Taip Bahan Carian

Jumaat, 25 Januari 2013

Kanser Barah Payudara


Kanser Payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak kek kelenjar linfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Sesiapa sahaja boleh mendapat kanser payudara, tetapi kanser ini jarang berlaku
di kalangan kaum lelaki.
Kanser payudara adalah kanser nombor 1 di kalangan wanita Malaysia. Bagi setiap 100 orang wanita Malaysia yang dikenalpasti menghidapi kanser,31 orang adalah disahkan menghidapi kanser payudara (berdasarkan Senarai Pendaftaran Kanser 2003-2005).

Tanda-tanda kanser payu dara

* Terdapat benjolan atau ketulan pada payudara.
* Payudara berubah bentuk atau besar sebelah.
* Puting payudara mengecut kedalam.
* Kulit payudara berubah seperti kemerahan dan berkedut seperti kulit limau.
* Sakit atau bisa payudara.
* Bengkak kelenjar atau ketulan di bahagian ketiak.
* Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
* Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu





Periksa Sendiri Payudara (PSP)

PSP adalah pemeriksaan payudara yang dilakukan oleh anda. PSP membolehkan anda mengenali payudara sendiri. Apabila PSP dilakukan secara tetap, iaitu, sekali sebulan, ia akan membolehkan anda mengesan kelainan dan perubahan pada payudara sendiri.

Bilakah masa yang betul untuk melakukan PSP?

Jika anda masih didatangi haid, PSP patut dibuat 3 hari selepas haid “berhenti” ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Kalau sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan.

Bagaimanakah saya boleh mengingati kelainan atau perubahan pada payudara saya?

Anda boleh merekodkan apa-apa perubahan atau kelainan dengan menggunakan gambarajah supaya anda boleh mengingati tempat terasanya kelainan dan ini membolehkan anda membuat perbandingan dari sebulan ke bulan yang berikutnya.

Haruslah diingati kebanyakan (80-90%) benjolan di payudara bukanlah kanser tetapi ketumbuhan tidak merbahaya (benign). Perasaan tidak “rata” atau penebalan terutamanya kalau terasa pada kedua-dua belah payudara adalah kerap dilaporkan dan selalunya merupakan tekstur payudara tersendiri.

Bagaimanakah melakukan PSP?

Ada 2 langkah untuk PSP.
Memerhati keadaan payudara di hadapan cermin serta juga merasa payudara secara berbaring. Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun memudahkan pergerakan untuk merasai benjolan pada payudara anda. Tetapi, ini merupakan teknik tambahan dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring. Cara berbaring yang betul akan meleperkan payudara dan mengelaknya daripada bergerak.

Kurangkan Risiko mendapat kanser payudara

  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi.
  • Senaman -senaman dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.

Download ebook panduan dan info lengkap tentang kanser payudara dari MAKNA (National Cancer Council Malaysia / Majlis Kanser Nasional) yang menerangkan lebih terperinci dalam aspek;

Apa dia barah?
Barah payudara
Tanda-tanda barah payudara
Risiko barah payudara
Barah payudara dan keturunan
Langkah menghindar dari pendapat barah
Bagaimana barah dikesan
Peringkat barah payudara
Rawatan barah payudara
Pembedahan
Kesan Sampingan Selepas Pembedahan
Penjagaan selepas pembedahan
Rawatan kemoterapi
Rawatan Hormon
Rawatan susulan
Keterampilan diri selepas pembedahan
Terminologi berbagai jenis rawatan
kumpulan sokongan untuk pesakit kanser payudara
Kemudahan dan hak pesakit barah
Alamat dan nombor telefon mustahak


Download ebook dari CARIF (Cancer Research Initiatives Foundation) yang menerangkan hubungkait keturunan dan kanser payudara.


RANCANGAN PEMAKANAN SIHAT

Ambillah pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan setiap hari. Pilih makanan dengan kandungan lemak yang rendah.

(A) HASIL BIJIRIN
Pilih bijirin dan produk yang diperkayakan. Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Contoh bijirin ialah gandum, nasi, oat, gandum hitam, barli, ubi kayu. Contoh hasil bijirin ialah roti, kuih, biskut kraker, pasta, capati, apam, naan.

(B) SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Pilih sayur berwarna hijau gelap dan jingga serta buah yang berwarna jingga dengan lebih kerap. Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Contoh sayur berdaun hijau ialah bayam, salad, kangkung, kailan, sawi. Makanan lain di dalam kumpulan ini termasuk lobak, oren, epal, jagung, brokoli, kacang hijau, pisang.

(C) HASIL TENUSU
Pilih produk dengan kandungan lemak rendah dan ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari. Contohnya ialah susu segar, yogut, keju, krim, aiskrim.

(D) DAGING DAN ALTERNATIF
Pilih daging yang tidak berlemak seperti ayam, itik, ikan serta kacang hijau kering dan kacang dengan lebih kerap. Ambil 2-3 hidangan sehari. Contohnya daging, ayam, ikan, kacang dhal, kacang hijau dan tauhu.

(E) MAKANAN LAIN
Termasuk makanan yang kita makan kerana kelazatan dan keenakannya tetapi tidak berasal dari kumpulan makanan yang tertentu. Contohnya gula-gula, pencuci mulut, makanan berlemak dan makanan ringan. Makan dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

Download ebook dari MAKNA (National Cancer Council Malaysia / Majlis Kanser Nasional)

Download ebook dari CARIF (Cancer Research Initiatives Foundation)

Download himpunan info kanser payudara




Ebook Programming Google App Engine


Google App Engine adalah aplikasi perkhidmatan web hosting.  Google App Engine merupakan sebuah Paas (Platform as a Service) yang menawarkan perkhidmatan cloud computing secara percuma. App Engine merupakan platform yang membolehkan pemaju untuk membuat dan menjalankan aplikasi-aplikasi web dengan kemudahan hosting di server Google. Google App Engine menyokong aplikasi yang ditulis dalam bahasa pemograman. Dengan persekitaran runtime Java App Engine, pengguna boleh membina aplikasi yang menggunakan standard teknologi Java, termasuk JVM, Java servlet, dan bahasa aturcara java. Google App Engine direka untuk memudahkan pembangunan aplikasi rangkaian dengan memanfaatkan infrastruktur dan teknologi yang Google biasa gunakan untuk produk-produk mereka sendiri, seperti Gmail, Google+, dan Google Search.

Antara kelebihan Google Apps Engine adalah;

  • Google App Engine ini adalah perkhidmatan ini disediakan secara percuma. 
  • Penggunaannya tidak terbatas (unlimited).
  • Perkhidmatan Google App Engine juga bersepadu dengan pelbagai perkhidmatan yang lain dari Google
  • Setiap data yang kita simpan di Google App Engine secara automatik direplikasi beberapa kali oleh Google dan disimpan di pelbagai datacenter Google yang tersebar di seluruh dunia.







Download ebook Programming Google App Engine. Antara perkara yang di sentuh adalah;

1. Introducing Google App Engine 1
The Runtime Environment 2
The Static File Servers 4
The Datastore 4
Entities and Properties 5
Queries and Indexes 6
Transactions 6
The Services 8
Google Accounts 9
Task Queues and Cron Jobs 9
Developer Tools 10
The Administration Console 11
Things App Engine Doesn’t Do...Yet 12
Getting Started 13

2. Creating an Application 15
Setting Up the SDK 15
Installing the Python SDK 16
Installing the Java SDK 20
Developing the Application 24
The User Preferences Pattern 24
Developing a Python App 25
Developing a Java App 39
The Development Console 54
Registering the Application 55
The Application ID and Title 57
Setting Up a Domain Name 58
Google Apps and Authentication 59
Uploading the Application 60

Introducing the Administration Console 61


3. Handling Web Requests. 63
The App Engine Architecture 64
Configuring the Frontend 66
Configuring a Python App 66
Configuring a Java App 68
Domain Names 69
App IDs and Versions 70
Request Handlers 72
Static Files and Resource Files 75
Secure Connections 81
Authorization with Google Accounts 83
How the App Is Run 85
The Python Runtime Environment 86
The Java Runtime Environment 87
The Sandbox 88
App Caching 89
Logging 93
Quotas and Limits 96
Request Limits 96
CPU Limits 97
Service Limits 98
Deployment Limits 98
Billable Quotas 100
Resource Usage Headers 101


4. Datastore Entities. 103
Entities, Keys, and Properties 104
Introducing the Python Datastore API 105
Introducing the Java Datastore API 108
Property Values 110
Strings, Text, and Blobs 112
Unset Versus the Null Value 112
Multivalued Properties 113
Keys and Key Objects 114
Using Entities 116
Getting Entities Using Keys 116
Inspecting Entity Objects 117
Saving Entities 118
Deleting Entities 119


5. Datastore Queries. 121
Queries and Kinds 122
Query Results and Keys 122
GQL 123
The Python Query API 126
The Query Class 127
GQL in Python 128
Retrieving Results 129
Keys-Only Queries 131
The Java Query API 132
Keys-Only Queries in Java 133
Introducing Indexes 134
Automatic Indexes and Simple Queries 136
All Entities of a Kind 137
One Equality Filter 137
Greater-Than and Less-Than Filters 138
One Sort Order 139
Queries on Keys 141
Kindless Queries 142
Custom Indexes and Complex Queries 143
Multiple Sort Orders 143
Filters on Multiple Properties 144
Multiple Equality Filters 147
Not-Equal and IN Filters 150
Unset and Nonindexed Properties 150
Sort Orders and Value Types 152
Queries and Multivalued Properties 153
A Simple Example 153
MVPs in Python 154
MVPs and Equality Filters 155
MVPs and Inequality Filters 156
MVPs and Sort Orders 157
Exploding Indexes 159
Configuring Indexes 159
Index Configuration for Python 160
Index Configuration for Java 161


6. Datastore Transactions. 163
Entities and Entity Groups 165
Keys, Paths, and Ancestors 166
Ancestor Queries 167
What Can Happen in a Transaction 168
Transactional Reads 169

 Transactions in Python 169
Transactions in Java 172
How Entities Are Updated 175
How Entities Are Read 178
Batch Updates 179
How Indexes Are Updated 180

7. Data Modeling with Python. 183
Models and Properties 184
Property Declarations 185
Property Value Types 186
Property Validation 187
Nonindexed Properties 188
Automatic Values 189
List Properties 190
Models and Schema Migration 191
Modeling Relationships 192
One-to-Many Relationships 195
One-to-One Relationships 195
Many-to-Many Relationships 196
Model Inheritance 198
Queries and PolyModels 199
Creating Your Own Property Classes 200
Validating Property Values 201
Marshaling Value Types 202
Customizing Default Values 204
Accepting Arguments 205

8. The Java Persistence API. 207
Setting Up JPA 208
Entities and Keys 209
Entity Properties 212
Embedded Objects 213
Saving, Fetching, and Deleting Objects 214
Transactions in JPA 216
Queries and JPQL 217
Relationships 220
For More Information 225

9. The Memory Cache. 227
The Python Memcache API 228
Setting and Getting Values in Python 229
Setting and Getting Multiple Values 230

Memcache Namespaces 231
Cache Expiration 231
Deleting Keys 232
Memcache Counters 233
Cache Statistics 233
The Java Memcache API 234

10. Fetching URLs and Web Resources .239
Fetching URLs in Python 240
Fetching URLs in Java 242
Asynchronous Requests in Python 244
RPC Objects 246
Processing Results with Callbacks 247

11. Sending and Receiving Mail and Instant Messages. 251
Enabling Inbound Services 253
Sending Email Messages 254
Sender Addresses 255
Recipients 256
Attachments 257
Sending Email in Python 258
Sending Email in Java 261
Receiving Email Messages 263
Receiving Email in Python 264
Receiving Email in Java 266
Sending XMPP Messages 267
Sending a Chat Invitation 269
Sending a Chat Message 270
Checking a Google Talk User’s Status 271
Receiving XMPP Messages 272
Receiving XMPP Messages in Python 273
Receiving XMPP Messages in Java 275

12. Bulk Data Operations and Remote Access .277
Setting Up the Remote API for Python 278
Setting Up the Remote API for Java 279
Using the Bulk Loader Tool 280
Installing SQLite 280
Backup and Restore 281
Uploading Data 282
Downloading Data 286
Controlling the Bulk Loader 289
Using the Remote Shell Tool 290

Using the Remote API from a Script 291

13. Task Queues and Scheduled Tasks. 293
Task Queues 294
Processing Rates and Token Buckets 295
Elements of a Task 296
Task Handlers and Retries 297
Testing and Managing Tasks 299
Using Task Queues in Python 299
Using Task Queues in Java 304
Transactional Task Enqueueing 307
Scheduled Tasks 308

14. The Django Web Application Framework . 313
Installing Django 314
Creating a Django Project 315
The Request Handler Script 316
The Django App Engine Helper 317
Creating a Django Application 320
Using App Engine Models With Django 322
Using Django Unit Tests and Fixtures 324
Using Django Forms 327

15. Deploying and Managing Applications .333
Uploading an Application 334
Using Versions 335
Managing Service Configuration 337
Managing Indexes 337
Browsing and Downloading Logs 339
Inspecting the Datastore 342
Application Settings 342
Managing Developers 343
Quotas and Billing 344
Getting Help 345



.

 

 

Jumaat, 18 Januari 2013

Tips Bina SEO Web di Yahoo



Kebanyakkan Tip-tip SEO untuk blog web lebih cepat tersenarai di google. Di yahoo memang payah dan lambat.. berikut boleh dijadikan salah satu cara untuk cepatkan blog anda tersenarai di yahoo.com.

Struktur web.
Buat struktur navigasi yang rapi dan mudah dicapai. Begitu juga struktur URL yang tepat. Sediakan juga sitemap XML. Struktur web khususnya memegang peranan penting untuk SEO di yahoo. Kerana itu pastikan struktur web anda tersusun bukan secara rambang.

Kandungan unik dan berkualiti.

Soal kandungan sudah menjadi menu wajib untuk SEO, baik di Yahoo, Google atau Bing. Pastikan keyword yang anda guna benar-benar mantap.

Backlink harus berkualiti.
Pastikan anda mendapatkan backlink berkualiti dan sesuai dengan niche web atau blog anda. Juga bangun internal link yang sesuai.

Manfaatkan Yahoo Answer.
Anda boleh gunakan Yahoo Answer untuk memautkan link dari blog atau web anda. Namun begitu, pastikan link yang anda berikan relevan.


Manfaatkan Yahoo Messenger

guna ym untuk SEO blog

Masukan kata-kata dan url di status YM anda. Contohnya; Check, entah-entah ko orang ade sintom angau...  (masukkan link yang berkaitan contohnya http://downloadpelbagai.blogspot.com/2013/01/19-tanda-anda-telah-jatuh-cinta.html )


Gunakan Flickr.
Anda boleh tambah url web atau blog anda pada profil di Flickr.

Manfaatkan tag.
Bagi pengguna blog berasaskan wordpress, gunalah tag dengan sebaik-baiknya. Ini penting sebagai bahagian untuk membuat struktur blog yang teratur.

Webhosting yang boleh dipercayai.
Hal penting yang tidak boleh dilupakan adalah memilih webhosting yang boleh dipercayai. Ini sangat penting agar proses data transfer pada web boleh berlangsung dengan cepat.



Selain tips SEO di atas, anda juga harus elakkan dari perkara berikut;

  • Isi kandungan tidak sesuai dengan URL-nya halaman di-redirect ke halaman lain.
  • Autoblog
  • Kandungan copy paste.
  • Terdapat link atau kandungan yang tidak terlihat dari
  • Penggunaan pop up berlebihan yang menganggu keselesaan tetamu.

Walaubagaimanapun perlu ingat bahawa untuk blog anda terindeks di Yahoo memang agak lambat berbanding dengan cara terindeks google. Di Yahoo, usia domain amat mempengaruhi, selain struktur web, keyword density dan backlink.



Selamat berblogging...



Selasa, 8 Januari 2013

BEWARE: Banduan kejam terlepas

Awas!!! terutama warga Utara.. Penjenayah bagi kes bunuh dan samun... Terlepas!!!

BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.

Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.

Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.

Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.

Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth.

“Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang.

“Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang,” katanya.

Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut.

“Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT.

“Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan,” katanya.

Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan.

Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya.

Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.

“Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

“Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.

“Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.

“Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya,” katanya.

Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah.

Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan.

Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit.

Sumber: sinar harian

Harap hati-hati semua, terutama kawasan-kawasan berdekatan... pastikan umah anda sentiasa berkunci... 

VIDEO 



UPDATE....

TASEK GELUGOR 11 Jan. - Dua daripada lima orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri daripada tahanan polis pada Isnin lalu kini dipercayai bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Ara Kuda di sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua OKT terbabit dikesan muncul di kawasan kampung berhampiran kira-kira pukul 6.40 pagi ini dan kesemua mereka dipercayai telah berpecah kepada dua kumpulan.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah mengubah penampilan dengan menukar pakaian masing-masing bagi mengelak dikenal pasti. - UTUSAN



Ahad, 6 Januari 2013

19 tanda anda telah jatuh cinta



Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan;
        Buang Emak, Buang Saudara Agama,
        Kerana Kekasih Hamba Turutkan....

Sememangnya cinta itu buta, jadi disini saya kongsikan 19 simptom bagi mereka yang sedang di lamun cinta.

1. Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama,  padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda  dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia.

2. Anda mula dahagakan senyuman dari si dia. Mimik-mimik senyumannya sentiasa terbayang dalam fikiran anda.

3. Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda  juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama itu berlaku.

4. Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu  mempunyai minat yang sama dan secara perlahan-lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia.

5. Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia.

6. Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya.

7. Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia.

8. Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama-sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa.

9. Tiba-tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu-lagu cinta, sedangkan sebelum ini anda hanya layan Iron Maiden jerr. Dan semua lagu-lagu cinta tu pula, anda rasa seperti berkisarkan diri anda.

10. Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama-sama.

11. Anda mula rasa sayang teramat pada dia.


12. Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda.

13. Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya.

14. Perasaan rindu membuak-buak di dalam hati anda.

15. Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

16. Anda berbual dengan si dia hingga lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya.

17. Anda sering curi melihat dan menatap gambar si dia (gambar facebook) dan anda rasa soalah-olah dia disamping anda.

18. Anda sering melihat status facebook si dia, dan anda juga menyiasat siapakah rakan-rakan facebook si dia. Jika ada seseorang yang sama jantina dengan anda mengatakan sesuatu di laman facebook si dia, anda terus menyiasat latar belakang orang itu dan apa hubungan orang itu dengan si dia.

19. Anda merasakan dunia ini anda yang punya, ada sanggup lakukan apa sahaja untuk si dia... macam kiasan orang dulu-dulu..."lautan api sanggup direnangi". ;)

Jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti di atas, memang benarlah anda memang sedang angau dilamun cinta...



              Panduan Membina Untuk Bakal Pengantin     


Cinta yang murni itu, lahir dari hati yang suci...

Cara unblock website yang disekat


Sambungan entry sebelum ini iaitu Cara Unblock Facebook di Office, yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Biasa la, sistem security pun sentiasa di-update dan di-upgred.. macam software antivirus, sentiasa diupdate kerana ribuan virus dicipta sehari.

Bagi entry kali ini, saya ketengahkan suatu software UltraSurf 12.01.

UltraSurf adalah program ringan freeware yang direka sebagai alat anti-penapisan. Ia membolehkan untuk memintas firewall yang menggunakan proksi dan menggunakan protokol untuk privasi. Walaupun IP Address anda telah diblock untuk melayari sesebuah laman tertentu seperti facebook dan youtube, tetapi dengan software ini anda dapat mengakses sesuatu laman internet dengan mudah.

UltraSurf adalah produk dari Ultrareach Internet Corporation. Awalnya dibuat untuk membantu pengguna internet di China bagi kebebasan dalam dunia online. UltraSurf kini telah menjadi yang paling popular di dunia pro-privasi, anti-sensor, dengan jutaan orang menggunakannya untuk melewati firewall dan melindungi identitas online mereka.


Software unblock laman website yang disekat
UltraSurf 12.01

File size:    1.31MB (1,376,179 bytes)

Requirements:    Windows 2000 / XP / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64 / Windows8 / Windows8 64

Author:    UltraReach Internet Corp.

Download: Link UltraSurf  atau Link UltraSurf

Video UltraSurf

.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...