Sabtu, 20 Julai 2019

Menjaga Kecantikan Kulit Dengan Buah Kiwi

Menjaga Kecantikan Kulit Dengan Buah Kiwi

Kiwi, yang juga dikenali sebagai ‘gooseberi China’, berasal dari Lembah Chang Kiang, China dan diiktiraf buah kebangsaan negara itu. Masyarakat di sana menghasilkan tonik daripada buah kiwi kerana yakin dengan nilai nutrisinya yang tinggi terhadap kesihatan. Pada tahun 1900, buah kiwi telah ditanam di England dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, masyarakat di New Zealand yang mula menyedari rasa lazat dan penuh berjus buah itu hingga ia menukar namanya kepada kiwi, sempena burung kebangsaan di negara terbabit. Ia kemudian ditanam secara besar-besaran untuk tujuan komersial dengan jenama Zespri New Zealand.

Kiwi kaya dengan vitamin C, E, asid amino dan antioksidan. Seperti sedia maklum, nutrisi itu mampu membantu kulit kelihatan muda dan berseri. Di sini, disenaraikan kebaikan kiwi kepada penjagaan kecantikan kulit.

1. Kulit sihat dan berseri

Penuh dengan serat dan antioksidan, menjadikannya sumber terbaik sebagai julab. Pengambilan kiwi melancarkan pembuangan toksin lebihan air dalam tubuh, sekali gus memberikan kulit yang lebih cantik.

2. Regenerasi sel

Kandungan vitamin E membantu kulit lembap dan tenang. Nutrisi itu diperlukan bagi regenerasi sel dan ini membantu memberikan kulit yang awet muda.

3. Kulit anjal

Antara nutrisi penting untuk menggalakkan pengeluaran kolagen adalah vitamin C dan kiwi kaya dengannya, seterusnya menjadi kulit lebih anjal dan cantik. Kolagen adalah rangkaian protein yang perlu untuk menjadikan kulit gebu dan kelihatan muda. Ia juga penting untuk membantu proses penyembuhan luka dan menghalang kulit daripada menjadi kasar dan kering.

4. Elak penyakit kulit

Kiwi juga boleh membantu dalam rawatan terhadap penyakit kulit. Ini kerana asid lemak omega-3 yang ada boleh melindungi kulit daripada beberapa jenis masalah penyakit kulit. Ia juga penting untuk mengekalkan keadaan kesihatan sel membran.

5. Mengawal pengeluaran sebum berlebihan

Campuran kiwi dan jus lemon boleh disapu pada kulit dan dibiarkan kering sebelum dicuci bagi membantu mengawal pengeluaran sebum yang menjurus kepada masalah jerawat dan bintik hitam.

6. Kulit lebih lembut

Campuran avokado dan kiwi yang dilecekkan boleh disapu pada bahagian muka dan leher sebagai pupur semula jadi. Basuh selepas 15 minit dan kulit akan dirasakan lebih lembut.

7. Melawan radikal bebas

Antioksidan yang banyak terdapat dalam kiwi boleh meneutralkan kesan antioksidan pada kulit dan meningkatkan regenerasi kulit. Secara tidak langsung, ia memperlahankan kesan penuaan seperti kedutan, tompok pada kulit dan garisan halus.

8. Melawan jerawat

Kiwi juga mengandungi AHA semula jadi dan memiliki bahan antiradang kulit. Ia melawan jerawat, akne dan membersihkan liang roma bagi mengelak masalah kulit berterusan. Sapukan kiwi yang dilecek pada wajah termasuk bahagian yang bermasalah.

9. Melindungi kulit daripada matahari

Kesan matahari merosakkan kulit dan meningkatkan penuaan. Kiwi kaya dengan asid amino dan mampu melawan kesan selaran matahari seterusnya mengelak kerosakan pada kulit.

10. Meningkatkan penghasilan sel kulit baru

Memakan kiwi atau minum jusnya secara konsisten membantu meningkatkan penghasilan sel baru pada lapisan kulit. Ia juga meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih muda.

11. Nutrien kepada kulit

Menyapu kiwi secara terus pada kulit boleh membantu penyerapan nutrien di bahagian lapisan dermal kulit. Kisarkan sebiji kiwi dan campurkan dengan yogurt sebelum menyapunya ke wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.

12. Mencerahkan kulit

Kandungan vitamin C dalam kiwi membantu mencerahkan kulit. Sediakan penyental semula jadi kulit dengan mencampurkan kiwi, jus lemon dan oat. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cerah.

13. Penggelupasan kulit

Jangan buang kulit kiwi kerana ia boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada kulit. Kulit kiwi mengandungi enzim yang boleh menyingkirkan sel kulit mati dengan cara menggosok bahagian dalam kulit itu secara terus ke tubuh setiap hari.

Dapatkan buku : 


Sabtu, 13 Julai 2019

Tips Menjadi Trader Separuh Masa Yang Berjaya


Berdagang forex secara sambilan boleh menjadi cara yang terbaik untuk menambah pendapatan anda. Terdapat masa yg cukup untuk berdagang di pasaran yang menguntungkan dalam sehari, walaupun anda sedang bekerja. Dalam post ini, telah menggariskan beberapa tip untuk membantu anda menjadi trader separuh masa yang berjaya

3 cara untuk mengasah kemahiran anda sebagai trader sambilan:


1. Mencari Pair Yang Sesuai untuk trade

Walaupun perdagangan forex berlaku 24 jam sehari sepanjang minggu, ia adalah yang terbaik untuk berdagang semasa waktu puncak untuk menjamin kecairan. Likuiditi adalah keupayaan peniaga untuk menjual posisi, yang lebih mudah apabila pasaran paling aktif. Dengan mengandaikan bahawa anda bekerja sembilan hingga lima pekerjaan, anda akan tersedia untuk berdagang sama ada awal atau lewat hari. Bergantung kepada pasangan mata wang yang anda berdagang, jumlah yang tinggi mungkin berlaku pada kedua-dua hujung tempoh masa untuk menjalankan perdagangan.

Bagi pedagang kecil dengan akaun mini dan pemula yang kurang pengalaman, perdagangan mata wang A.S. terhadap pelbagai mata wang asing dinasihatkan


2. Sediakan Sistem Perdagangan Automatik

Peniaga sambilan boleh memilih untuk berdagang dengan secara manual atau secara automatik (ROBOT, EA) untuk membuat dagangan untuk mereka.

Terdapat pelbagai program perdagangan automatik dengan spektrum penuh fungsi yang ada di pasaran. Sesetengah daripada mereka mungkin dapat memantau harga mata wang dalam masa nyata, meletakkan pesanan pasaran (mengenakan had, pasaran jika disentuh, atau menghentikan pesanan), mengiktiraf spread yang menguntungkan dan secara automatik memerintahkan perdagangan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa walaupun perdagangan diperintahkan, tidak ada jaminan bahawa pesanan akan diisi di lantai perdagangan pada harga yang diharapkan, terutamanya dalam pasaran yang bergerak pantas dan tidak menentu.


3. Disiplin 

Disiplin dalam membuat keputusan Disiplin adalah penting bagi kejayaan para trader yang menolak sistem automatik untuk membuat keputusan sendiri. Peniaga sambilan dinasihatkan untuk mengambil keuntungan apabila mereka menjadi kenyataan bukannya menjangkakan penyebaran yang lebih luas dan keuntungan yang lebih besar. Ini memerlukan tahap disiplin diri dalam pasaran yang pantas berkembang di mana spread yang menggalakkan dapat melebar. Peniaga yang berjaya mengambil keuntungan apabila mereka boleh kerana trend boleh berubah serta-merta disebabkan peristiwa luaran yang tidak dijangka. Stop trailing dan menghentikan pesanan pasaran mungkin dikenakan untuk melindungi daripada pembalikan pasaran secara tiba-tiba dan meminimumkan risiko, tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak ada jaminan bahawa pesanan akan diisi pada harga yang dijangkakan.


Dapatkan Buku :