Taip Bahan Carian

Jumaat, 17 April 2020

33 Manfaat Khasiat Halia

33 Manfaat Halia

Halia adalah antara herba-herba kuno atau petua orang lama dahulu. Dr Noordin Darus menceritakan khasiat-khasiat yang boleh dimanfaatkan dari halia untuk kesihatan. Sama-samalah kita perolehi infomasi dan manfaat.

Khasiat / Manfaat Halia Untuk Kesihatan.

1. Alahan Makanan / Food Allergy
2. Kembong perut / Nausea
3. Morning Sickness
4. Sembelit / Constipation
5. Cirit birit / Diarrhea
6. Gastric
7. Anti Inflammatory / Masaalah usus / Masalah Serviks
8. Skin Rashes (kulit gatal-gatal)
9. Eczema
10. Flu / Demam Selsema
11. Cancer / Kanser Ovari
12. Awet muda / Anti Aging
13. Brain (Alzheimer / Dementia) merawat penyakit Nyanyok
14. Jerawat / Acne dan Kutil - lap atau pedap dengan air halia
15. Cardiovascular System - baik untuk pembuluh darah
16. Darah pekat / Blood Clotting - Bagi masalah jantung dapatkan nasihat doktor
17. Cholesterol / kolestrol Jahat
18. Body pain
19. Sakit sendi / osteoarthritis
20. Segugut / Dysmenorrhea (Menstrual Pain / Period Cramp)
21. Libido (Gairah) - Meningkatkan nafsu jimak
22. Blood circulation
23. Odor / Haruman (Minyak Halia). Juga baik untuk kesihatan gusi dan gigi.
24. Asthma
25. Liver
26. Cadmium (Toxicity) / Anti toksik
27. Obesity / Kuruskan badan
28. Mengurangkan UV Rays dari matahari
29. Aflatoxin (Kacang yang berkulat)
30. Diabetes
31. Hypertension / Darah tinggi
32. Sakit kepala / Headache
33. Detox

Cara mengamal :-

1. Rendam / Rebus halia (sekurang2 nya 50g sehari - pengambilan jangan lebih 100g) dengan air panas.

2. Boleh campur dengan chia seed, kunyit, dan bawang putih

3. Boleh letak madu bila air suam


VIDEO


Semoga bermanfaat.

Khamis, 16 April 2020

UPSR Dan PT3 2020 Dibatalkan


UPSR Dan PT3 2020 Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memutuskan untuk membatalkan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung Covid-19.

Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

Manakala tarikh peperiksaan Semester 2 bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

”Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), PM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

”Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah
baharu akan diperkenalkan.

”Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

”KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada PdP tetap diberikan keutamaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid.,” katanya dalam satu sidang media di sini sebentar tadi.

Mohd Radzi menambah, keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila KPM benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

Pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, Sijil Tinggi STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Pengumuman pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

”Apabila sekolah dibuka semula, semua aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuklah amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan.

”KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca PKP yang mesti dirujuk oleh pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dan Pengajaran dan Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...