Taip Bahan Carian

Isnin, 11 Mei 2020

Cara Simpan Sayur Supaya Tahan Lama



MEMBAZIR apabila tomato, daun sup, lengkuas, serai dan cili yang baru beli, tapi akhirnya tidak boleh digunakan.

Ini antara masalah yang selalu dihadapi. Ada yang belum buka daripada bungkusan, tetap juga ia layu dan lembik dalam peti sejuk. Sudahnya terpaksa buang! Dah kena beli baru.

Jangan risau, ada cara simpan daun sup, lengkuas, serai, cili api, dan cili dalam peti sejuk agar kekal segar.

Boleh simpan sampai berbulan-bulan lamanya! Jom ikut cara ni.

1. Daun sup

Pokok daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5 liter) dan diletakkan di dalam peti ais.

Caranya, potong dua botol minuman. Masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit setakat cecah pada hujung akar sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.


Pokok yang disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan. Tumbuhan kalau ada akar seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan kaedah ini.


2. Serai dan Lengkuas

Simpan di dalam botol kaca dan diisi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut. Tutupkan botol dengan kedap. Air boleh ditukar dua minggu sekali atau ikut keperluan. Perlu disimpan dalam peti ais dan ia mampu bertahan berbulan lamanya!

Selain lengkuas dan serai, ramai juga yang menggunakan cara ini untuk menyimpan kunyit supaya kekal segar.


3. Cili

Cili perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik, sekali gus menyebabkan cili menjadi busuk. Simpankan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar. Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk mengelap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang. Salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.


4. Tomato

Elakkan bahagian tangkai tomato dari rosak. Bahagian tangkai tomato adalah bahagian utama yang akan mula-mula merosak. Oleh itu jika ingin simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut mestilah menghala ke atas. Jangan simpan dalam bekas yang tertutup.


5. Kekacang

Seperti kacang panjang, kacang buncis, kacang peas dan kacang bendi, cara simpan supaya tahan lama adalah dengan balut kacang dengan kertas atau tisu kemudian masukkan dlm plastik berzip dan simpan ia dlm peti ais.. InsyaAllah tahan seminggu


6. Kubis dan Bunga kubis.

Balut kubis atau bunga kubis dengan plastic wrap kemudian simpan dalam peti ais

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...