Taip Bahan Carian

Ahad, 31 Januari 2016

Khasiat Buah Delima


Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah Al Rahman Ayat 68].

Surah Al Rahman ;Ayat 68

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Delima dikatakan berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Kini buah delima ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika.

Manfaat Buah Delima

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
'Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.'
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

- Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit. Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi. Selain itu buah delima dapat mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

- Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

- Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.

- Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.

- Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.

-Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia

- Khasiat buah delima juga membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah. Dengan ini, dapat mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung. Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).

- Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.

- Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis. Untuk menjadikan buah delima Sebagai Face Mask, campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

- Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.

- Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.

- Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah. - Boleh dibeli banyak kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk.

Herba Hilangkan Gout


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.


Herba rawatan untuk mengawal tahap asid urik pada sendi anda:

1.  Jus Timun: Berkesan dalam mengeluarkan asid urik dalam sendi.

2.  Jus lemon segar: Meneutralkan asid dalam darah, mengurangkan asid urik pada sendi.

3.  Akar Burdock : Mampu menyingkirkan asid urik daripada air kencing.

4.  Devil's claw: Merendahkan paras arsid urik dalam darah dan sendi. Devil's claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. 

5.  Jus Ceri: Merendahkan paras asid urik

6.  Teh Buchu: Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan, ia mampu membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda. 

7.  Nanas : Nanas mempunyai enzim yang mengurangkan keradangan. Ia juga mengandungi enzim yang dipanggil bromelain. Ia telah terbukti berguna dalam mengurangkan keradangan. Jus nanas juga melegakan sakit sendi artritis yang berkaitan dan menguatkan pergelangan tangan anda.


8.  Cuka Epal adalah sebahagian besarnya digunakan untuk merawat sakit sendi. 

9.  Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu.

10. Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

11. Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

12. Extra virgin merujuk kepada minyak zaitun yang diperah daripada buah zaitun segar. Ia kaya dengan bioflavonoids yang antara lain membantu proses detoksifikasi dan meredakan keradangan. 


Download Artikel Gout: http://lynk.my/VelY

Download Punca Gout dan Rawatan Alternatif Gout: http://lynk.my/KA8Y


Sabtu, 16 Januari 2016

Berkahwin Dengan Mayat


Pelik! Tapi itu lah yang berlaku apabila seorang wanita tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat  telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.


Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.

"Saya sangat sayangkanya sepenuh hati dan sukar menerima kenyataan dia telah meninggal dunia. Dia kelihatan indah pada hari perkahwinannya dan saya yakin dia pasti sukakannya," katanya.

Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang.

Rabu, 13 Januari 2016

Resepi Detox Minuman Pembakar Lemak


Resepi Minuman Pembakar Lemak.

Jus minuman yang berkesan boleh membuang lemak tepu yang terdapat dalam badan kita semua. Minuman Detoksifikasi atau Penyahtoksik boleh membantu menghilangkan racun dan ajen kanser terserap dalam tubuh kita. Minuman ini akan meningkatkan metabolisme, imuniti, detoksifikasi dan menggalakkan pembakaran lemak.

Antara bahan-bahan yang boleh dijadikan minuman detox adalah seperti berikut;

1)Buah-buahan
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing

3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

4) Buah Luar Negara :
Epal, anggur, plum, peach

5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

6)Herba: Pudina, bunga cina, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender, teh hijau, sage

7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam


Resepi Detox Pembakar Lemak 1

Bahan-bahan:



8 gelas air
1 sudu besar halia
1 timun segar dikupas dan dipotong.
beberapa bijo potongan limau
7 helai daun pudina

Cara menyediakan:

Campurkan bahan-bahan ke dalam balang malam sebelum penggunaan dan makan pada hari berikutnya.

Minum jus setiap hari. InsyaAllah minuman ini dapat membantu mengeluarkan lemak-lemak yang terdapat pada perut anda dan meningkatkan metabolisme anda tanpa sebarang kesan sampingan.



Resepi Detox Pembakar Lemak 2



Bahan-bahan:
- Lemon ½
- 1 timun
- 1 sudu halia parut
- Segenggam daun pasli
- 1/3 cawan air

Arahan: Kisar semua bahan-bahan sehingga sebati dan minum setiap malam sebelum tidur.


Resepi Detox Pembakar Lemak 3


Minuman detox ini boleh membantu membersihkan badan anda daripada toksin, secara semula jadi mempercepatkan metabolisme, membakar lemak, menurunkan tekanan darah dan yang paling penting, melawan diabetes.

Bahan-bahan:

Kulit kayu manis - 1 sudu teh
Cuka Epal  - 2 sudu besar
Air perahan Lemon / limau nipis - 2 sudu
Madu Asli - 1 sudu besar
segelas air

Arahan: Campur dalam pengisar sehingga licin dan makan pada hari yang sama.




Gabungan bahan resepi detox boleh lihat DISINI


Selamat mencuba

Isnin, 4 Januari 2016

Aplikasi Jejak Pencuri Telefon Anda


Bagi pengguna telefon android anda tidak perlu bimbang jika telefon kesayangan anda dicuri kerana kini anda boleh menjejak pencuri dengan memasang aplikasi Thief Tracker pada telefon anda . Terdapat beberapa aplikasi yang boleh mengesan pencuri telefon anda, antaranya adalah;

Lockwatch - Thief Catcher
Leaf Security (Thief Tracker)
Anti Theft
Thief Tracker - Video
Phone Tracker Pro

Apabila pencuri tersalah masukkan password maklumat penggunaan akan dihantar kepada nombor telefon kedua anda (no alternatif) dalam bentuk SMS.

Maklumat yang dihantar kepada anda adalah seperti Model Telefon, Nama Operator (Celcom, maxis, digi, dll) , SMS yang dihantar, rekod panggilan yang dibuat dan Link lokasi telefon di Google Map.

Selain itu, gambar selfie akan diambil dan disimpan dalam folder Snapshots. Jadi anda perlu setup aplikasi Dropbox untuk membolehkan gambar selfie di sync dan diakses menerusi laman web Dropbox.

Tindakan yang perlu ada lakukan adalah dapatkan butiran peribadi pencuri di Center Operator talian mereka dan buat laporan polis sebagai bukti.


Ahad, 3 Januari 2016

Jadual Tarikh Bonus dan Gaji Penjawat Awam 2016


Pemberian khas kepada Kakitangan Awam ini melibatkan peruntukan RM645 juta melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.

Tarikh Pembayaran Bonus dan Gaji adalah seperti jadual dibawah;


Semoga Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2016 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

Daftar Untuk Membeli Rumah


Peluang untuk membeli rumah mampu milik di pameran hartanah pada 8 - 10 Januari 2016 ini.

Petikan dari Akhbar:
Kuala Lumpur: Pameran Hartanah MyRumah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dengan kerjasama Kumpulan Andaman yang julung kali diadakan, dijangka menerima 15,000 pengunjung bagi acara yang berlangsung selama tiga hari.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, pameran itu diadakan bagi memberi peluang kepada pembaca akhbar terbitan NSTP untuk mendapatkan kediaman mampu milik yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM500,000.

“Selain menjadi acara yang dapat merapatkan hubungan kami dengan pembaca, ia juga dijangka menjadi platfrom terbaik untuk pembaca khususnya yang baru pertama kali bercadang mendapatkan kediaman,” katanya pada sidang media mengenai acara berkenaan, semalam.

Menurutnya, pihaknya memberi tumpuan kepada segmen kediaman mampu milik memandangkan ia menjadi pilihan utama bakal pembeli kediaman atau mereka yang bergelar pelabur hartanah.

“Kami mengutamakan kediaman mampu milik sebagai sasaran utama pameran ini dan bukan kediaman daripada segmen mewah kerana ia bersesuaian dengan bajet semua peringkat pengguna,” katanya.

Pameran Hartanah MyRumah yang dibuka kepada orang ramai secara percuma akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Januari tahun depan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Balai Berita, Bangsar.

Selain pameran daripada 12 peserta pameran yang terdiri daripada pemaju dan bank, ia juga akan memuatkan sesi ceramah berkaitan hartanah meliputi pelbagai topik perbincangan berbeza.

Sementara itu, Pengarah Urusan Andaman Property Management Sdn Bhd, Datuk Seri Vincent Tiew berkata, pameran itu berbeza dengan kebanyakan pameran hartanah yang sering dianjurkan kerana ia lebih mengutamakan aspek pendidikan kepada bakal pembeli.

“Selain menawarkan pelbagai projek kediaman, pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pandangan daripada pakar hartanah yang akan berkongsi pengalaman, tips dan strategi dalam menguruskan hartanah masing-masing.

“Kami menampilkan sehingga 20 penceramah daripada latar belakang berbeza yang sedia berkongsi pengalaman mereka dengan pengunjung yang mahu menjadikan kediaman sebagai medium pelaburan jangka panjang,” katanya.

Bagi yang masih belum mempunyai rumah.. jom ke Pameran Hartanah MyRumah

Jangan lupa juga daftar dengan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.



Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Jangan lupa juga daftar dengan Skim Rumah Pertamaku (SRP)



- Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


Jumaat, 1 Januari 2016

Cerita Sebenar Zulkifli Bunuh Perompak


Malaysia digegarkan dengan kisah #Zulkifli yang berdepan dengan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh perompak ketika diserang perompak. Kisah Zulkifli menjadi viral di media sosial. Adakah benar seperti yang diviralkan atau memang benar Zulkifli bersalah? Berikut adalah cerita sebenar bagaimana Zulkifli membunuh seorang hingga mati...

Zulkifli menceritakan kejadian yang berlaku ketika itu. Rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/salahkah-pertahankan-diri-di-malaysia-nik-aziz-afiq-abdul

Antara Viral Kes Zulkifli









Video Parody Kes Zulkifli


#‎Zulkifli‬
‪#‎selamatkanzulkifli‬



Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...