Penyakit darah tinggi selalu `diabaikan' kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala yang `menakutkan'. Tanggapan remeh terhadap penyakit darah tinggi adalah salah! Penyakit darah tinggi atau dikenali sebagai 'Hipertensi', diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap'. Ia sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.
Jika umur anda masih muda, kebiasaannya doktor tidak akan memberi ubat, sebaliknya doktor akan meminta anda sentiasa tenangkan fikiran, bersenam, dan jaga pemakanan anda. Hal ini adalah kerana, kesan daripada ubat yang diberi akan menyebabkan implikasi yang lain, seperti kerosakan buah pinggang, kencing manis dan mati pucuk.
Oleh itu, adalah lebih baik anda menurunkan tekanan darah anda dengan cara tanpa ubat.
Bagaimana cara turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat?
Sebelum saya nyatakan herba-herba khazanah nenek moyang kita dalam mengubati darah tinggi, saya nyatakan disini beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Antaranya;
- Senam 30 minit sehari! Senaman cardio seperti jogging, badminton, berbasikal dll kuatkan otot jantung. Ini kurangkan beban kepada arteri anda.
- Kurangkan garam! Garam nie macam pasir, ia takung air. Dengan itu, isipadu keseluruhan darah akan meningkat dan dengan itu, tekanan darah mengingkat. So take it easy on salt.
- Tingkatkan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik sebanyak 2-5 point.
- Relax. Kurangkan stress dan tenangkan diri paling kurang 30minit setiap hari untuk kurangkan tekanan darah.
- Jaga berat badan Obesity is directly relation dengan peningkatkan tekanan darah seseorang. Amalkan pemakanan dan senaman secara berterusan untuk menjaga berat badan …make sure your weight is kept in check!
- Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- Jangan tidur lewat atau kurang tidur.
Petua dan Herba Merawat Penyakit Darah Tinggi
Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi. Antara kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah;
Petua 1
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2
Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.
Petua 3
Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.
Petua 4
Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.
Petua 5
Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Petua 6
Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.
Petua 7
Seluruh bahagian pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus amat tinggi nilainya dari segi perubatan. Bunganya yang besar berwarna kuning direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Petua 8
Ambil beberapa biji buah belimbing buluh yang masih segar. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
Petua 9
Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.
Petua 10
Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Petua 11
Amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.
Petua 12
Jering juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadikan ia sebagai ulam.
Petua 13
Amalkan meminum air limau nipis.
Petua 14
Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.
Petua 15
Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi. Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.
Petua 16
Daun kayu putih
Ambil daun kayu putih kira-kira segenggam dan di cuci bersih. Rebuskan daun tersebut. Air rebusan daun kayu putih itu boleh digunakan untuk mandi setiap pagi selama seminggu.
Petua 17
Pandan wangi
Ambil daun pandan wangi secukupnya dan di rebus dengan dua gelas air. Air rebusan dibiarkan sehingga menjadi setengah gelas. Setiap kali darah anda naik, minum lah air rebusan daun pandan ini untuk menormalkan kembali tekanan darah anda.
Petua 18
Daun saderi
Amalkan memakan daun saderi sejambak setiap hari. Anda boleh jadikan ia sebagai ulam jika mahu. Anda juga boleh meminum air rebusan saderi dengan cara rebuskan sejambak daun saderi dengan segelas air dn didihkan sehingga menjadi setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan ketika hendak tidur.
Petua 19
Buah belimbing
Mengamalkan makan buah belimbing sebiji setiap hari boleh menormalkan kembali tekanan darah tinggi anda.
Petua 20
Daun belimbing buluh
Ambil kira-kira secupak daun belimbing buluh dan jemur hingga kering. Rebus dengan dua gelas air dan biarkan sejuk semalaman. Minumlah air daun belimbing tersebut sebelum mengambil sarapan pagi anda.
Petua 21
Daun pala
Ambil daun pala kira-kira secupak dan rebus dengan menggunakan secupak air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal separuh. Amalkan meminumnya pada waktu pagi dan malam selama seminggu.
Petua 22
Buah mengkudu
Buah mengkudu yang telah matang di cuci dan dikeluarkan bijinya. Amalkan memakan buah mengkudu ini tiga hari dalam seminggu.
Petua 23
Daun avocado
Ambil lapan helai daun avocado dan rebuskan dengan dua gelas air, biarkan mendidih sehingga tinggal segelas. Amalkan meminumnya sehari sekali sehingga penyakit anda sembuh.
Petua 24
Daun selada
Tumbuk lumat segenggam daun selada, perahkan airnya sehingga mendapat setengah gelas. Minum air perahan itu setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Petua 25
Timun
Jadikan timun sebagai ulambuah timun juga dapat membantu mengurangkan penyakit darah tinggi.
Petua 26
Pucuk gelugur
Rebuskan kira-kira 20 helai daun pucuk gelugur bersama dua gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal ¼ gelas. Minum setiap malam sebelum masuk tidur selama tiga hari berturut-turut.
Petua 27
Akar patawali
Amalkan memakan akar patawali suku inci setiap hari. Harus diingat, rasa patawali adalah amat pahit tetapi ia amat mujarab dalam mengubati penyakit darah tinggi.
Petua 28
Buah epal
Buah epal hijau di bersihkan dan dikukus sehingga pecah dan lembut. Makanlah ia sebiji setiap malam selama seminggu.
Petua 29
Daun kucai
Tumbuk hingga lumat kira-kira secekak daun kucai dan bancuh dengan air sejuk. Perahkan airnya dan minum setiap pagi.
Petua 30
Kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Petua 31
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari
Selamat beramal... mudah-mudahan penyakit darah tinggi anda semakin pulih,
Amin...
1 ulasan:
Mak saya pun biasa amalkan makanan yg sama. Tq info nya. Saya masih carikan mak saya penawar darah tinggi juga.
Catat Ulasan