Bulan Muharram bukanlah bulan Rasulullah S.A.W berhijrah tetapi tahun Rasulullah S.A.W berhijrah itu lah yang dijadikan tahun pertama dalam kalendar Islam.
Kalender Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar Al-Faruq R.A.
Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan tarikh bagi Tahun Islam, antaranya adalah;
Mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W,
Ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai Nabi dan Rasul.
Ada juga yang mencadangkan pada tarikh Nabi wafat.
Akhirnya tahun Nabi berhijrah ke Kota Madinah dijadikan tahun pertama dalam kalendar Islam dan bermula dengan 1 Muharam.
1. Muharram 30 hari
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
2. Safar 29 hari
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3. Rabiulawal 30 hari
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
4. Rabiulakhir 29 hari
Bulan kedua musim bunga.
5. Jumadilawal 30 hari
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
6. Jumadilakhir 29 hari
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
7. Rejab 30 hari
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8. Syaaban 29 hari
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9. Ramadhan 30 hari
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
10. Syawal 29 hari
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
11. Zulkaedah 30 hari
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
12. Zulhijah 29/30 hari
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan