Pelik! Tapi itu lah yang berlaku apabila seorang wanita tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang telah meninggal dunia.
Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.
Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.
Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.
"Saya sangat sayangkanya sepenuh hati dan sukar menerima kenyataan dia telah meninggal dunia. Dia kelihatan indah pada hari perkahwinannya dan saya yakin dia pasti sukakannya," katanya.
Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan