Taip Bahan Carian

Isnin, 6 Julai 2020

Gout, Punca Gout dan Rawatan Gout



Gout adalah bentuk arthritis biasa & kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Ia dicirikan oleh serangan yang tiba-tiba, teruk sakit, keradangan, kemerahan, bengkak dan kelembutan pada sendi. Lokasi yang paling menonjol sering kali bersambung di pangkal jari kaki.



PUNCA GOUT 

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.



RAWATAN ALTERNATIF GOUT

Seorang lelaki pertengahan umur telah mengalami gout yang amat teruk. Beliau mengalami keradangan dan kesakitan pada kedua-dua belah kakinya,  terutama di beberapa bahagian iaitu lutut, pergelangan kaki dan sendi ibu jari kaki.

Keadaan tersebut yang dialami selama tiga tahun menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja dan tidak pergi ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Setelah berbincang, beliau bersetuju untuk mengubah gaya hidup dan mengambil beberapa jenis agen bagi meredakan gout yang saya cadangkan.

Perubahan gaya hidup difokuskan kepada mengelakkan makanan tertentu dan pengurusan stres, manakala agen bagi membantu meredakan gout yang saya cadangkan ialah cuka epal, minyak zaitun (extra virgin), vitamin C dos tinggi dan beberapa jenis herba.

Extra virgin merujuk kepada minyak zaitun yang diperah daripada buah zaitun segar. Ia kaya dengan bioflavonoids yang antara lain membantu proses detoksifikasi dan meredakan keradangan. 

Setelah mengambil bahan yang dicadangkan selama sebulan, beliau menelefon boleh berjalan semula dan pergi solat berjemaah di surau.

Mengapa gout menyebabkan gejala seperti keradangan, kesakitan dan hingga seseorang sukar melakukan pergerakan fizikal? Sebenarnya gout ialah sejenis artritis yang amat menyakitkan penghidapnya. Ia biasanya menyerang ibu jari kaki, bahagian atas kaki (instep), lutut, tumit, siku, pergelangan kaki, pergelangan tangan dan jari-jemari.     

Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi, terutama pada bahagian tubuh yang disebutkan di atas. Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan keradangan. Keradangan ialah sejenis keadaan dengan sifat-sifat bengkak, warna merah dan kesakitan.


PURINE

Urik asid terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. Biasanya asid urik larut dalam darah dan dibuang melalui buah pinggang menggunakan air kencing.

Purine meningkatkan paras asid urik dalam darah. Ia menyebabkan peningkatan longgokan asid urik pada sendi dan menghasilkan gout. Protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur mengandungi paras purine yang lebih tinggi berbanding protein tumbuh-tumbuhan.

Simptom gout tidak berlaku secara serta-merta. Simptom yang menyakitkan dan hingga menyebabkan sebahagian penghidap sukar untuk bergerak hanya berlaku apabila longgokan asid urik terlalu berlebihan.

Faktor yang mencetus simptom tersebut, termasuk kesesakan hati (liver congestion), masalah metabolisme protein, buah pinggang tidak berfungsi secara sempurna dan pengambilan alkohol.

Asid urik menjalani metabolisme dalam hati sebelum ia dibuang melalui air kencing. Paras asid urik dalam tubuh meningkat jika keseimbangan fungsi hati terganggu seperti berpunca daripada stres emosi atau pengambilan alkohol. Stres emosi mudah mencetus simptom gout atau memburukkan simptom yang sedang dialami.

Hati ialah organ yang amat penting. Ia menjalankan pelbagai proses, termasuk membina dan mengurai bahan kimia serta menjadi stor simpanan bahan kimia tertentu.  Apabila hati membengkak atau mengalami ketidakseimbangan fungsi, pembinaan asid urik meningkat pada paras yang tinggi. Keadaan ini membentuk gout.

Gluten daripadaa gandum, barli dan rai merupakan protein kompleks yang mengganggu fungsi usus. Kesensitifan usus terhadap gluten dikaitkan dengan masalah hati, termasuk keradangan hati. Sirap jagung tinggi fruktos (SJTF) yang terkandung dalam pelbagai minuman terproses seperti air berkarbonat, kordial dan air kotak adalah pencetus gout. Pengambilan  SJTF secara berpanjangan dikaitkan dengan peningkatan lemak dalam tubuh termasuk dalam hati, menyebabkan kesesakan dan keradangan hati. Ia semua meningkatkan risiko gout.


UBATAN MODEN
Fisiologi (organ sistem dan fungsinya) tubuh kita dicipta oleh ALLAH bagi menyesuaikan diri dengan bahan semula jadi ciptaan-Nya. Sebab itu bahan sintetik dan bahan tidak holistik seperti bahan pewarna tiruan, plastik,
kimia pencemaran dan ubat-ubatan moden boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh, termasuk hati.

Pengambilan ubat-ubatan moden tertentu seperti antibiotik, pelancar air kencing, dan ubat-ubatan kemoterapi bagi merawat kanser dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan fungsi hati dan buah pinggang. Ini juga dipercayai sebagai punca peningkatan risiko gout.

Berapa ramai agaknya penduduk dunia yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati tidak berfungsi, tidak tahu ia berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden tertentu. Kasihannya, apabila mereka bertanya doktor, mereka mungkin 'telan' bulat-bulat jawapan yang diberikan. Jawapan yang biasa diterima ialah ubat-ubatan bukan punca, tetapi faktor umur atau punca tidak diketahui.

Gout berlaku bukan kerana tubuh kekurangan ubat-ubatan tahan sakit, redakan keradangan atau kurangkan paras asid urik. Intervensi dengan bahan-bahan semula jadi ialah pilihan utama pengamal-pengamal perubatan alternatif.

Cuka epal, minyak zaitun, vitamin C dos tinggi dan herba tertentu semuanya dipercayai sesuai untuk merawat gout. Tiada sebarang ujian klinikal (kajian sains) pernah dijalankan terhadap bahan yang disebutkan. Namun
pengamal-pengamal perubatan alternatif pakar contohnya seperti penulis sendiri faham mengenai fungsi organ sistem dan tindak balas biokimia mudah mengenal pasti agen atau bahan yang sesuai bagi merawat sesuatu penyakit termasuk gout.

Sesungguhnya bahan-bahan yang disebutkan membantu mentona dan menguatkan fungsi hati. Minyak kelapa dara, sama ada yang sediakan dengan cara dimasak atau diperam kedua-duanya boleh digunakan untuk meredakan gout. Ia boleh diambil bersama minyak zaitun atau secara bersendirian. Sesungguhnya sebagaimana minyak zaitun, minyak kelapa dara juga berupaya mengharmonikan paras lipid dalam darah, termasuk hati.

Pada masa sama, herba berikut juga sesuai diambil untuk tindakan sinergi. Herba-herba yang boleh digunakan ialah dukung anak, chai-hu (herba Cina, Bepleurum chinense, Huang-qi (astragalus membranaceus) dan gambir sesuai digunakan bagi meredakan gout.

Vitamin C dos tinggi sering dibimbangi meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana secara teori asid askorbik (nama sains vitamin C) diubah kepada oksalat (oxalate). Komposisi batu karang terdiri dari garam, sama ada kalsium oksalat.

Kalsium fosfat atau salah satu daripada kedua-dua bahan ini. Kalsium oksalat tidak larut dalam air dan larut amat sedikit dalam cuka. Namun jika ia diambil bersama-sama cuka epal bukan sahaja ia mencegah pembentukan batu karang, malah batu karang yang sedang dialami juga akan larut.

Mekanisme bagaimana cuka epal, di mana berupaya melakukannya tidak diketahui. Kemungkinan besar beberapa jenis asid organan lain yang terkandung dalam cuka epal membantu melarutkan kalsium oksalat.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...