Taip Bahan Carian

Isnin, 28 Februari 2022

Bantuan Kuarantin RM 100 Sehari Tahun 2022 Kini Dibuka


Ada yang kena kuarantin sebab Covid-19? Jangan lupa anda boleh buat Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang!

Memandangknan kes harian telah mencapai 25k keatas sehari. Pihak Kerajaan Malaysia Memberi Bantuan Kuarantin Sebanyak RM 100 Sehari Semula. 


Kepada mereka yang belum tebus, jom tebus!


Tahukah anda NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik ini.

Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagaimana hendak memohon bantuan NADMA ini? Kami kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan kuarantin RM100 ini.


Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.


Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19

Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.


Pemohon Yang Tidak Layak

Bukan Warganegara Malaysia

Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian

 Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19


Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web nadma 

2. Panduan PDF klik di sini 


Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...