Taip Bahan Carian

Sabtu, 2 Mei 2020

SOP Pembukaan Semula Ekonomi

Majlis Keselamatan Negara Malaysia (#MKN)
 
SOP Pembukaan Semula Ekonomi
1 Mei 2020 


PENGENALAN & OBJEKTIF

1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.

3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini
berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

4. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak #Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (#PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.

5. Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi.

6. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan (#KKM), PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini. 


NORMA BAHARU DALAM PERNIAGAAN & KEHIDUPAN

  • SOP ini mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian. Pendekatan yang diambil kerajaan adalah pendekatan seluruh lapisan masyarakat, atau whole of society approach. Kaedah pendekatan ini adalah penting dalam memastikan pembukaan semula ekonomi negara ini dapat dilakukan dengan lancar, selamat dan berkesan.

  • Individu berperanan untuk menjaga diri dan keluarga; Komuniti setempat bertanggungjawab  memastikan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan jiran-jiran; dan majikan bertanggunjawab memastikan pekerja dan operasi perniagaan mengamalkan tabiat kebersihan yang tinggi di samping mematuhi SOP 

Norma baharu ini merangkumi perkara-perkara berikut, iaitu:

Mengamalkan langkah-langkah kesihatan: 
  • Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan
  • Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu

Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
  • Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
  • Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari
 
Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:
  • Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
  • Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti symptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan
  • Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (#PPE) yang sesuai
  • Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19
  • Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul

Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:
  •  Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak, dan kelab malam tidak dibenarkan
  • Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
  • Majlis kenduri-kendara/ rumah terbuka/ aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat

PERINGATAN PENTING

1. Pembukaan semula ekonomi adalah hasil positif pematuhan #PKP oleh Rakyat dan juga usaha barisan hadapan (#frontliners) dalam memerangi Covid-19 yang berjaya meratakan lekuk penularan Covid-19. Namun, Kerajaan sedar kemungkinan penularan atau jangkitan semula sekiranya berlakunya ketidakpatuhan SOP ini.

2. Oleh itu, Kerajaan akan menentukan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (#MCO), berasaskan tahap penularan wabak Covid-19 yang boleh membawa kepada beban yang berat ke atas sistem kesihatan.

3. Kerajaan juga menggalakkan orang ramai memainkan peranan untuk memantau dan memastikan pematuhan kepada SOP. Melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai dan perniagaan boleh membantu Kerajaan dalam merealisasikan usaha membuka semula ekonomi ini.

4. Sekiranya terdapat keingkaran, orang ramai boleh menghubungi pegawai penguatkuasa yang berkenaan.


SENARAI AKTIVITI INI TIDAK DIBENARKAN BERDASARKAN JUSTIFIKASI YANG DIKELUARKAN OLEH KKM SEPERTI BERIKUT;

1. SUKAR UNTUK MENGAWAL KEADAAN DI MANA TERDAPAT RAMAI ORANG PADA SATU-SATU MASA.

2. KEMUNGKINAN PENDEDAHAN KEPADA TITISAN PERNAFASAN.

3. SUKAR UNTUK MENGAWAL KEPERILAKUAN.

4. KEMUNGKINAN KONTAK RAPAT DALAM MASA PANJANG YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

5. KEBERADAAN DI DALAM RUANG RAPAT DAN TERTUTUP DALAM MASA YANG LAMA.


SENARAI AKTIVITI YANG DILARANG

1.Hiburan dan Riadah
❑ Panggung Wayang
❑ Pusat Karoake
❑ Taman Tema
❑ Muzium
❑ Busking

2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

❑ Perarakan Keagamaan
❑ Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
❑ Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
❑ Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)

3. Persidangangan dan Pameran
❑ Pameran Kerjaya
❑ Pameran Perkahwinan
❑ Promosi dan Pakej Pelancongan
❑ Karnival Jualan
❑ Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan
❑ Sukan semasa sesi persekolahan
❑ Aktiviti kokurikulum bersemuka
❑ Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
❑ Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan
❑ Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
❑ Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
❑ Kolam renang
❑ Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial
❑ Kenduri – kendara
❑ Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7. Pengangkutan
❑ Kapal Persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
❑ Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
❑ Bazar Ramadan
❑ Bazar Hari Raya

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
❑ Terima pelawat
❑ Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
❑ Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
❑ Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
❑ Aktiviti Fitting Pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
❑ Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
❑ Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan
❑ Ekopelancongan Hutan
❑ Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian
❑ Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian
❑ Hari Bertemu Pelanggan
❑ Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
❑ Pesta makan buah-buahan
❑ Kursus/ Seminar
❑ Konvokesyen Institut Pertanian
❑ Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan
❑ Aktiviti perikanan rekreasi
❑ Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif
❑ Penggambaran filem
❑ Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam

22. Kebudayaan Dan Kesenian
❑ Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan
❑ Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan Buffet)

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...