Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.
Rawatan Alternatif Darah Tinggi
Rawatan Alternatif Melalui Pemakanan:
Bawang putih: Makan bawang putih mentah (1-4 hari) untuk meningkatkan peredaran periferi dan menormalkan tekanan darah.
Minyak zaitun: Ambil tiga sudu besar minyak zaitun dalam makanan untuk mengawal tekanan darah.
Klik : Untuk Mengetahui Herba Tradisional Bagi Darah Tinggi
Rawatan Alternatif Melalui Refleksologi:
Tarik nafas dalam-dalam dan tekan pada bawah kaki iaitu kawasan tulang metatarsal. Setiap kali kawasan metatarsal dipicit anda perlu menghembus nafas dan tarik nafas apabila picitan bawah kaki anda dilepaskan.
Rawatan Alternatif Melalui Yoga:
Amalkan yoga ketika mengalami tekanan darah tinggi. Dalam Yoga kedudukan dan cara penafasan amat penting dalam menurunkan tekanan darah tinggi.
Rawatan Alternatif Secara Islam:
Bahan :
sebiji buah kelapa muda
3 tangkai serai
7 biji halba
Cara Proses Herba:
Masukkan 7 halba dan 3 tangkai serai dalam buah kelapa
letakan buah kelapa atas dapur dan panaskan.
tutup api dan kacau air kelapa dengan serai.
baca beberapa ayat suci Al-Quran iaitu;
Al-Fatihah
Ayat Kursi
Surah Al-Isra' Ayat82
Surah Al-Baqarah Ayat 22
Surah Asy-Syuara Ayat 80
Surah Fusillat Ayat 44
Surah Al-Hasyr Ayat 21
Cara Amal:
Sebiji kelapa diminum 3 kali sehari
Rawatan Alternatif Secara Bekam:
Titik Bekam
1.Migrain/Sakit Kepala/Pening
2.Darah Tinggi/Hypertension
Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W:
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Perut dan usus kecil pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.
Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.
Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.
Rawatan Alternatif Secara Diet:
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Elak pengambilan rokok, alkohol dan kafein.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan