Taip Bahan Carian

Ahad, 2 Disember 2018

Bonus 2018 Dibayar Pada Hari



PUTRAJAYA: Bayaran khas Tahun 2018 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaksana serta pesara kerajaan akan dibayar pada 18 Disember ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, berkata menerusi Belanjawan 2019 lalu, kerajaan memutuskan supaya bayaran khas sebanyak RM500 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana atas keprihatinan kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan yang menerima pencen.

“Bayaran khas sebanyak RM500 itu diberikan dengan syarat bahawa pegawai berkenaan masih berkhidmat sehingga 18 Disember ini dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

“Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pegawai yang layak dibayar bayaran khas adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan pegawai dalam kontrak; pegawai yang bercuti separuh gaji atau tanpa gaji sepanjang 1 Januari hingga 18 Disember 2018 dan pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta.

Borhan berkata, bayaran sama akan diberikan kepada guru interim, pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke

atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Beliau berkata, pegawai yang tidak layak menerima bayaran pula adalah pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018 dan pegawai yang bercuti separuh gaji atau tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018.

“Selain itu, pegawai lain yang tidak layak adalah pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018; pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun 2018; pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga Disember 2018 dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga

18 Disember 2018,” katanya.

Pegawai yang ditangguhkan bayaran pula adalah mereka yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah

dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bayaran Khas Tahun 2018 ini.

“Pegawai hanya layak diberi Bayaran Khas Tahun 2018 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah,” katanya.

Katanya, pesara perkhidmatan awam yang dilantik semula secara lantikan perkhidmatan kontrak (COS) dan masih berkhidmat pada 18 Disember 2018 layak diberi bayaran khassebanyak RM500 selain memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari

berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018.

Borhan berkata, pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504018/bayaran-khas-2018-dibayar-18-disember


Sabtu, 1 Disember 2018

Memburukkan Negara Sendiri

Klip Berita Luar Negara Yg Memfitnah Malaysia.




Lucutkan Hak Rakyat Malaysia!!!


Wathya Moorty Memfitnah Malaysia Pada Media Asing




S.Ramaji Memfitnah Malaysia Pada Media Asing




1. Terkini telah tular satu klip di mana dipaparkan seorang pembaca berita telah membaca berita berkenaan dgn insiden kuil Sri Mariamman.

Amat jelas, fakta insiden itu telah diputarbelitkan, dan perkara ini boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada rakyat Malaysia di luar negara, terutama di India.

2. Paparan berita itu juga menunjukkan visual kuil yg mencurigakan dan penceritaan seolah-olah... "Muslim masuk serang penganut hindu dalam kuil" sepertimana posting Exco Selangor berbangsa India hari itu.

Jurucakap kuil Sri Mariamman yang diwawancara dalam berita itu juga tidak menyatakan perkara sebenar dan membuat pernyataan palsu yang mendatangkan ancaman kepada rakyat Malaysia dengan memburukkan nama baik negara.

3. Oleh kerana berita ini telah mendatangkan fitnah kepada negara dan ancaman keselamatan kepada rakyat Malaysia dan ianya juga kesalahan jenayah sabotaj negara.

Maka, Kerajaan Malaysia seharusnya mengutuskan Nota Bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia.

Dan Kerajaan Malaysia amat wajar membantah secara rasmi kpd negara India.

4. Kerajaan pemerintah amat wajar mengambil serius perkara ini kerana kesalahan jenayah pihak di dalam berita itu membuat pernyataan palsu yg amat bahayakan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara dan juga mencemar nama baik negara ,

5. Kita rakyat Malaysia harus bantah pemberitaan ini agar ianya tidak menjadi satu tanggapan dunia kepada Malaysia sebagai negara anti agama Hindu.

Perkara ini amat harus diberikan perhatian khas kerajaan pemerintah.

Perbuatan spt ini sudah melampaui had yg munasabah .

Sumber: https://www.facebook.com/tun.maharezza.3/videos/108719356824086/UzpfSTEwMDAyODM2MDM2MzE3Nzo4NzE4MDkzMzMyMzI2NDY/


Lucutkan Hak Rakyat Malaysia!!!

Sabtu, 3 November 2018

Intipati Belanjawan 2019




Intipati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'.

Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.

Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.

Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.

  • Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion
  • Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019
  • Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021
  • Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan
  • Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021
  • Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu
  • Kerajaan komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021
  • Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3
  • Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang serta liabiliti kerajaan
  • Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender terbuka
  • 1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar
  • Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017
  • Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019
  • Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018
  • Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik
  • Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus
  • Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan
  • Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia
  • Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Jan, 2019
  • Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Jan, 2019
  • Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Jan, 2019
  • Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Jan, 2020
  • Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan
  • Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan
  • Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan
  • Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas
  • Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus
  • CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000
  • Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus
  • Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
  • Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun
  • Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar
  • Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun
  • Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar
  • Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion
  • Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti
  • Dana-dana modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja
  • Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka
  • Kerajaan bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif
  • Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019
  • Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion
  • Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
  • Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
  • Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
  • Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
  • Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun
  • Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd
  • Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus
  • Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion
  • Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal
  • Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
  • Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
  • Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
  • Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api
  • Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang
  • Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019
  • Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
  • Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat
  • Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil
  • Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani
  • Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimer
  • Dana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama
  • Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018
  • Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.
  • Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.



Shopee VS Chilindo

Zaman sekarang mudah kan,, sambil baring pun leh shopping... lelong.com.my, mudah.my, Lazada11street.my, atau qoo10.my, tak kisah la mana pun yang penting barang berkualiti dan berbaloi dengan harga.

Semalam saja ronda-ronda di laman chilindo... mmmm boleh tahan. Tapi ade juga yang bid harga lebih mahal dari laman shopping yang lain mcm Shopee. Survey survey la dulu harga kawan-kawan.. rugi ooo...



 Set Speaker di Chilindo RM139.50 sedang kan di laman Shopee boleh dapat harga lebih murah






Speaker Mudah Alih di Chilindo harga Mencecah RM40, sedangkan di Shoope harga hanya RM20.90




Alat Urut Muka (Facial Massager).. mmm boleh la mahal sikit,,, kalau saya bid RM 3 jer huhuhu



Baca > Tips Menang Bid di Chilindo

Isnin, 22 Oktober 2018

Signal Masalah Modem Router Wifi Internet


Memang masalah bila talian wifi internet tiada. Sama ada Streamyx , unifi atau zoom yes, signal pada modem anda menjadi petunjuk kerosakkan yang anda alami.

Jika tiada talian internet jangan tergopoh-gopoh tukar modem.. kerana tak semestinya modem yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan lihat lampu signal pada modem anda.

1. Lampu power terpadam.
Sekiranya lampu power terpadam (semua lampu terpadam) walaupun butang on telah tekan bermakna modem anda rosak.

Penyelesaian
Jika anda ade kemahiran baik pulih boleh la try tukar suis power pada modem tersebut.
Atau beli saja modem yang baru.


2. Hanya lampu Power dan wifi sahaja menyala. (Lampu DSL terpadam)
Sekiranya  modem anda hanya menyala lampu power, wifi / WLAN sahaja, bermakna talian internet tidak dapat masuk ke modem anda. Kemungkinan berlaku kerosakkan pada wayar talian internet anda atau splitter.

contoh splitter

Penyelesaian.
Cuba anda tanggalkan splitter dan sambung wayar telefon terus kepada modem. Sekiranya ok, bermakna splitter anda rosak. Anda hanya perlu beli splitter baru. Harga splitter lebih kurang RM20.

Sekiranya talian internet masih tiada setelah anda buat sambungan terus ke modem. Cuba anda tukar wayar internet/telefon. sebab kemungkinan wayar atau kabel telefon anda telah rosak.

wayar telefon

Sekiranya masih tiada internet. anda boleh buat aduan kerosakan pada pihak TM di talian 100 atau LiveChat TM.


Sabtu, 13 Oktober 2018

Pandangan Ustaz-Ustaz Tentang Isu Khalwat





Komen Dr.Maza tentang Operasi Cegah Maksiat (Khalwat)




Komen Ustaz Fhatul Bari tentang Operasi Cegah Maksiat (Khalwat)




Komen Ustaz Azhar Idrus tentang Operasi Cegah Maksiat (Khalwat)






Jumaat, 28 September 2018

Buat Duit Dengan Shopee

Buat Duit Dengan Shopee

Ramai orang yang berhasrat untuk menceburi bidang bisnes, namun hasrat itu terhenti apabila memikirkan tentang modal. Kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan bisnes walaupun tanpa modal. Terbaru sekarang ni viral pasal buat duit dengan Shopee.

Percaya atau tidak , ada yang telah kaut pendapatan RM40K sebulan, RM100K sebulan...

Shopee adalah salah satu laman ecommerce yang sedang meningkat naik sekarang. Dalam masa yang sama, ia juga bermakna peluang terbuka kepada sesiapa yang nak belajar buat duit online melalui Shopee.

Terdapat 3 cara untuk kita buat duit dengan Shopee iaitu:

  • Jual barang di Shopee
  • Shopee Affiliate
  • Personal Shopper



Selasa, 19 Jun 2018

Kunci Sembuh Dari Kencing Manis (Diabetes)


Kencing Manis atau Diabetes adalah penyakit yang ramai mengidapi. Kebanyakkan orang muda germar minum minuman manis tanpa peduli tentang penyakit diabetes. Apabila umur meningkat 40an dan disahkan mengidapi kencing manis, barulah mencari ubat tradisional dan ubat moden.

Banyak tiap dan herba tradisional untuk menurunkan paras gula dalam darah seperti makan buah tunjuk langit, ajak seruntun, buah peria, daun cerita, banyak minum air kosong, bersukan dan sebagainya.

Sebenarnya kunci utama pulihkan dari diabetes (kencing manis) adalah jaga kesihatan pankreas anda. Pankreas adalah organ yang berfungsi untuk memproduksi berbagai macam hormon penting termasuklah insulin. Pankreas yang tidak sihat atau rosak tidak dapat menghasilkan insulin untuk mengawal gula dalam darah kita.

Jadi, kunci utama untuk sembuh dari kencing manis (diabetes) adalah pulihkan pankreas anda seperti sedia kala. Berikut adalah makanan yang boleh menyihatkan pankreas anda;

1. Bawang putih

Bawang putih adalah satu jenis sayuran dari bawang selain bawang, bawang, dan lain-lain. Bawang putih mengandungi sulfuir, arginine, selenium, dan flavonoid yang boleh mencegah kanser pankreas.


2. Bayam

Bayam adalah pilihan yang tepat untuk pankreas yang sihat. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan bahawa makan sayur-sayuran dan sayur-sayuran lain sangat baik untuk mencegah kanser pankreas.


3. Yogurt

Berdasarkan penyelidikan di Sekolah Perubatan Universiti Wisconsin dan Kesihatan Awam, makanan yogurt bermanfaat untuk menjaga kesihatan dan keseimbangan bakteria dalam badan. Yogurt juga mengandungi bakteria aktif yang membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dan mengurangkan risiko penyakit pankreas.


4. Ceri

Buah ceri adalah sumber antioksidan semula jadi yang baik untuk mencegah kanser pankreas. Walaupun begitu, pilih ceri organik dan tidak terdedah kepada racun perosak.


5. Brokoli

Brokoli mengandungi flavonoid yang dipanggil apigenin. Flavonoid ini melindungi tisu pankreas. Untuk mendapatkan banyak manfaat dan nutrien penting brokoli perlu makan makanan mentah ini, atau stim dengan ringan.


6. Kentang manis

Kentang manis boleh melindungi pankreas dan membantu melepaskan gula secara teratur di dalam badan. Untuk itu, ubi jalar juga boleh melindungi sistem pencernaan.


7. Anggur merah

Anggur merah mengandungi resveratol yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. resveratol menghalang kerosakan dan keradangan saluran darah. Di samping itu, antioksidan ini juga boleh membunuh sel-sel kanser pankreas.

Selamat mencuba.

Khamis, 31 Mei 2018

Bantuan Sara Hidup (BR1M) dibayar 6 Jun 2018


BR1M semperna Aidilfittri 2018.

PUTRAJAYA - Seramai 4.1 juta rakyat bakal menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat kedua yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 6 Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata,l pembayaran itu melibatkan anggaran peruntukan RM1.6 bilion.

"Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Guan Eng berkata, pemberian BSH itu diharap dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

"Hanya yang berkelayakan sahaja yang boleh menerima bantuan ini,"katanya.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bantuan-sara-hidup-dibayar-6-jun-ini-1.841083


Isnin, 21 Mei 2018

Bonus Aidilfitri 2018 Untuk Kakitangan Awam

Diteruskan oleh Pakatan Harapan, bayaran khas Aidilfitri 2018. Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan bayaran khas sempena Aidilfitri 2018 sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat awam persekutuan.





Pekeliling Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 Kepada Kakitangan Awam



Menteri Kabinet Malaysia 2018

Menteri Kabinet Malaysia 2018 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Menteri Kabinet Pakatan Harapan 2018

Jumaat, 11 Mei 2018

Senarai Pemenang PRU14


Senarai pemenang bagi setiap kawasan seluruh negara yang diwakili dalam PRU14.

PERLIS

1. Padang Besar (P001) – BN (Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin, 15,032 undi)
2. Kangar (P002) – PH (Amin Ahmad, 20,909 undi)
3. Arau (P003) – BN (Shahidan Bin Kassim, 16,547 undi)


KEDAH

1. Langkawi (P004) – PH (Dr Mahathir Bin Mohamad, 18,954 undi)
2. Jerlun (P005) – PH (Mukhriz Mahathir, 18,695 undi)
3. Kubang Pasu (P006) – PH (Dato’ Amiruddin Hamzah, 29,984 undi)
4. Padang Terap (P007) – BN (Dato’ Seri Mahadzir Khalid, 16,384 undi)
5. Pokok Sena (P008) – PH (Chan Ming Kai, 32,475 undi)
6. Alor Setar (P009) – PH (Chan Ming Kai, 32,475 undi)
7. Kuala Kedah (P010) – PH (Dr Azman Ismail, 36,624 undi)
8. Pendang (P011) – PAS (Hj. Awang Solahuddin, 26,536 undi)

9. Jerai (P012) – PAS (Ustaz Sabri Bin Azit, 22,312 undi)
10. Sik (P013) – PAS (Ustaz Tarmizi Sulaiman, 20,088 undi)
11. Merbok (P014) – PH (Nurin Aina, 30,902 undi)
12. Sungai Petani (P015) – PH (Dato’ Johari Abdul, 45,532 undi)
13. Baling (P016) – BN (Datuk Azeez Rahim, 38,557 undi)
14. Padang Serai (P017) – PH (Karupaiya Mutusami, 31,724 undi)
15. Kulim-Bandar Baharu (P018) – PH (Dato’ Saifuddin Nasution Ismail, 23,159 undi)


KELANTAN

1. Tumpat (P019) – PAS (Dato Hj Che Lah Mat Nawi, 47,041 undi)
2. Pangkalan Chepa (P020) – PAS (Ustaz Marzuk Shaary, 32,592 undi)
3. Kota Bharu (P021) – PAS (Dato’ Takiyuddin, 28,291 undi)
4. Pasir Mas (P022) – PAS (Ustaz Fadhli Shaari, 28,080 undi)
5. Rantau Panjang (P023) – PAS (Kak Lah, 24,581 undi)
6. Kubang Kerian (P024) – PAS (Ustaz Tuan Ibrahim, 35,620 undi)
7. Bachok (P025) – PAS (Ustaz Nik Abduh, 36,188 undi)
8. Ketereh (P026) – BN (Tan Sri Annuar Musa, 25,467 undi)
9. Tanah Merah (P027) – BN (Dato’ Sri Hj Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, 28,152 undi)
10. Pasir Puteh (P028) – PAS (Ustaz Dr. Nik Zawawi, 32,307 undi)
11. Machang (P029) – BN (Datuk Jazlan, 26,076 undi)
12. Jeli (P030) – BN (Dato’ Pa, 21,665 undi)
13. Kuala Krai (P031) – PAS (Ustaz Latiff, 28,903 undi)
14. Gua Musang (P032) – BN (Tengku Razaleigh Hamzah, 19,426 undi)


TERENGGANU

1. Tumpat (P019) – PAS (Dato Hj Che Lah Mat Nawi, 47,041 undi
2. Pangkalan Chepa (P020) – PAS (Ustaz Marzuk Shaary, 32,592 undi)
3. Kota Bharu (P021) – PAS (Dato’ Takiyuddin, 28,291 undi)
4. Pasir Mas (P022) – PAS (Ustaz Fadhli Shaari, 28,080 undi)
5. Rantau Panjang (P023) – PAS (Kak Lah, 24,581 undi)
6. Kubang Kerian (P024) – PAS (Ustaz Tuan Ibrahim, 35,620 undi)
7. Bachok (P025) – PAS (Ustaz Nik Abduh, 36,188 undi)
8. Ketereh (P026) – BN (Tan Sri Annuar Musa, 25,467 undi)
9. Tanah Merah (P027) – BN (Dato’ Sri Hj Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, 28,152 undi)
10. Pasir Puteh (P028) – PAS (Ustaz Dr. Nik Zawawi, 32,307 undi)
11. Machang (P029) – BN (Datuk Jazlan, 26,076 undi)
12. Jeli (P030) – BN (Dato’ Pa, 21,665 undi)
13. Kuala Krai (P031) – PAS (Ustaz Latiff, 28,903 undi)
14. Gua Musang (P032) – BN (Tengku Razaleigh Hamzah, 19,426 undi)


PULAU PINANG

1. Kepala Batas (P041) – BN (Dato’ Sri Reezal Merican B Naina Merican, 22,459)
2. Tasek Gelugor (P042) – BN (Datuk Shabudin Yahaya, 18,547 undi)
3. Bagan (P043) – PH (Lim Guan Eng, 51,653 undi)
4. Permatang Pauh (P044) – PH (Nurul Izzah Anwar, 35,534 undi)
5. Bukit Mertajam (P045) – PH (Sim Chee Keong, 63,784 undi)
6. Batu Kawan (P046) – PH (Kasthuriraani Patto, 42,683 undi)
7. Nibong Tebal (P047) – PH (Dato Mansor Othman, 35,395 undi)
8. Bukit Bendera (P048) – PH (Wong Hon Wai, 50,049 undi)
9. Tanjong (P049) – PH (Chow Kon Yeow, 34,663 undi)
10. Jelutong (P050) – PH (Sanisvara Nethaji Rayer A/l Rajaji, 50,700 undi)
11. Bukit Gelugor (P051) – PH (Ramkarpal Singh A/l Karpal Singh, 65,622 undi)
12. Bayan Baru (P052) – PH (Sim Tze Tzin, 51,555 undi)
13. Balik Pulau (P053) – PH (Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, 25,471 undi)


PERAK

1. Gerik (P054) – BN (Dato Hasbullah Osman, 13,243 undi)
2. Lenggong (P055) – BN (Dr. Shamsul Anuar Nasarah, 12,523 undi)
3. Larut (P056) – BN (Dato Seri Hamzah Zainudin, 18,184 undi)
4. Parit Buntar (P057) – PH (Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, 16,753 undi)
5. Bagan Serai (P058) – BN (Dato Dr Noor Azmi Bin Ghazali, 17,220 undi)
6. Bukit Gantang (P059) – BN (Syed Abu Hussin, 22,450 undi)
7. Taiping (P060) – PH (Teh Kok Lim, 42,997 undi)
8. Padang Rengas (P061) – BN (Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, 10,491)
10. Sungai Siput (P062) – PH (S. Kesavan, 20,817)
11. Tambun (P063) – PH (Ahmad Faizal Dato’ Azumu, 38,661 undi)
12. Ipoh Timor (P064) – PH (Wong Kah Woh, 56,519 undi)
13. Ipoh Barat (P065) – PH (M. Kula, 55,613 undi)
14. Batu Gajah (P066) – PH (V. Sivakumar, 52,850 undi)
15. Kuala Kangsar (P067) – BN (Datin Mastura Yazid, 12,102 undi)
16. Beruas (P068) – PH (Dato’ Ngeh Koo Ham, 41,231 undi)
17. Parit (P069) – BN (Ustaz Nizar, 14,035 undi)
18. Kampar (P070) – PH (Su Keong Siong, 30,216 undi)
19. Gopeng (P071) – Dr Lee Boon Chye, 48,923 undi)
20. Tapah (P072) – BN (Datuk Seri M. Saravanan, 16,086 undi)
21. Pasir Salak (P073) – BN (Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman, 20,003 undi)
22. Lumut (P074) – PH (DR Hatta Ramli, 21,955 undi)
23. Bagan Datuk (P075) – BN (Ahmad Zahid Hamidi, 18,909 undi)
24. Teluk Intan (P076) – PH (Nga Kor Ming, 29,170 undi)
25. Tanjong Malim (P077) – PH (Chang Lih Kang, 24,672 undi)


PAHANG

1. Cameron Highlands (P078) – BN (Dato’ Sivarraajh Chandran, 10,307 undi)
2. Lipis (P079) – BN (Abdul Rahman Bin Mohamad, 13,995 undi)
3. Raub (P080) – PH (Tengku Zulpuri Shah, 20,659 undi)
4. Jerantut (P081) – BN (Dato’ Ahmad Nazlan, 22,640 undi)
5. Indera Mahkota (P082) – PH (Dato’ Saifuddin Abdullah, 28,578 undi)
6. Kuantan (P083) – PH (Fuziah Salleh, 22,807 undi)
7. Paya Besar (P084) – BN (Mohd Shahar Bin Abdullah, 19,033 undi)
8. Pekan (P085) – BN (Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, 43,854 undi)
9. Maran (P086) – BN (Dato’ Sri Dr Hj Ismail Bin HJ Abd Muttalib, 16,064 undi)
10. Kuala Krau (P087) – BN (Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said, 18,058 undi)
11. Temerloh (P088) – PH (Hj Anuar Tahir, 23,998 undi)
12. Bentong (P089) – PH (Wong Tack, 25,716 undi)
13. Bera (P090) – BN (Ismail Sabri Yaakob, 20,760 undi)
14. Rompin (P091) – BN (Dato’ Sri Hasan Bin Arifin, 26,628 undi)


SELANGOR

1. Sabak Bernam (P092) – BN (Dato’ Fasiah, 12,862 undi)
2. Sungai Besar P093 – PH (Cikgu Muslimin, 17,350 undi)
3. Hulu Selangor (P094) – PH (June Leow, 40,783 undi)
4. Tanjong Karang (P095) – BN (Noh Omar, 16,007 undi)
5. Kuala Selangor (P096) – PH (Dr Hj Dzulkefly Ahmad, 29,842 undi)
6. Selayang (P097) – PH (William Leong Jee Keen, 60,158 undi)
7. Gombak (P098) – PH (Dato’ Seri Azmin Ali, 75,113 undi)
8. Ampang (P099) – PH (Zuraida Kamaruddin, 54,307 undi)
9. Pandan (P100) – PH (Dr Wan Azizah, 64,733 undi)
10. Hulu Langat (P101) – PH (Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, 49,004 undi)
11. Bangi (P102) – PH (Dr Ong Kian Ming, 102,557 undi)
12. Puchong (P103) – PH (Gobind Singh Deo, 60,429 undi)

13. Subang (P104) – PH (Wong Chen, 104,430 undi)
14. Petaling Jaya (P105) – PH (Maria Chin Abdullah, 78,984 undi)
15. Damansara (P106) – PH (Tony Pua, 121,283 undi)
16. Sungai Buloh (P107) – PH (Sivarasa Rasaiah, 43,631 undi)
17. Shah Alam (P108) – PH (Khalid Bin Abd Samad, 31,735 undi)
18. Kapar (P109) – PH (Abdullah Sani Bin Abdul Hamid, 10,300 undi)
19. Klang (P110) – PH (Charles Santiago, 98,279 undi)
20. Kota Raja (P111) – PH (Mohamad Sabu, 90,697 undi)
21. Kuala Langat (P112) – PH (Dr Xavier Jayakumar, 43,239 undi)
22. Sepang (P113) – PH (Mohamed Hanipa Bin Maidin, 46,740 undi)


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1. Kepong (P114) – PH (Lim Lip Eng, 56,516 undi)
2. Batu (P115) – Bebas (Prabakaran A/L Parameswaran, 38,125 undi)
3. Wangsa Maju (P116) – PH (Dr. Tan Yee Kew, 42,178 undi)
4. Segambut (P117) – PH (Hannah Yeoh, 53,124 undi)
5. Setiawangsa (P118) – PH (Nik Nazmi Nik Ahmad, 34,471 undi)
6. Titiwangsa (P119) – PH (Rina Mohd Harun, 23840 undi)
7. Bukit Bintang (P120) – PH (Fong Kui Lun, 44,516 undi)
8. Lembah Pantai (P121) – PH (Fahmi Fadzil, 33,313 undi)
9. Seputeh (P122) – PH (Teresa Kok, 63,094 undi)
10. Cheras (P123) – PH (Tan Kok Wai, 56,671 undi)
11. Bandar Tun Razak (P124) – PH (Dato’ Kamarudin Jaffar, 41,126 undi)


WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

1. Putrajaya (P125) – BN (Tengku Adnan Tengku Mansor, 12,148 undi)


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

1. Labuan (P166) – BN (Rozman Isli, 10,164 undi)


NEGERI SEMBILAN

1. Jelebu (P126) – BN (Jalaluddin Bin Alias, 19,062 undi)
2. Jempol (P127) – BN (Dato’ Haji Salim Sharif, 26,819 undi)
3. Seremban (P128) – PH (Loke Siew Fook, 55,503 undi)
4. Kuala Pilah (P129) – PH (Eddin Syazlee Shith, 18,045 undi)
5. Rasah (P130) – PH (Chaa Kee Chin, 61,806 undi)
6. Rembau (P131) – BN (Khairy Jamaluddin, 36,096 undi)
7. Port Dickson (P132) – PH (Dato Danyal, 36,225 undi)
8. Tampin (P133) – PH (Dr Hasan Bahrom, 22,435 undi)


MELAKA

1. Masjid Tanah (P134) – BN (Mas Ermieyati, 22,898 undi)
2. Alor Gajah (P135) – PH (Mohd Redzuan Yusof, 29,330 undi)
3. Tangga Batu (P136) – PH (Prof. Madya Rusnah, 32,420 undi)
4. Hang Tuah Jaya (P137) – PH (Shamsul Iskandar Haji Mohd Akin, 39,067 undi
5. Kota Melaka (P138) – PH (Khoo Poay Tiong, 76,518 undi)
6. Jasin (P139) – BN (Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah, 26,560 undi)


JOHOR

1. Segamat (P140) – PH (Dato’ Seri Dr. Santhara, 24,060 undi)
2. Sekijang (P141) – PH (Natrah Ismail, 19,559 undi)
3. Labis (P142) – PH (Pang Hok Liong, 16,709 undi)
4. Pagoh (P143) – PH (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 23,558 undi)
5. Ledang (P144) – PH (Syed Ibrahim Syed Noh, 34,706 undi)
6. Bakri (P145) – PH (Yeo Bee Yon, 38,718 undi)
7. Muar (P146) – PH (Syed Saddiq, 22,341 undi)
8. Parit Sulong (P147) – BN (Dato’ Dr. Noraini Ahmad, 24,481 undi)
9. Ayer Hitam (P148) – BN (Wee Ka Siong, 17076 undi)
10. Sri Gading (P149) – PH (Datuk Dr Shahruddin Salleh, 21,511 undi)
11. Batu Pahat (P150) – PH (Mohd Rashid Bin Hasnon, 45,929 undi)
12. Simpang Renggam (P151) – PH (Dr. Maszlee Malik, 18,157 undi)
13. Kluang (P152) – PH (Wong Shu Qi, 47,671 undi)
14. Sembrong (P153) – BN (Dato’ Seri Hishammuddin, 21,353 undi)
15. Mersing (P154) – BN (Dr Abd Latiff, 19,806 undi)
16. Tenggara (P155) – BN (Datuk Seri Dr. Adham Baba, 20,142 undi)
17. Kota Tinggi (P156) – BN (Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique, 26,407 undi)
18. Pengerang (P157) – BN (Azalina Othman Said, 21,829 undi)
19. Tebrau (P158) – PH (Steven Choong, 64,535 undi)
20. Pasir Gudang (P159) – PH (Hassan Bin Abdul Karim, 61615 undi)
21. Johor Bahru (P160) – PH (Akmal Nasir, 50,052 undi)
22. Pulai (P161) – PH (Salahuddin Ayub, 55,447 undi)
23. Iskandar Puteri (P162) – PH (Lim Kit Siang, 80,726 undi)
24. Kulai (P163) – PH (Teo Nie Ching, 55,312 undi)
25. Pontian (P164) – BN (Datuk Seri Ahmad Maslan, 21,132 undi)
26. Tanjung Piai (P165) – PH (Md Farid, 21,255 undi)


SARAWAK

1. Mas Gading (P192) – DAP (Mordi Bimol, 12,771 undi)
2. Santubong (P193) – BN (Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, 26,379 undi)
3. Petra Jaya (P194) – BN (Fadillah Haji Yusof, 28,306 undi)
4. Bandar Kuching (P195) – DAP (Kelvin Yii Lee Wuen, 48,548 undi)
5. Stampin (P196) – DAP (Chong Chieng Jen, 33,060 undi)
6. Kota Samarahan (P197) – BN (Rubiah Wang, 25,070 undi)
7. Puncak Borneo (P198) – PH (Willie Mongin, 18,865 undi)
8. Serian (P199) – BN (Dato Sri Richard Riot Anak Jaem, 17,545 undi)
9. Batang Sadong (P200) – BN (Nancy Binti Shukri, 14,208 undi)
10. Batang Lupar (P201) – BN (Rohani Binti Abdul Karim, 14,204 undi)
11. Sri Aman (P202) – BN (Masir Anak Kujat, 14,141 undi)
12. Lubok Antu (P203) – BEBAS (Tambat @ Jugah AK Muyang, 5,834 undi)
13. Betong (P204) – BN (Robert Lawson Chuat, 12,517 undi)
14. Saratok (P205) – PH (Ali Biju 11,848 undi)
15. Tanjong Manis (P206) – BN (Yusuf Bin Abd Wahab, 11,402 undi)
16. Igan (P207) – BN (Ahmad Johnie Bin Zawawi, 10,538 undi)
17. Sarikei (P208) – DAP (Wong Ling Biu, 16,327 undi)
18. Julau (P209) – BEBAS (Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, 10,105 undi)
19. Kanowit (P210) – BN (Ago Anak Dagang, 9,552 undi)
20. Lanang (P211) – DAP (Alice Lau Kiong Yeang, 29,905 undi)
21. Sibu (P212) – DAP (Oscar Ling Chai Yiew, 33,811 undi)
22. Mukah (P213) – BN (Hanifah Hajar Taib, 13,853 undi)
23. Selangau (P214) – PH (Baru Bian, 11,228 undi)
24. Kapit (P215) – BN (Datuk Alexander Nanta Linggi, 14,302 undi)
25. Hulu Rajang (P216) – BN (Wilson Ugak Anak Kumbong, 11,834 undi)
26. Bintulu (P217) – BN (Dato’ Seri Tiong King SIng, 27,076 undi)
27. Sibuti (P218) – BN (Lukanisman Bin Awang Sauni, 12,214 undi)
28. Miri (P219) – PH (Michael Teo Yu Keng, 35,739 undi)
29. Baram (P220) – BN (Anyi Ngau, 12,171 undi)
30. Limbang (P221) – BN (Hasbi Bin Habibollah, 12,589 undi)
31. Lawas (P222) – BN (Henry Sum Agong, 10,037 undi)


SABAH

1. Kudat (P167) – BN (Datuk Abdul Rahim Bakri, 18,503 undi)
2. Kota Marudu (P168) – BN (Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, 13,033 undi)
3. Kota Belud (P169) – WARISAN (Munirah Majilis, 23,429 undi)
4. Tuaran (P170) – BN (Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, 22,494 undi)
5. Sepanggar (P171) – WARISAN (Mohd Azis Bin Jamman, 28,420 undi)
6. Kota Kinabalu (P172) – DAP (Chan Foong Hin, 31,632 undi)
7. Putatan (P173) – PH (Awang Husaini, 14,106 undi)
8. Penampang (P174) – WARISAN (Darell Leiking, 32,470 undi)
9. Papar (P175) – WARISAN (Ahmad Bin Hassan, 17,394 undi)
10. Kimanis (P176) – BN (Anifah Aman, 11,942 undi)
11. Beufort (P177) – BN (Datuk Azizah Mohd Dun, 11,354 undi)
12. Sipitang (P178) – BN (Hafez Musa, 12,038 undi)
13. Ranau (P179) – PH (Jonathan Bin Yasin, 14,880 undi)
14. Keningau (P180) – SOLIDARITI (Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, 13,286 undi)
15. Tenom (P181) – DAP (Noorita Sual, 11,363 undi)
16. Pensiangan (P182) – BN (Arthur Joseph Kurup, 11,783 undi)
17. Beluran (P183) – Datuk Ronald Kiandee, 13,007 undi)
18. Libaran (P184) – BN (Zakaria Mohd Edris @ Tubau, 17,799 undi)
19. Batu Sapi (P185) – WARISAN (Liew Vui Keong, 12,976 undi)
20. Sandakan (P186) – DAP (Stephen Wong Tien Fatt, 19,094 undi)
21. Kinabatangan (P187) – BN (Bung Moktar Radin, 14,465 undi)
22. Silam (P188) – WARISAN (Mohamaddin Bin Ketapi, 23,352 undi)
23. Semporna (P189) – WARISAN (Mohd. Shafie Apdal, 26,809 undi)
24. Tawau (P190) – PH (Christina Liew, 21,400 undi)
25. Kalabakan (P191) – WARISAN (Ma’mun Bin Sulaiman, 18,486 undi)

Anwar Ibrahim Tonton Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke -7


Datuk Seri Anwar Ibrahim tonton Tun Dr Mahathir Mohamad angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7



Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Keputusan penuh bagi kesemua 222 kerusi Parlimen bagi PRU ke-14



Statistik Keputusan Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengikut Negeri
















Tahniah kepada kerajaan baharu !



Khamis, 22 Mac 2018

OKU Pengsan Ditumbuk Pak Guard

ish...ishh... nasib baik tak meninggal OKU tu.


Video Pak Guard Tumbuk OKU


TUMPAT - Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasaraya di Tumpat dipercayai terbabit dalam rakaman video tular menumbuk muka seorang lelaki ditahan reman selama empat hari hingga 23 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, suspek berusia 26 tahun telah ditahan reman sejak semalam lagi selepas tangkapan dibuat.

Menurutnya, mangsa seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 42 tahun  adalah pekerja di pasaraya yang sama dengan suspek.

"Siasatan awal mendapati punca berlaku kes tumbuk itu disebabkan mereka berdua  ada selisih faham.

"Rakaman kamera litar tertutup ( CCTV) kes tumbuk  itu tular di media sosial hari ini tetapi kes ini berlaku hari Isnin lagi.

"Pihak polis sudah mengambil tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kejadian  itu berlaku kira-kira jam 6.24 petang pada Isnin lalu apabila pengawal keselamatan terbabit telah menumbuk muka mangsa.

"Mangsa ditumbuk dan dipijak  oleh pengawal keselamatan terbabit menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Tumpat, terdapat kesan tumbukan dan darah di bahagian muka manakala dibahagian belakang kepala alami bengkak akibat hentakkan ke lantai semasa jatuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. - Sinar Harian

Isnin, 1 Januari 2018

Tonton Jumanji 2017

Tonton Filem Tebaru 2017, Jumanji, Welcome to the jungle.

Jumanji: Welcome to the Jungle





Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...