Taip Bahan Carian

Isnin, 22 Oktober 2018

Signal Masalah Modem Router Wifi Internet


Memang masalah bila talian wifi internet tiada. Sama ada Streamyx , unifi atau zoom yes, signal pada modem anda menjadi petunjuk kerosakkan yang anda alami.

Jika tiada talian internet jangan tergopoh-gopoh tukar modem.. kerana tak semestinya modem yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan lihat lampu signal pada modem anda.

1. Lampu power terpadam.
Sekiranya lampu power terpadam (semua lampu terpadam) walaupun butang on telah tekan bermakna modem anda rosak.

Penyelesaian
Jika anda ade kemahiran baik pulih boleh la try tukar suis power pada modem tersebut.
Atau beli saja modem yang baru.


2. Hanya lampu Power dan wifi sahaja menyala. (Lampu DSL terpadam)
Sekiranya  modem anda hanya menyala lampu power, wifi / WLAN sahaja, bermakna talian internet tidak dapat masuk ke modem anda. Kemungkinan berlaku kerosakkan pada wayar talian internet anda atau splitter.

contoh splitter

Penyelesaian.
Cuba anda tanggalkan splitter dan sambung wayar telefon terus kepada modem. Sekiranya ok, bermakna splitter anda rosak. Anda hanya perlu beli splitter baru. Harga splitter lebih kurang RM20.

Sekiranya talian internet masih tiada setelah anda buat sambungan terus ke modem. Cuba anda tukar wayar internet/telefon. sebab kemungkinan wayar atau kabel telefon anda telah rosak.

wayar telefon

Sekiranya masih tiada internet. anda boleh buat aduan kerosakan pada pihak TM di talian 100 atau LiveChat TM.


Sabtu, 13 Oktober 2018

Pandangan Ustaz-Ustaz Tentang Isu Khalwat





Komen Dr.Maza tentang Operasi Cegah Maksiat (Khalwat)




Komen Ustaz Fhatul Bari tentang Operasi Cegah Maksiat (Khalwat)




Komen Ustaz Azhar Idrus tentang Operasi Cegah Maksiat (Khalwat)






Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...