Taip Bahan Carian

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mac 2022

Petua Dn Rawatan Dari Arwah TG Harun Din

 


Kene simpan ilmu ni baik2...

Beberapa petua dari arwah TG Harun Din.. bagus kita simpan dan amal bila perlu


1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi :

 Surah - fussilat, ayat 44


2) Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut :

Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

Ambil & sapu pada bahagian yang disengat


3) Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit :

Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya

Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali

 InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri :

Surah Al - Baqarah, ayat 102


5 ) Resdung :

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan

 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)

 - Setiap kolah masjid, 1 botol.

 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung

 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.

 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'

 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula

 - Ulang sebanyak 7 kali Surah Al - Anbya', ayat 83


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism) :

 - Gunakan minyak zaitun

 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi

 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

 Surah At- Taubah ayat 14 & surah Al - Hashr ayat 21


7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita :

 - Menggunakan madu asli

 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi

 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu

 - Makan 1 sudu sehari


8) Angin pasang :

 - Menggunakan madu

 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini

Surah Al - Isra', ayat 82

Surah Al - Hashr, ayat 21

Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung :


 Bahan - bahan :

 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)

 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)

 - Buah kelapa (yang berhingus)


 Cara - cara :

 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.

 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.

 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.

 - Minum air kelapa yang telah suam.

 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.


10) Susah tidur malam

Surah Al - kahf, ayat 11


11) Merawat histeria :

- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..

- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

 - As saffat , ayat 7


12) Sakit Kepala :

Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya ialah tidur. Jika di atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong). Kalau sakit kepala tu di bahagian belakang kepala, itu tanda kita 'stress' dan kena 'release stress' tu baru boleh ok 


13) Mata :

Ni penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga org lain. Otot mata menderita dari hari ke hari, sebab hari hari 'berkerja', kita bangun tidur, mata kita yang bergerak dulu. Kerana itu, makin hari mata akan kurang tenaganya.


Jadi, utk kekalkan tenaga untuk mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat. Iaitu, kekalkan bukaan mata ketika kita sujud dan melihat 'titik' tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Kira jangan bergerak tengok tempat lain lah mata tu. Tengok je tempat kita sujud tu.


Ini adalah kerana, bila mata kita fokus pada tempat sujud disaat kita melakukan rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata untuk tingkatkan penglihatan dan apabila kita bangun, otot tu 'relax'. Dan bila kita sujud, otot mata menguncup disebabkan jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan 'relax' semula.


Solat dengan cara yang betul ini lah akan membuatkan otot dan saraf mata kita bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak. Yela, lakukan tiap kali solat kan.


Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan agar membuka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa sebelum ini. Dan sekarang, terbukti dari kajian saintis sudah ada.

(Perkongsian melalui telegram)

SEMOGA BERMANFAAT 


Isnin, 27 Disember 2021

Khasiat Pokok Susu Nabi

 Khasiat Pokok Susu Nabi Terbukti Berkesan Ubati Penyakit (Ara Tanah)

Pokok Susu Nabi

Sekiranya anda menjumpai tanaman ini iaitu pokok susu Nabi atau pokok ara tanah, mungkin anda akan menganggap ia hanya tanaman yang tumbuh melata yang langsung tidak berguna. Tetapi tidaklah Maha Pencipta yang menciptakan sesuatu itu tanpa tujuan malah banyak khasiat, kelebihan dan manfaatnya.


Sebenarnya tumbuhan ajaib ini sangat berkhasiat dan mempunyai kebaikan yang sangat menakjubkan. Ia dikenali sebagai pokok susu Nabi dan berbagai nama lain seperti pokok ubat gout, pokok tawa-tawa, pokok ara tanah, susu kambing, gendong anak, keremak, patikan kebo, gelang susu dan berbagai lagi nama mengikut tempat di Malaysia dan negara lain.


Khasiat Pokok Susu Nabi Yang Menakjubkan


Lebih mengejutkan, pokok yang dipanggil Patikan Kebo di Indonesia ini, selepas dikaji oleh beberapa pakar, mendapati ekstrak etanol dari tumbuhan ini mempunyai antimikroba paling tinggi pada bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Typhi iaitu bakteria yang menyebabkan penyakit Tifus.


Manakala, ekstrak daun, batang, bunga serta akar tumbuhan ini mempunyai antioksidan yang tinggi. Pokok ara tanah yang banyak kelebihan ini turut dilaporkan di Nigeria digunakan untuk mengubati luka. Juga digunakan untuk pengubatan penyakit kerana mikroba seperti gonorhea serta disentri.


Ubat dan Penawar Gout Paling Mujarab


Antara khasiat pokok susu Nabi terbaik adalah menjadi penawar gout dan sakit sendi iaitu stroke. Penyakit gout biasanya menyerang orang lelaki berbanding kaum perempuan. Kesakitan yang amat berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan yang terdapat dalam badan seorang pesakit.


Apabila asid urik tersebut semakin banyak dan terkumpul di dalam sendi, mendapan pasti berlaku kepada sendi terutama sendi ibu jari, buku lali, belakang kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari. Pokok susu Nabi mampu untuk mengatasi penyakit ini dengan cepat dan segera.


Selain ubat gout farmasi dan hospital, anda boleh mencuba petua hilangkan gout dengan kelebihan pokok susu Nabi, mungkin ia serasi dengan anda dan gout atau stroke anda akan hilang tanpa disangka, siapa tahu?


Ada yang berpendapat pokok ini adalah ubat stroke paling berkesan dan mujarab kerana pesakit yang lumpuh dapat bergerak seperti biasa, pesakit gout tidak lagi merasa sakit yang teramat sangat dan sakit sendi-sendi telah hilang selepas mengamalkan petua penawar terbaik ini.


Cara untuk menggunakan atau cara merebus pokok susu Nabi untuk dijadikan penawar gout dan stroke atau lumpuh adalah seperti yang dikongsikan di bawah, sila ikuti cara-cara yang diterangkan agar ia menjadi :


Dapatkan sepokok pokok susu Nabi

Cuci sehingga bersih akar, batang, buah dan daun

Rebus dengan 3 gelas air sehingga rebusan jadi satu gelas

Anda boleh amalkan air rebusan pokok susu Nabi selama tiga hari berturut-turut bermula pagi dan petang setiap hari. Sila amalkan berterusan sehingga tiga hari. Insya Allah, stroke atau lumpuh dan sakit gout akan pulih seperti biasa.


Kebaikan Pokok Susu Nabi dan Khasiatnya


Selain gout, stroke dan lumpuh, pokok susu Nabi juga terbukti berkesan dapat mengubati beberapa penyakit lain dan cara penggunaan juga rata-rata daripadanya dengan merebus sama ada daun susu Nabi, akar, bunga dan buah.


1. Menyembuhkan Influenza


Setengah genggam daunnya dicuci dan di rebus dengan air bersih sebahagian 3 gelas sehingga menjadi 3/4 selepas direbus. Sejukkan rebusan ini dan tambahkan madu sedikit lalu diminum 2 kali sehari.


2. Menyembuhkan Bronchitis


Setengah genggam daunnya dibersihkan dan digiling atau ditumbuk halus serta tambahkan air masak 3/4 cawan serta satu sudu besar madu dan airnya diminum 2 kali sehari.


3. Menghilangkan Batuk

20 gram daun segar Patikan Kebo ini direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit,  serta diminum sehari dua kali iaitu setengah gelas sekali.


4. Menyembuhkan Disentri


Ambil daun gelang susu ini sedikit, rebus dan ditambah dengan gula pasir (bila mengalami pendarahan) atau gula merah (sekiranya mempunyai lendir), lebihkan air sebaiknya lalu disejukkan lebih kurang 15 minit. Sebelum diminum.


5. Melancarkan Saluran Air Kecil


Ambil daun pokok ara tanah dan tambahkan air sewajarnya, di rebus. Untuk diminum 2 kali sehari.


6. Menyembuhkan Bisul


Daunnya yang segar sebanyak 60 gram dan masukkan 120 gram tauhu putih, sejukkan selama 15 minit lalu ditampal di tempat yang mempunyai bisul.


7. Menyembuhkan Thypus Abdominalis (Usus)


Daunnya yang segar lalu direbus dengan air secukupnya diminum 3 kali sehari.


8. Menyembuhkan Radang Ginjal


Daunnya yang segar atau pun yang kering harus direbus terlebih dahulu sebelum diminum.


9. Menyembuhkan Kegatalan Kulit (Ekzema)


90 gram daun pokok ara tanah ditambah 1/2 liter alk’0h0l 70% direndam selama 35 hari, untuk membersihkan ekzema.


10. Menyembuhkan Gatal Tekak


Daun pokok susu Nabi direndam air panas  lalu digunakan dengan kumur selepas air menjadi suam.


11. Menyembuhkan Asma


Segenggam pokok ara tanah kering direbus dengan air secukupnya air sehingga mendidih, sejukkan serta diminum 2 kali sehari, 1/2 gelas pada waktu pagi dan petang.


12. Menyembuhkan Radang Payudara


Satu genggam daun pokok ara tanah serta 2 senduk makan biji kacang soya direbus dengan 35 gelas air sampai mendidih. Sejukkan, diminum 2 kali sehari dengan satu cawan setiap kali minum.


13. Menyembuhkan Mata Merah


Titiskan getah pokok susu Nabi ini pada mata yang merah sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.


Semoga perkongsian khasiat pokok susu Nabi ini bermanfaat kepada semua dan sila kongsikan kepada mereka yang belum tahu. 

................................. 

Untuk dapatkan air susu nabi yang asli boleh layari : https://invol.co/cl84alv 


Ahad, 14 November 2021

7 Makanan yang Membersihkan Hati Secara Semulajadi



Hati mempunyai fungsi untuk menyahtoksik dan membersihkan badan anda dengan menapis darah toksin yang masuk melalui saluran pencernaan, kulit, dan sistem pernafasan. Tetapi apabila hati terlalu banyak bekerja mengakibatkan tekanan atau terlalu terdedah kepada toksin, kesihatan anda berisiko terdedah kepada penyakit hepatitis.

Oleh kerana hati juga bertanggungjawab untuk pengeluaran hempedu, yang diperlukan untuk pemecahan dan asimilasi lemak dan protein daripada tubuh anda, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan hati yang baik hingga hari tua anda.



Bawang putih.

Bawang putih mengandungi sulfur yang tinggi, sebatian yang mengaktifkan enzim dalam hati yang bertanggungjawab untuk membuang toksin dari badan. Bawang juga mengandungi allicin dan selenium, dua nutrien yang telah ditunjukkan untuk membantu melindungi hati daripada kerosakan toksik dan membantu dalam proses detoksifikasi.


 

Limau.

Limau / oren kaya dengan vitamin C dan antioksidan semulajadi, dua pembersih hati yang kuat. Seperti bawang putih, oren juga mengandungi sebatian yang meningkatkan pengeluaran enzim penyahtoksin hati



Teh Hijau.

Teh hijau kaya dengan catechin, sejenis antioksidan tumbuhan yang telah ditunjukkan dalam kajian untuk membuang pengumpulan lemak dalam hati dan menggalakkan fungsi hati. Minuman herba ini juga melindungi hati daripada toksin yang menyebabkan kerosakan serius.

 

Sayur-sayuran Hijau.

Sayuran hijau berdaun seperti bayam, sayur sawi, dan kubis juga mengandungi sebatian yang meneutralkan logam berat dalam badan yang ditapis dan ditinggalkan di dalam hati. Sayuran hijau juga menghilangkan pendedahan kepada racun perosak dan racun herba dari badan, dan merangsang pengeluaran dan aliran hempedu.

 

Avokado.


Avokado mengandungi sebatian glutation yang boleh menggalakkan kesihatan hati secara aktif dengan melindungi daripada beban toksik, dan meningkatkan kuasa pembersihannya. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa makan sebiji atau dua buah avokado sekali seminggu selama sebulan boleh membaiki fungsi hati yang rosak.


Kunyit.


Kunyit adalah salah satu makanan yang paling berkuasa untuk mengekalkan hati yang sihat, secara aktif melindungi hati daripada kerosakan toksik dan menjana semula sel-sel hati yang rosak. Kunyit juga meningkatkan pengeluaran semula jadi hempedu, mengurangkan pembesaran saluran hati dan meningkatkan fungsi hati.



Kacang Walnut.


Walnut mengandungi tahap l-arginine yang tinggi, asid amino, glutathione, dan asid lemak omega-3, yang juga boleh membantu menyahtoksik ammonia penyebab penyakit hati.

 

Rabu, 29 September 2021

Tanda-tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan


 

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿

- Secara umumnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12 Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

Khamis, 26 Ogos 2021

Khasiat Teh chamomile


Teh chamomile telah lama digunaka sebagai ubat tradisional untuk pelbagai masalah kesihatan. Pada masa kini, para penyelidik semakin meneroka keberkesanannya dalam menguruskan penyakit, termasuk barah dan diabetes.

Sejauh ini, penyelidikan mengenai potensi teh chamomile menunjukkan janji. Walau bagaimanapun, kajian berbeza dengan beberapa penyelidikan yang membuktikan faedah yang jelas berbanding dengan ubat alternatif, dan yang lain hanya menunjukkan kemungkinan.

Bagi kebanyakan orang, teh chamomile selamat dicuba sebagai makanan tambahan untuk rawatan lain, tetapi tidak boleh menggantikan rawatan perubatan arus perdana apabila orang mempunyai penyakit serius.

Kelebihan teh chamomile
Potensi faedah teh chamomile, yang mana terdapat bukti yang paling banyak, termasuk: 


1. Mengurangkan sakit haid

Beberapa kajian mengaitkan teh chamomile dengan pengurangan kekejangan haid. Satu kajian pada tahun 2010, misalnya, mendapati bahawa minum teh chamomile selama sebulan dapat mengurangkan kesakitan kekejangan haid. Wanita dalam kajian ini juga melaporkan kurang kegelisahan dan kesusahan yang berkaitan dengan sakit period.



2. Merawat diabetes dan menurunkan gula darah

Sekali lagi, beberapa kajian mendapati bahawa teh chamomile dapat menurunkan gula darah pada penderita diabetes. Penyelidikan tidak menunjukkan bahawa chamomile adalah pengganti yang sesuai untuk ubat diabetes, tetapi mungkin suplemen yang bermanfaat untuk rawatan yang ada.

Begitu juga, kajian pada tahun 2008 mendapati bahawa pengambilan teh chamomile secara konsisten dapat mencegah gula darah meningkat. Kesan ini mengurangkan risiko komplikasi diabetes jangka panjang, menunjukkan bahawa chamomile dapat meningkatkan hasil diabetes.



3. Melambatkan atau mencegah osteoporosis

Osteoporosis adalah kehilangan ketumpatan tulang secara progresif. Kehilangan ini meningkatkan risiko patah tulang dan postur yang tersekat. Walaupun ada yang menghidap osteoporosis, ini paling biasa berlaku pada wanita pasca-menopaus. Kecenderungan ini mungkin disebabkan oleh kesan estrogen.

Satu kajian pada tahun 2004, sumber dipercayai bahawa teh chamomile mungkin mempunyai kesan anti-estrogenik. Ia juga membantu meningkatkan kepadatan tulang, tetapi penulis kajian memperingatkan bahawa penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk membuktikan manfaat yang jelas.



4. Mengurangkan keradangan

Keradangan adalah reaksi sistem imun untuk melawan jangkitan. Teh chamomile mengandungi sebatian kimia yang dapat mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, keradangan jangka panjang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk buasir, sakit gastrointestinal, artritis, gangguan autoimun, dan juga kemurungan. 


5. Rawatan dan pencegahan barah

Beberapa kajian menunjukkan bahawa teh chamomile dapat menargetkan sel-sel barah, atau bahkan mencegah sel-sel tersebut berkembang dari awal. Walau bagaimanapun, penyelidikan setakat ini tidak dapat disimpulkan, dan para saintis mengatakan bahawa lebih banyak kerja diperlukan untuk membuktikan tuntutan anti-kanser chamomile. Juga, kebanyakan penyelidikan telah melihat model klinikal pada haiwan, bukan pada manusia.



6. Membantu tidur dan rehat

Menurut pakar diet Anshul Jaibharat, "Teh chamomile melemaskan saraf dan menenangkan sistem saraf, oleh itu membantu anda tidur lebih lena. Ia kekurangan penambahan kafein, dan paling baik diminum sebelum tidur".


Teh chamomile banyak difikirkan untuk membantu orang berehat dan tertidur. Walau bagaimanapun, beberapa ujian klinikal telah menguji ini.

Dalam satu tinjauan bukti semasa, 10 daripada 12 pesakit kardiovaskular Sumber Dipercayai disebutkan tertidur sejurus selepas minum teh chamomile. Beberapa kajian lain yang melihat model klinikal juga menunjukkan bahawa teh chamomile dapat membantu orang berehat.

Dalam kajian menggunakan tikus, ekstrak chamomile membantu tikus yang terganggu tidur. Ramai penyelidik percaya bahawa teh chamomile boleh berfungsi seperti benzodiazepin. Benzodiazepin adalah ubat preskripsi yang dapat mengurangkan kegelisahan dan mendorong tidur. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa chamomile mengikat reseptor benzodiazepin.

Tinjauan yang melihat kemampuan teh chamomile untuk mengurangkan kegelisahan. Sumber Dipercayai tidak dapat disimpulkan. Beberapa kajian menunjukkan faedah anti-kegelisahan yang sederhana, tetapi yang lain tidak.



7. Merawat gejala selsema

Bukti anekdot dan beberapa kajian Sumber Dipercayai menunjukkan bahawa menyedut wap dengan ekstrak chamomile dapat melegakan beberapa gejala selesema biasa. Tetapi faedah ini belum terbukti.



8. Rawatan untuk keadaan kulit ringan.

Adakah anda tahu bahawa teh Chamomile telah digunakan oleh orang Rom, Yunani dan Mesir untuk merawat luka dan mempromosikan penyembuhan? Ini kerana teh Chamomile tumbuhan berasal dari Matricaria chamomilla L, yang mempunyai sifat anti-radang dan antimikroba. Ia juga menyembuhkan keadaan kulit seperti psoriasis dan eksim.

Kajian kecil yang dipercayai pada tahun 1987 mendapati bahawa menggunakan ekstrak chamomile terus ke penyembuhan yang dibantu oleh luka. Begitu juga, beberapa kajian Sumber Dipercayai mendapati bahawa salap chamomile dapat membantu ekzema dan keadaan kulit keradangan ringan, walaupun ia tidak seefektif krim hidrokortison.

 
9. Meningkatkan Kekebalan

Banyak kajian menunjukkan bahawa teh Chamomile tidak hanya akan menyebabkan penyakit di tepi jalan, tetapi juga berfungsi sebagai langkah pencegahan yang hebat. "Ia melawan bakteria berbahaya, dan memiliki kemampuan untuk meningkatkan sistem imun anda," kata Dr. Ahuja, Fortis Hospital. Tingkatkan kekebalan anda dari serangan covid19. 


10. Menenangkan Sakit Perut

Menurut Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi, "Chamomile tea telah dinilai sebagai pelonggaran pencernaan dan telah digunakan untuk merawat berbagai gangguan gastrointestinal termasuk perut kembung, gangguan pencernaan, cirit-birit, anoreksia, mabuk, mual dan muntah"

 

11. Mengurangkan Tekanan

Dunia yang sibuk dan huru-hara hari ini membuat kita merasa semakin cemas dan tertekan. Menurut Pakar Diet, Anshul Jaibharat, "Teh Chamomile adalah penenang yang lembut dan bertindak sebagai penenang semula jadi yang berkesan, sehingga dapat mengurangkan tekanan."

 

12. Mencerahkan Kulit

Menghirup teh chamomile panas boleh membuat keajaiban untuk kulit anda juga! Ramuan ajaib ini boleh digunakan sebagai peluntur kulit semula jadi. Teh chamomile dibungkus dengan antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan kulit anda. Ini meringankan warna dan juga memberi anda cahaya yang selalu anda mahukan.



13. Mengurangkan Jerawat

Bukan hanya cahaya, teh chamomile dapat membantu menamatkan perang anda dengan jerawat yang kerap juga keluar. Teh chamomile membantu memudarkan bintik-bintik, menghilangkan bekas jerawat dan melawan jerawat, jika digunakan secara topikal, kerana sifat anti-radang dan antiseptiknya.



14. Anti Penuaan

Teh chamomile adalah pusat antioksidan yang kuat dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. Ia mempercepat pertumbuhan semula sel dan tisu, membantu mengetatkan pori-pori dan melambatkan proses penuaan.



15. Merawat Selaran Matahari

Sinaran sinar ultraviolet (UV) yang berbahaya boleh menyebabkan pelbagai masalah pada kulit anda. Teh chamomile terkenal dengan sifat antioksidan, menenangkan dan anti-radang. Anda boleh menyeduh teh, mendinginkannya, rendam tuala di dalamnya dan kemudian sapukan ke kawasan yang terbakar sinar matahari.



16. Mengurangkan Bawah Mata

Dark CirclesSuparna Trikha, pakar kecantikan terkemuka di India mengatakan, "Jangan sekali-kali membuang beg teh Chamomile setelah menggunakannya, dan sejukkan. Anda boleh meletakkan beg teh sejuk di atas mata anda (terutama setelah melakukan urutan mata) untuk mencerahkan kawasan mata secara dramatik dan mengurangkan bengkak. Anda akan mendapat perbezaan seketika dalam cara melihat dan merasakan mata anda ".



17. Menghilangkan kelemumur

Banyak kelemumur? Minum secawan teh chamomile. Ya kita serius. Teh chamomile membantu menghilangkan dan mencegah kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan meningkatkan kesihatan yang sihat. Anda boleh menggunakannya sebagai bilas terakhir setelah mencuci rambut. 

.......................................................

Teh chamomile telah digunakan dalam perubatan rakyat selama ribuan tahun, sering dengan hasil yang menggembirakan. Namun, buat masa ini, ia tetap sebagai makanan tambahan dan bukan ubat.

Orang yang berminat untuk mencuba teh chamomile harus menggunakannya sebagai makanan tambahan, dan bukan pengganti rejimen ubat biasa mereka. Dalam dos biasa, seperti 1 hingga 2 cawan sehari, ada kemungkinan peningkatan kesihatan meningkat.

Khamis, 12 Ogos 2021

Beza Vaksin Pfizer, AstraZeneca AZ dan Sinovac


Berbicara soal vaksin Covid-19, korang tahu tak perbezaan antara Pfizer, AZ dan Sinovac?

Menurut doktor perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Kelantan, Dr Ikram Rauhi, ketiga-tiga vaksin tersebut mempunyai keberkesanan dan elemen berbeza.


1. Pfizer
 

Ia menggunakan teknologi baharu. Perlu diketahui bahawa di luar virus Covid-19 terdapat spike protein yang menjadi salah satu komponen virus menyebabkan jangkitan.

Teknologi mRna bertindak menghancurkan protein virus Covid-19. Protein yang dihasilkan dalam tubuh akan merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.

Justeru mRna lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan, namun masalahnya dari segi penyimpanan yang mana ia memerlukan suhu -17 darjah celcius. Maka, ia amat susah untuk diedarkan ke kawasan pedalaman dan jauh.


2. Sinovac
 

Ia menggunakan teknologi Inactivated Virus yang mana virus mati disuntik dalam badan manusia. Apabila ia berlaku badan akan melawan virus yang mati dan menghasilkan antibodi melawan jangkitan seterusnya.

Teknologi ini sudah lama digunapakai, malah pernah digunakan untuk penyakit Polio dan Rabies sebelum ini. Ia terbukti berkesan. Perlu disimpan dalam suhu dua hingga 8 darjah celcius sahaja.


3. AstraZeneca


Ia menggunakan teknologi Viral Vector iaitu virus diubahsuai untuk dipindahkan ke antigen genetic code ke badan manusia, kemudiannya menghasilkan antibodi menahan serangan virus.

Ia berkesan sebanyak 62 – 90 peratus dan memadai melawan virus Covid-19.

Timbul pula spesifikasi yang mengaitkan vaksin itu dengan blood clot atau gumpalan darah.

Hakikatnya risiko suntikan vaksin 0.0004 sahaja berbanding jika terkena serangan Covid-19, risiko mengalami gumpalan darah adalah lebih 16.5 peratus.

 


 

 

Jumaat, 25 Jun 2021

Khasiat Herba Pokok Dukung Anak



Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum.. bagus untuk orang perempuan yang tengah ikhtiar untuk hamil... atau merawat masaalah sukar dapat zuriat.


Khasiat khasiat lain antaranya: 

  • Merawat penyakit kuning bagi baby yang baru lahir.
  • Menyembuhkan masalah mati pucuk.
  • Minum air daun dukung anak  sebagai booster kepada masalah keletihan
  • Baik untuk demam urat.
  • Bagi suami isteri yang mahu berpower ranger... minum segelas pati air rebusan tanpa campur air kosong.. sejam sebelum aktiviti berdayung dan menyelam lautan dalam.
  • Merawat masaalah hati sebagai agen pelindung hati.
  • Merawat hepatitis.
  • Penawar bagi masaalah batu buah pinggang atau batu hempedu.
  • Buah dukung anak digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, dan penyakit kulit seperti kurap.
  • Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies).
  • Manakala jus atau pati (ekstrak) akar dan daun muda digunakan untuk menguatkan ginjal, dan air rebusan daun muda diminum untuk merawat batuk.
  • Pokok dukung anak turut digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran, dan sebagai penawar penyakit gonorrhea dan sifilis.


Cara rebus herba pokok dukung anak:

  • Cabut pokok dalam bilangan ganjil 5-7 pokok.
  • Basuh bersih pokok dan akarnya.
  • Rebus sambil baca selawat syifa dan surah fatihah serta surah alam nasyrah.
  • Rebus 3 gelas air sehingga jadi 2 cawan.
  • Lepas tu minum dan jangan lupa selawat dan berdoa.
  • Yang molek jenis hijau dari yang merah

Kita usaha selebihnya Allah jua yang mengizinkan.
Wallahualam

 

Untuk Beli Herba Pokok Dukung Anak

> Klik Sini <


Jumaat, 28 Mei 2021

Wap Air Rebusan Bunga Cengkih Merawat C0V1D?

 


Bunga cengkih, atau cloves, dikenali dengan nama saintifik Syzygium aromaticum. Bunga cengkih adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.

Bunga cengkih mengandungi sebatian kimia eugenol sekitar 70-80% diikuti eugenyl acetate, eucalyptol, beta-caryophyllene, flavonoid, asid krategolik, vanillin dan lain-lain.

 

Benarkah wap air rebusan bunga cengkih merawat COVID?

Sehingga hari ini tiada kajian pada tabung uji, model haiwan mahupun kajian klinikal pada manusia membuktikan wap air rebusan cengkih merawat jangkitan COVID.

Secara tradisinya, wap air rebusan cengkih digunakan bagi melegakan simptom batuk, bronchitis, selsema, dan asma.

Walaupun secara umumnya wap air rebusan bunga cengkih tidak mendatangkan mudarat, jika anda mengalami simptom COVID, anda mesti mendapatkan rawatan segera kerana COVID bukan demam selsema biasa.

Risiko anda mendapat komplikasi sehingga memerlukan bantuan oksigen dan rawatan yang lebih intensif adalah jauh lebih tinggi.

Sekitar 90% pesakit COVID telah pulih, sebahagiannya tidak mempunyai simptom manakala sebahagian yang lain melalui rawatan berdasarkan simptom yang dialami.

Wap air rebusan bunga cengkih kemungkinan besar mengandungi eugenol. Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase di dalam pengujian tabung uji.

Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes, yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan termasuk asma. Manakala dalam kajian model haiwan, pemberian eugenol mengurangkan simptom asma.

Walaubagaimanapun, di dalam laporan yang lain, wap eugenol mencetuskan serangan asma dan resdung (sinusitis) di kalangan pekerja yang terdedah pada wap eugenol.

Sekiranya anda mengalami serangan asma, atau bronchitis, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Jangan berlengah kerana ingin mencuba wap air rebusan cengkih. Wap air rebusan cengkih boleh menyebabkan serangan asma bertambah teruk pada sesetengah individu.

Kesimpulannya, wap air rebusan bunga cengkih tidak merawat COVID, walaupun ia digunakan secara tradisi melegakan batuk, selsema dan serangan asma. Jika anda rasa sesak nafas, jangan berlengah dapatkan segera bantuan perubatan.



Rujukan;

Pan, C., & Dong, Z. (2015). Antiasthmatic Effects of Eugenol in a Mouse Model of Allergic Asthma by Regulation of Vitamin D3 Upregulated Protein 1/NF-κB Pathway. Inflammation, 38(4), 1385-1393. doi:10.1007/s10753-015-0110-8

Quirce, S., Fernández-Nieto, M., Del Pozo, V., Sastre, B., & Sastre, J. (2008). Occupational asthma and rhinitis caused by eugenol in a hairdresser. Allergy: European Journal of Allergy and Clinical Immunology, 63(1), 137-138. doi:10.1111/j.1398-9995.2007.01525.x

Raghavenra, H., Diwakr, B. T., Lokesh, B. R., & Naidu, K. A. (2006). Eugenol - The active principle from cloves inhibits 5-lipoxygenase activity and leukotriene-C4 in human PMNL cells. Prostaglandins Leukotrienes and Essential Fatty Acids, 74(1), 23-27. doi:10.1016/j.plefa.2005.08.006

Vicidomini, C., Roviello, V., & Roviello, G. N. (2021). Molecular Basis of the Therapeutical Potential of Clove (Syzygium aromaticum L.) and Clues to Its Anti-COVID-19 Utility. Molecules (Basel, Switzerland), 26(7), 1880.

Rabu, 26 Mei 2021

8 Perkara Anda Perlu Berhenti Vaping


Apa itu vaping?

Vaping adalah alat yang menggantikan rokok. Ia digunakan dengan cara penyedutan aerosol dari rokok elektrik atau alat serupa, yang digunakan untuk memanaskan cecair penghasil wap. Terdapat banyak jenama rokok elektronik dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sebilangan besarnya seperti pen (maka istilah pena vape) atau mungkin juga menyerupai pemacu kilat USB. Wap biasanya mengeluarkan nikotin tetapi ia juga dapat mengeluarkan bahan undang-undang atau haram lain, termasuk tetrahydrocannabinol (THC), bahan aktif dalam ganja. Di samping itu, cecair itu boleh mengandungi zarah halus, minyak, bahan kimia toksik, atau bahan lain, ada yang berkaitan dengan barah, masalah paru-paru dan mungkin penyakit jantung.


Krisis kesihatan awam terkini. Begitulah pakar perubatan merujuk kepada masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekosongan. Ratusan orang menjadi sakit parah setelah menggunakan alat elektronik. Beberapa orang telah meninggal dunia. Inilah yang perlu anda ketahui untuk melindungi diri anda.

 

Seberapa biasa vaping?


E-rokok diperkenalkan pada tahun 2006 dan telah meningkat popularitinya sejak itu, terutama di kalangan orang muda. Di Australia, di kalangan kanak-kanak berusia 18-24 tahun, penggunaan semasa meningkat dari 2.8 peratus kepada 5.3 peratus dalam tiga tahun terakhir. Survei Rumah Tangga Strategi Dadah Nasional 2019 melaporkan peningkatan di semua kumpulan umur orang yang pernah menggunakan e-rokok dari 8.8 peratus pada 2016 kepada 11.3 peratus pada tahun 2019. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendesak pengguna untuk menahan diri daripada menggunakan produk vaping kerana sebab berikut.



Jatuh sakit kerana Vape


Lebih daripada 1000 kes kecederaan paru-paru berkaitan vaping, dari wilayah AS, telah dilaporkan ke CDC. Gejala penyakit paru-paru yang disebabkan oleh vaping termasuk batuk, sesak nafas, sakit dada, mual, muntah, cirit-birit, keletihan dan sakit perut. Hampir 70 peratus kes berlaku pada lelaki. Hampir dua pertiga (62 peratus) orang yang jatuh sakit berusia antara 18 hingga 34 tahun, dan 16 peratus berusia di bawah 18 tahun. Sebilangan orang menggunakan alat vaping yang menyampaikan nikotin, tetapi kebanyakan telah menggunakan produk yang mengandungi THC .



Mati kerana Vape


Sehingga Oktober 2020, CDC melaporkan 68 kematian akibat penimbunan minyak ganja dan vitamin E asetat dan ribuan orang dimasukkan ke hospital di AS. Penyebabnya, kata ahli pulmonologi, Dr Robert Goldberg, adalah sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS).



Vaping boleh menyebabkan ketagihan


"Nikotin adalah bahan kimia yang sangat ketagihan," kata Dr Goldberg. Dan walaupun boleh berbeza-beza, vaping dapat memberikan lebih banyak nikotin setiap penyedutan daripada rokok tradisional. "Jumlah satu puff dari alat vaping lebih besar daripada satu puff dari rokok." Sebilangan besar syarikat vaping menggunakan nama yang menyeronokkan dan mencipta rasa buah seperti Fruity Freeze dan So Berry Bagus untuk menarik minat kanak-kanak dan menjadikannya bergantung pada peranti. Seringkali pengguna muda tidak menyedari bahawa peranti itu malah mengeluarkan nikotin. "Syarikat melihat lombong emas," kata Dr Goldberg. "Sekiranya mereka dapat menarik populasi baru dengan nikotin, mereka akan memiliki pelanggan seumur hidup."



Kimia tidak diatur

Vape atau e-rokok mudah didapati untuk dibeli secara dalam talian dari vendor luar negara, dan juga di bawah kaunter dari pemilik kedai yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana tidak ada peraturan, tidak diketahui bahan kimia lain yang digunakan untuk menyampaikan nikotin. "Apabila anda membuat vape, anda membawa bahan kimia yang tidak diketahui ke dalam badan anda yang tidak diatur," kata Dr Goldberg. "Kami tidak tahu apa yang ada di dalam peranti," tambahnya.


Vaping meningkatkan risiko penyakit paru-paru

Bahkan sebelum laporan penyakit paru-paru yang serius dan mematikan, vaping diketahui memberi kesan negatif pada sistem pernafasan. "Pada awalnya, saya akan melihat pesakit yang mengidap mengalami sindrom seperti asma - mereka batuk dan mengi," kata Dr Goldberg. "Kami melihat pesakit mengembangkan penyakit paru-paru dari memerah." Beberapa jenis jus vape berperisa juga mengandungi diacetyl, bahan kimia yang diketahui menyebabkan keadaan paru-paru yang jarang dan serius yang disebut bronchiolitis obliterans. 



Vaping meningkatkan risiko penyakit jantung 


Nikotin menyebabkan peningkatan tekanan darah, degupan jantung, aliran darah ke jantung, dan penyempitan arteri, menurut Heart Foundation of Australia. Ia juga dapat menyebabkan pengerasan dinding arteri, atau arteriosklerosis, yang dapat berperanan dalam serangan jantung. Oleh kerana banyak alat vaping digunakan untuk nikotin, ada alasan bahawa vaping juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. "Tetapi kami tidak tahu apa kesan jangka panjangnya kerana peranti tersebut sudah lama tidak wujud," kata Dr Goldberg. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa vaping mungkin dikaitkan dengan risiko strok, serangan jantung dan penyakit jantung yang lebih tinggi, menurut kajian yang dibentangkan pada persidangan perubatan pada tahun 2019.



Vaping tidak membantu anda berhenti merokok


Ketika vaping pertama kali diperkenalkan, kadangkala digunakan sebagai alat berhenti merokok walaupun tidak disetujui oleh TGA untuk tujuan ini. "Pesakit akan memulai dengan vape nikotin tinggi dan kemudian secara beransur-ansur menggantinya dengan air sehingga mereka hampir tidak mendapat nikotin," kata Dr Goldberg. "Ini adalah cara menyingkirkan mereka dari rokok." Dia mempunyai beberapa pesakit yang berjaya berhenti merokok menggunakan kaedah ini, tetapi yang lain hanya menjadi ketagihan pada alat lain yang memberikan nikotin. Kajian tahun 2019 di New England Journal of Medicine mendapati bahawa orang yang beralih ke vaping lebih cenderung melepaskan rokok tradisional setahun kemudian daripada mereka yang mencuba produk pengganti nikotin (18 peratus vs 10 peratus) tetapi mereka juga lebih banyak kemungkinan masih menggunakan alat berhenti merokok mereka (80 peratus vs 9 peratus). Semasa penyiasatan kematian berkaitan vaping, CDC mendorong orang untuk mengelakkan vaping, terutama produk yang mengandungi THC. Namun, mereka berhenti memberitahu perokok untuk kembali ke rokok, yang mempunyai risiko selama puluhan tahun, yang sudah pasti menunjukkan keadaan yang berpotensi mengancam nyawa seperti barah paru-paru, COPD dan serangan jantung.

"Sekiranya anda seorang dewasa yang menggunakan e-rokok yang mengandung nikotin untuk berhenti merokok, jangan kembali merokok," kata CDC.


Terdapat cara yang lebih baik untuk berhenti merokok

 

"Ada alat penghantaran lain untuk nikotin yang sangat berjaya dan telah digunakan selama bertahun-tahun," kata Dr Goldberg. Ini termasuk tompok nikotin, gusi dan semburan hidung. "Mereka tersedia di kaunter dan diatur oleh FDA." Ubat preskripsi juga boleh membantu penghentian merokok. Bercakap dengan doktor anda mengenai pilihan tersebut.

Sabtu, 6 Februari 2021

Ubat Kumur Povidone Iodin Bunuh 99.99% COVID


Berkumur dengan cecair antiseptik boleh mengurangkan risiko seseorang dijangkiti virus penyebab Covid-19.

Selain itu, ia juga menghalang seseorang daripada menyebarkan virus Covid-19 kepada individu lain.

Ia boleh dilakukan selepas pulang dari tempat berisiko seperti pasar dan tempat kerja. Ini boleh membantu menghindarkan golongan berisiko seperti warga emas dan pesakit kencing manis mendapat jangkitan.

Selain itu, digalakkan juga seseorang berkumur sebelum bertemu golongan berisiko ini.

Pakar Mikrobiologi Klinikal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata, perkara ini turut disokong hasil beberapa kajian makmal dan kajian ke atas manusia yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.

Menurutnya, kajian makmal itu membuktikan kebanyakan cecair kumur yang berada di pasaran berupaya membunuh virus SARS-CoV-2 dengan berkesan.

"Walaupun, kajian klinikal ke atas pesakit Covid-19 membabitkan jumlah peserta agak kecil, ia menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.

"Tidak salah jika kita mempergiatkan usaha pencegahan. Pada masa sama, kerap mencuci tangan, mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka pula perlu diteruskan," katanya.

Beliau berkata, virus SARS-CoV-2 memasuki badan melalui mata, hidung dan mulut.

"Kemudian, virus ini akan melekat pada reseptor ACE-2 yang banyak terdapat di dalam mulut dan hidung, sebelum memasuki serta menjangkiti sel.

"Virus yang ada di dalam mulut dan hidung boleh tersebar ke udara serta menjangkiti orang lain sekiranya pesakit bercakap, bersin atau batuk," katanya.

Dr Nurul Azmawati berkata, semakin tinggi jumlah virus, semakin banyak virus yang boleh disebarkan.

"Pada sebilangan kecil pesakit, virus ini turut menjangkiti sel di paru-paru.

"Berdasarkan fakta ini, saintis dan pakar berpendapat jika virus di dalam mulut serta hidung dapat dikurangkan, risiko penyebaran virus dapat diminimumkan.

"Cecair kumur yang mengandungi antiseptik dilihat dapat membantu membunuh virus ini," katanya.

Menurut beliau, terdapat pelbagai jenis cecair kumur di pasaran yang kebanyakannya dihasilkan untuk membunuh bakteria di dalam mulut, mengelakkan bau mulut dan mencegah kerosakan gigi.

"Tetapi sepanjang pandemik ini, banyak kajian 'in-vitro' (di dalam makmal) dijalankan untuk melihat keberkesanan cecair kumur terhadap virus SARS-CoV-2.

"Kajian 'in-vivo' (ke atas manusia) juga dilakukan bagi mengetahui keberkesanan cecair kumur dalam kalangan pesakit yang positif Covid-19," katanya.

Menurutnya, kumpulan beliau bekerjasama dengan kumpulan penyelidik ternama dari Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) dan Universiti Malaya menjalankan kajian menggunakan pengkulturan virus ke atas sel hidup.

"Kami mendapati, cecair kumur yang mengandungi povidone-iodin berupaya membunuh 99.99 peratus virus SARS-CoV-2 dalam masa sekurang-kurangnya selepas 15 saat.

'The Journal of Infectious Disease' terbitan 'Infectious Diseases Society of America' pula mendedahkan kajian makmal yang mengkaji keberkesanan lapan jenis cecair kumur antiseptik di pasaran.

"Penyelidik mendapati cecair kumur yang mengandungi 'dequalinium klorida polyvidone iodin' dan minyak pati sangat efektif membunuh virus.

"Cecair kumur yang mengandungi hidrogen peroksida, klorheksidin, oktenidin dan plohexanide pula kurang berkesan," katanya.

Dr Nurul Azmawati berkata, kajian makmal lain yang diterbitkan dalam Journal of Prosthodontics mendapati, selepas 15 dan 30 saat pendedahan, cecair kumur povidone iodin berkepekatan 0.5 hingga 15 peratus membunuh hampir semua virus SARS-CoV-2.

"Hidrogen peroksida berkepekatan 1.5 dan tiga peratus pula menunjukkan kesan yang sangat minimum," katanya.

Sementara itu, katanya, kajian ke atas pesakit Covid-19 pula dilakukan menerusi kajian klinikal dengan kerjasama kumpulan antara Usim dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) apabila pesakit Covid-19 diminta berkumur dengan povidone-iodin, minyak pati dan air paip tiga kali sehari selama tujuh hari.

"Berdasarkan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada hari kelima (selepas empat hari berkumur) mendapati 100 peratus yang berkumur dengan povidone iodin, 80 peratus pati minyak dan 40 peratus air paip memperoleh keputusan negatif.

"Keputusan yang sama diperoleh untuk ujian PCR pada hari ketujuh dan ke-10," katanya.

Beliau berkata, satu lagi kajian diterbitkan jurnal 'Oral Diseases' menjelaskan virus di dalam air liur dua daripada empat pesakit Covid-19 berkurangan dengan signifikan setelah berkumur dengan cecair povidone iodin.

"Bahkan virus ini tidak dapat dikesan sekurang-kurangnya tiga jam selepas berkumur.

"Kajian yang dilakukan di Singapura pula mengkaji keberkesanan tiga jenis cecair kumur iaitu povidon-iodin, chlorhexidine gluconate dan cetylpyridinium chloride dalam kalangan pesakit Covid-19.

"Ujian PCR dilakukan selepas lima minit, tiga dan enam jam berkumur mendapati, jumlah virus (viral load) berkurang dengan signifikan seawal lima minit sehingga sekurang-kurangnya enam jam setelah berkumur menggunakan povidone-iodin dan cetylperidinium chloride," katanya.

Ahad, 17 Januari 2021

Doktor Amerika Maut Setelah Suntik Vaksin COVID

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat kes seorang doktor di Florida Amerika Syarikat yang meninggal akibat keadaan yang jarang berlaku, iaitu gangguan darah yang teruk. Doktor tersebut meninggal dunia 16 hari setelah menerima suntikan vaksin COVID dari Pfizer.

Masih belum diketahui apakah penyakit itu berkaitan dengan suntikan vaksin COVID-19, yang dilakukannya.

Doktor tersebut dikenali dengan nama Gregory Michael, 56 tahun, yang merupakan pakar obstetrik dan sakit puan, yang tinggal di kawasan Miami Beach. Michael menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Perubatan Gunung Sinai pada 18 Disember 2020. Dia meninggal 16 hari kemudian akibat pendarahan di otak. Isteri Michael, Heidi Neckelmann, menyiarkan di Facebook berita kematian suaminya.

Tidak lama setelah menerima suntikan vaksin coronavirus, Michael mengalami gejala serius yang disebut trombostopenia, yang menyukarkan darah untuk membeku dengan betul.

Menjawab masalah ini, Pfizer dalam pernyataannya menjelaskan bahawa pihaknya sedang giat menyiasat kes ini. Namun, pada masa ini Pfizer tidak pasti sama ada kejadian ini berkaitan dengan vaksin yang dibuat oleh pengilang ubat tersebut.

"Belum ada isyarat keselamatan yang diketahui mengenai ujian klinikal dan pasca pemasaran kami sejauh ini atau dengan teknologi yang digunakan dalam membuat vaksin. Ucapan takziah kami kepada keluarga yang berkabung, ”kata Pfizer.

Di bahagian lain, pihak berkuasa Mexico mengatakan bahawa mereka sedang mengkaji kes seorang doktor wanita, 32, yang dimasukkan ke hospital setelah menerima suntikan vaksin COVID yang dibuat oleh Pfizer - BioNTech.

Identiti penuh doktor tidak disiarkan. Dia dikejarkan ke ICU sebuah hospital awam di Nuevo Leon setelah mengalami sawan, sukar bernafas dan ruam pada kulit.        

Sumber: https://www.nytimes.com/2021/01/12/health/covid-vaccine-death.html

 

23 Orang Maut Setelah Disuntik Vaksin Covid19


 Norway mengubah garis panduan vaksin untuk kriteria kumpulan vaksin Covid-19 setelah 23 orang meninggal dunia setelah menerima dos vaksin Pfizer / BioNTech.

Pihak berkuasa Norway telah mengesahkan kepada The Epoch Times bahawa daripada 23 orang yang telah meninggal, 13 dari kematian itu mungkin disebabkan oleh kesan sampingan vaksin Covid-19.

Euronews melaporkan, Badan Perubatan Norway melaporkan pada hari Khamis bahawa 13 orang yang menerima dos vaksin mati tidak lama setelah mengalami kesan sampingan. Itu hanya 0.04 peratus daripada lebih daripada 30,000 orang yang telah diberi suntikan di seluruh Norway dalam beberapa minggu terakhir.

Semua kematian berlaku di kalangan pesakit di rumah jagaan, dan semuanya berusia lebih dari 80 tahun.

Awal minggu ini, Institut Kesihatan Awam Norway mengatakan bahawa "apa-apa kesan sampingan dari vaksin akan lebih tinggi dengan penurunan risiko menjadi sakit parah dengan Covid-19 untuk orang tua dan lemah."

"Bagi pesakit yang sangat lemah dan pesakit yang sakit parah, keseimbangan yang berhati-hati dianjurkan antara kelebihan berbanding kekurangan vaksin," kata Institut Kesihatan Awam Norway, yang dipetik dari ABC.

Dalam satu laporan, Pentadbiran Dadah Norway mengatakan bahawa 21 wanita dan lapan lelaki mengalami kesan sampingan.

Agensi itu menyatakan demam dan loya sebagai kesan sampingan yang "mungkin mengakibatkan kematian beberapa pesakit yang lemah," katanya dalam satu laporan.

Pengawal selia sekarang bergantung pada setiap doktor untuk mempertimbangkan siapa yang harus diberi vaksin.

Reaksi negatif terhadap vaksin Pfizer mendorong jurucakap Badan Perubatan Norway, Steinar Madsen, untuk mengumumkan perubahan pada garis panduan rasmi mengenai siapa yang harus menerima suntikan. "Orang yang kurang sihat mungkin tidak boleh diberi vaksin," kata Madsen.

"Kami tidak bimbang tentang perkara ini. Ia adalah sangat jelas bahawa vaksin ini mempunyai risiko yang sangat kecil, dengan pengecualian kecil untuk pesakit yang paling lemah," Steinar Madsen kepada NRK televisyen Norway, yang dipetik oleh Euro Weekly News.

"Doktor kini perlu berhati-hati yang harus disuntik. Mereka yang sangat lemah dan kritikal boleh disuntik selepas satu penilaian individu," katanya.

Isnin, 28 Disember 2020

Buah & Ayam Penyebab Lelaki Lemah Tenaga Batin

Buah-buahan antara penyebab pancut awal

 LELAKI yang berdepan masalah lemah tenaga batin sering dikaitkan dengan tabiat kerap onani.

Sedangkan ada faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini, tetapi tidak diketahui ramai lelaki.

Tanpa sedar, mereka berterusan melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada masalah itu sehingga menjadi lebih serius.

Pakar Hormon dan Antipenuaan The KL Sky Clinic, Dr Shashi Kumar berkata, masalah ini berpunca daripada lima jenis makanan yang boleh melemahkan tenaga batin dalam kalangan lelaki.

Menurutnya, makanan itu mengandungi bahan mengurangkan penghasilan hormon testosteron yang begitu penting untuk menyerlahkan ciri-ciri kejantanan seorang lelaki.

"Berdasarkan hasil ujian darah untuk saringan awal hormon testosteron terhadap pesakit yang datang ke klinik ini, ia menunjukkan 60 hingga 70 peratus lelaki berusia 28 hingga 40 tahun mempunyai hormon yang rendah.

"Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah tenaga batin. Agak mengejutkan kerana pada usia itu (28 hingga 40 tahun), sepatutnya paras hormon testosteron adalah tinggi,

" katanya.

Beliau berkata, lima jenis makanan itu kerap dimakan lelaki seperti buah-buahan, ayam, soya, gula tambahan dan gula terproses daripada jagung (HFCS).

"Di Malaysia, terdapat banyak buah-buahan manis yang tinggi kandungan gula sukrosa dan fruktosa seperti betik, mangga, tembikai, nenas dan sebagainya.

"Saya bukan hendak mengatakan makan buah-buahan tidak bagus, tetapi sebaik-baiknya kurangkan pengambilan iaitu dua kali seminggu," katanya.

Dr Shashi berkata, buah-buahan tempatan ini rasanya manis dan sekiranya diamalkan makan setiap hari, ia boleh memberi kesan kepada penurunan hormon testosteron.

"Sebenarnya khasiat buah-buahan ini boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan saya sangat menggalakkan untuk mengamalkannya.

"Sayur-sayuran boleh dianggap sebagai makanan unggul (superfood) kerana kandungan nutrien tinggi yang sangat diperlukan tubuh selain bebas gula.

"Ada kajian mendedahkan, buah-buahan ini boleh merendahkan hormon testosteron," katanya.

Katanya, umum mengetahui ayam adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia, tetapi di sebalik keenakannya, ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan terutama lelaki.

"Ini kerana kebanyakan ayam dalam pasaran adalah ayam ternakan yang disuntik dengan hormon tumbesaran dan estrogen bagi mempercepatkan pembesaran.

"Malah haiwan ini juga lebih gemuk selain dagingnya mempunyai banyak lemak berwarna putih yang tidak bagus untuk kesihatan.

"Tempoh pembesaran ayam begitu singkat iaitu 28 hari bermula daripada peringkat telur hingga dijual di pasaran.

"Sedangkan tempoh pembesaran ayam secara semula jadi ialah 100 hari, tanpa sebarang suntikan hormon," katanya.

Menurutnya, ramai pesakit di klinik berkenaan mengatakan ayam menjadi hidangan mereka setiap hari kerana mudah didapati di kebanyakan kedai makanan.

"Mereka beranggapan ayam adalah sumber protein yang mudah diperoleh di samping harganya lebih murah berbanding ikan.

"Hakikatnya suntikan hormon itu boleh memberi kesan terhadap kesihatan iaitu menurunkan hormon testosteron, tetapi meningkatkan hormon estrogen (hormon wanita) dalam kalangan lelaki.

"Sepatutnya paras hormon ini (estrogen) rendah pada lelaki," katanya.

Jelasnya, ketiga adalah soya yang banyak digunakan dalam penghasilan makanan berasaskan kacang itu seperti kicap dan 'tau fu fa'.

"Walaupun makanan ini tidak menjejaskan penghasilan hormon testosteron, ia boleh menjadikan paras hormon estrogen pada lelaki sangat tinggi.

"Ketidakseimbangan hormon ini boleh memberi kesan kepada fungsi organ lelaki menjadikan mereka lemah tenaga batin.

"Selain itu, soya mengandungi asid lemak Omega 6. Jika jumlahnya terlalu banyak dalam tubuh, ia akan mengubah cara sel bertindak balas dan memberi kesan berbahaya kepada sel di jantung dan saluran darah," katanya.

Dr Shashi berkata, makanan keempat ialah pengambilan gula tambahan dalam hidangan terutama ketika sarapan.

Ini kerana ramai gemar mengambil sarapan bersama minuman bergula seperti teh tarik.

"Makanan dan minuman bergula ini, selain menurunkan hormon testosteron atau meningkatkan hormon estrogen, ia juga boleh meningkatkan jumlah lemak tersimpan dalam badan, salur darah yang akhirnya menyebabkan paras kolesteral tinggi.

"Lipoprotein berketumpatan sangat rendah (VLDL) juga dikenali sebagai 'triglycerides', kebanyakannya berpunca daripada gula. Bagi mereka yang sudah melakukan ujian saringan darah dan kolesterol, boleh melihat profil lipid untuk mengetahui jenis dan jumlah kolesterol yang terkandung dalam darah.

"Rata-rata lelaki mempunyai masalah kelamin ini mempunyai paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik yang rendah," katanya.

Beliau menasihati masyarakat supaya mengubah corak pemakanan yang lebih sihat dan digalakkan mengambil sarapan bersama air kosong.

Terakhir, katanya, ialah pengambilan makanan mengandungi HFCS yang kebanyakannya terdapat dalam minuman tin dan jus buah-buahan terproses.

"Gula ini diperoleh daripada bertih jagung dan diproses. Banyak makanan terproses seperti biskut, kek, roti serta krim mempunyai kandungan tinggi bahan itu.

"Pengusaha industri makanan memilih menggunakan bahan ini untuk menjimatkan kos pengeluaran.

"Mereka hanya perlu menggunakan 20 gram (g) HFCS untuk mendapatkan kemanisan yang sama daripada penggunaan 100g gula biasa," katanya.

Katanya, HFCS sangat manis dan boleh menyebabkan ketagihan.

Ia juga 'musuh utama' lelaki kerana menurunkan hormon testosteron. 

Sember - http://semawur.com/Edr1i81U 

 

Cara Merawat Mati Pucuk

Ustaz Haron Din menerangkan cara merawat masalah lemah tenaga batin lelaki




Isnin, 17 Ogos 2020

Berkesankah Hand Sanitizer Tanpa Alkohol?

Berkesankah Hand Sanitizer Tanpa Alkohol?
 

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan WHO menyarankan untuk menggunakan hand sanitizer yang mengandung 60%- 80% Ethyl Alcohol atau Isopropyl Alcohol. Bahkan, hand sanitizer dengan kadar alkohol 70% dianggap paling efektif untuk membunuh berbagai virus, parasit, kuman dan bakteria.

Virus terdiri daripada pelbagai rantai kod genetik yang tersimpan dalam jenis "kulit" yang disebut kapsid. Sementara itu, beberapa virus seperti coronavirus biasanya mempunyai lapisan lemak, fosforus, protein dan glukosa tambahan.

Kandungan alkohol dalam pembersih tangan, terutamanya Ethyl Alcohol dan Isopropyl Alcohol, dapat memecah dan merosakkan ikatan ini. Dan akhirnya, virus tersebut tidak dapat bertahan, dan akhirnya mati.

Walaupun begitu, penggunaan dand sanitizer tetap tidak dapat menandingi kaedah mencuci tangan menggunakan air dan sabun. Oleh itu, pastikan anda hanya menggunakan hand sanitizer apabila tidak boleh mencuci tangan.

Terdapat juga hand sanitizer tanpa alkohol. Biasanya, alkohol boleh menyebabkan kulit tangan menjadi kering. Orang yang mempunyai kulit kering dan sensitif tentunya cenderung mengalami keadaan ini.

Hand sanitizer tanpa alkohol mengandungi pengganti seperti benzalkonium klorida, yang dapat mematikan kuman, tetapi bukan membunuh semua jenis kuman.

Hand sanitizer yang mengandungi benzalkonium klorida hanya akan menghalang jangkitan, tetapi tidak membunuhnya 100%. Oleh itu, penggunaan hand sanitizer tanpa alkohol dianggap kurang berkesan dalam mencegah penularan virus korona.

 

10 FAKTA PENTING TENTANG HAND SANITIZER

1. Terdapat 2 jenis hand sanitizer iaitu berasaskan alkohol(alcohol based) dan bukan berasaskan alkohol(non alcohol based).

2. Disarankan menggunakan hand sanitizer yang mengandungi alkohol 60-95% kerana lebih berkesan dalam membunuh kuman.Alkohol adalah suci bukan najis.

3. Tidak disarankan menggunakan hand sanitizer bukan berasaskan alkohol kerana mengandungi Benzalkonium Chloride atau Triclosan yang berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.

4. Hand sanitzer hanya berkesan membunuh kuman/virus dan tidak mampu menanggalkan racun perosak,kotoran,gris,minyak dan habuk.

5. Kandungan alkohol 60-80% mampu membunuh semua bakteria termasuklah Tuberculosis(TB).

6. Kandungan alkohol 90% boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis bersarung(enveloped) seperti virus influenza dan HIV.

7. Hand sanitizer digalakkan hanya ketika tiada air dan sabun kerana sabun dan air boleh membuang spora bakteria(seperti Clostridiodes difficile), parasit( seperti Cryptosporidium) dan virus(seperti norovirus).

8. Hand sanitizer akan mengeringkan kulit kerana alkohol mudah meruap ke udara. Pilih yang jenis gel yang mengandungi glycerol,ia boleh melembapkan kulit.

9. Jangan terlalu kerap menggunakan hand sanitizer kerana ia membunuh bakteria baik di kulit.

10. Elakkan hand sanitizer berhampiran dengan punca api terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi kerana ia mudah terbakar.

Isnin, 6 Julai 2020

Gout, Punca Gout dan Rawatan Gout



Gout adalah bentuk arthritis biasa & kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Ia dicirikan oleh serangan yang tiba-tiba, teruk sakit, keradangan, kemerahan, bengkak dan kelembutan pada sendi. Lokasi yang paling menonjol sering kali bersambung di pangkal jari kaki.



PUNCA GOUT 

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.



RAWATAN ALTERNATIF GOUT

Seorang lelaki pertengahan umur telah mengalami gout yang amat teruk. Beliau mengalami keradangan dan kesakitan pada kedua-dua belah kakinya,  terutama di beberapa bahagian iaitu lutut, pergelangan kaki dan sendi ibu jari kaki.

Keadaan tersebut yang dialami selama tiga tahun menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja dan tidak pergi ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Setelah berbincang, beliau bersetuju untuk mengubah gaya hidup dan mengambil beberapa jenis agen bagi meredakan gout yang saya cadangkan.

Perubahan gaya hidup difokuskan kepada mengelakkan makanan tertentu dan pengurusan stres, manakala agen bagi membantu meredakan gout yang saya cadangkan ialah cuka epal, minyak zaitun (extra virgin), vitamin C dos tinggi dan beberapa jenis herba.

Extra virgin merujuk kepada minyak zaitun yang diperah daripada buah zaitun segar. Ia kaya dengan bioflavonoids yang antara lain membantu proses detoksifikasi dan meredakan keradangan. 

Setelah mengambil bahan yang dicadangkan selama sebulan, beliau menelefon boleh berjalan semula dan pergi solat berjemaah di surau.

Mengapa gout menyebabkan gejala seperti keradangan, kesakitan dan hingga seseorang sukar melakukan pergerakan fizikal? Sebenarnya gout ialah sejenis artritis yang amat menyakitkan penghidapnya. Ia biasanya menyerang ibu jari kaki, bahagian atas kaki (instep), lutut, tumit, siku, pergelangan kaki, pergelangan tangan dan jari-jemari.     

Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi, terutama pada bahagian tubuh yang disebutkan di atas. Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan keradangan. Keradangan ialah sejenis keadaan dengan sifat-sifat bengkak, warna merah dan kesakitan.


PURINE

Urik asid terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. Biasanya asid urik larut dalam darah dan dibuang melalui buah pinggang menggunakan air kencing.

Purine meningkatkan paras asid urik dalam darah. Ia menyebabkan peningkatan longgokan asid urik pada sendi dan menghasilkan gout. Protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur mengandungi paras purine yang lebih tinggi berbanding protein tumbuh-tumbuhan.

Simptom gout tidak berlaku secara serta-merta. Simptom yang menyakitkan dan hingga menyebabkan sebahagian penghidap sukar untuk bergerak hanya berlaku apabila longgokan asid urik terlalu berlebihan.

Faktor yang mencetus simptom tersebut, termasuk kesesakan hati (liver congestion), masalah metabolisme protein, buah pinggang tidak berfungsi secara sempurna dan pengambilan alkohol.

Asid urik menjalani metabolisme dalam hati sebelum ia dibuang melalui air kencing. Paras asid urik dalam tubuh meningkat jika keseimbangan fungsi hati terganggu seperti berpunca daripada stres emosi atau pengambilan alkohol. Stres emosi mudah mencetus simptom gout atau memburukkan simptom yang sedang dialami.

Hati ialah organ yang amat penting. Ia menjalankan pelbagai proses, termasuk membina dan mengurai bahan kimia serta menjadi stor simpanan bahan kimia tertentu.  Apabila hati membengkak atau mengalami ketidakseimbangan fungsi, pembinaan asid urik meningkat pada paras yang tinggi. Keadaan ini membentuk gout.

Gluten daripadaa gandum, barli dan rai merupakan protein kompleks yang mengganggu fungsi usus. Kesensitifan usus terhadap gluten dikaitkan dengan masalah hati, termasuk keradangan hati. Sirap jagung tinggi fruktos (SJTF) yang terkandung dalam pelbagai minuman terproses seperti air berkarbonat, kordial dan air kotak adalah pencetus gout. Pengambilan  SJTF secara berpanjangan dikaitkan dengan peningkatan lemak dalam tubuh termasuk dalam hati, menyebabkan kesesakan dan keradangan hati. Ia semua meningkatkan risiko gout.


UBATAN MODEN
Fisiologi (organ sistem dan fungsinya) tubuh kita dicipta oleh ALLAH bagi menyesuaikan diri dengan bahan semula jadi ciptaan-Nya. Sebab itu bahan sintetik dan bahan tidak holistik seperti bahan pewarna tiruan, plastik,
kimia pencemaran dan ubat-ubatan moden boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh, termasuk hati.

Pengambilan ubat-ubatan moden tertentu seperti antibiotik, pelancar air kencing, dan ubat-ubatan kemoterapi bagi merawat kanser dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan fungsi hati dan buah pinggang. Ini juga dipercayai sebagai punca peningkatan risiko gout.

Berapa ramai agaknya penduduk dunia yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati tidak berfungsi, tidak tahu ia berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden tertentu. Kasihannya, apabila mereka bertanya doktor, mereka mungkin 'telan' bulat-bulat jawapan yang diberikan. Jawapan yang biasa diterima ialah ubat-ubatan bukan punca, tetapi faktor umur atau punca tidak diketahui.

Gout berlaku bukan kerana tubuh kekurangan ubat-ubatan tahan sakit, redakan keradangan atau kurangkan paras asid urik. Intervensi dengan bahan-bahan semula jadi ialah pilihan utama pengamal-pengamal perubatan alternatif.

Cuka epal, minyak zaitun, vitamin C dos tinggi dan herba tertentu semuanya dipercayai sesuai untuk merawat gout. Tiada sebarang ujian klinikal (kajian sains) pernah dijalankan terhadap bahan yang disebutkan. Namun
pengamal-pengamal perubatan alternatif pakar contohnya seperti penulis sendiri faham mengenai fungsi organ sistem dan tindak balas biokimia mudah mengenal pasti agen atau bahan yang sesuai bagi merawat sesuatu penyakit termasuk gout.

Sesungguhnya bahan-bahan yang disebutkan membantu mentona dan menguatkan fungsi hati. Minyak kelapa dara, sama ada yang sediakan dengan cara dimasak atau diperam kedua-duanya boleh digunakan untuk meredakan gout. Ia boleh diambil bersama minyak zaitun atau secara bersendirian. Sesungguhnya sebagaimana minyak zaitun, minyak kelapa dara juga berupaya mengharmonikan paras lipid dalam darah, termasuk hati.

Pada masa sama, herba berikut juga sesuai diambil untuk tindakan sinergi. Herba-herba yang boleh digunakan ialah dukung anak, chai-hu (herba Cina, Bepleurum chinense, Huang-qi (astragalus membranaceus) dan gambir sesuai digunakan bagi meredakan gout.

Vitamin C dos tinggi sering dibimbangi meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana secara teori asid askorbik (nama sains vitamin C) diubah kepada oksalat (oxalate). Komposisi batu karang terdiri dari garam, sama ada kalsium oksalat.

Kalsium fosfat atau salah satu daripada kedua-dua bahan ini. Kalsium oksalat tidak larut dalam air dan larut amat sedikit dalam cuka. Namun jika ia diambil bersama-sama cuka epal bukan sahaja ia mencegah pembentukan batu karang, malah batu karang yang sedang dialami juga akan larut.

Mekanisme bagaimana cuka epal, di mana berupaya melakukannya tidak diketahui. Kemungkinan besar beberapa jenis asid organan lain yang terkandung dalam cuka epal membantu melarutkan kalsium oksalat.

Khamis, 11 Jun 2020

Khasiat Arnab Untuk Lelaki Dan Pesakit Lumpuh


Daging arnab mengandungi omega-3 dan omega-6 asid lemak, ia mempunyai vitamin A, PP, E, C. Di samping itu, daging mengandungi banyak vitamin B-B1, B2, B4, B6, B9, B12. Dalam daging arnab juga mengandungi magnesium, kalium, sulfur, klorin, kalsium, natrium, dan fosforus.

Daging arnab berguna untuk pesakit kencing manis - ia mengurangkan tahap glukosa dalam darah.

Daging arnab memberi kesan kepada tubuh, menguatkan sistem imun, membersihkan usus daripada toksin dan gelangsar. Daging disyorkan untuk alahan - dengan penggunaan biasa produk ini, alahan kepada perengsa lain akan menjadi kurang jelas.

Vitamin B memastikan metabolisme normal, meningkatkan fungsi sistem saraf manusia. Disebabkan ini, kualiti tidur bertambah baik, dan tekanan dan kemurungan secara beransur-ansur hilang.

Fosforus dan kalsium, yang terkandung dalam daging, mempunyai kesan yang baik terhadap sistem tulang, rambut, kuku dan gigi.

Potassium dalam komposisi daging membuat produk sangat berguna untuk jantung, ia meningkatkan keanjalan saluran darah. Dalam daging kelinci tidak ada kolesterol, apalagi ia mempromosikan penghapusan plak kolesterol dan pencegahan aterosklerosis yang sangat baik.

Dalam Rawatan Darussyifa, selain ruqyah , minyak arnab juga digunakan bagi mengurut pesakit lumpuh / angin ahmar dan juga mati pujuk bagi orang lelaki.


 Allahyarham Datuk Dr Haron Din menerangkan cara merawat masalah lemah shawat / mati pucuk.


KEHEBATAN DAN KHASIAT MINYAK ARNAB

1) Arnab memang diketahui sebagai haiwan yang mempunyai khasiat yang tinggi
2) Orang arab memang menggunakan arnab untuk mengatasi masalah lemah syahwat
3) Arnab juga digunakan untuk mengatasi masalah zakar yang lemah
4) Daging arnab dimakan dan minyak arnab digunakan untuk mengurut
5) Daging arnab digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk



KHASIAT MINYAK ARNAB

1) Melancarkan aliran darah pada urat dan saraf
2) Juga digunakan untuk sakit pinggang, sakit utut dan otot
3) Cepat meresap
4) Merawat sakit lumpuh atau angin ahmar
5) Merawat mati pucuk

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...