indikator adanya virus komputer di komputer Anda? 



Tanda-tanda PC anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut :

·         PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.

·         Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu  perlahan.

·         Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.

·         Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.

·         Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang secara  tiba-tiba.

·         Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.

·         Kita tidak boleh meng’install’ sebarang program atau aplikasi baru.

·         Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.

·         Program utility Windows seperti Scan Disk menunjukkan banyak error pada hard disk selepas melakukan imbasan.

·         Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.

·         Drive partition bagi hard disk, CD-ROM dan disket tiba-tiba sahaja hilang.

·         Perisian Antivirus tidak boleh di’install’.

·         Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.

·         Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.

·         Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.

·         Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.


Top 10 antivirus 2011

Bitdefender Antivirus Pro 2011



Kaspersky Antivirus 2011
 


Norton Antivirus 2011



ESET NOD32 Antivirus 4



Trend Micro Titanium Antivirus



McAffee AntiVirus Plus 2011



Panda Antivirus Pro 2011



Avast! Pro Antivirus



Spyware Doctor with Antivirus 2011



CA Anti-Virus r8.1




 Sumber: http://top-10-antivirus.com/        



Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...