Bagi yang pernah menonton filem Haunted Changi, pasti hospital di Singapura ini bukan lagi sesuatu asing.
Hospital yang terletak di Changi ini merupakan sebuah hospital terbiar dan tidak lagi memberikan khidmat serta fungsi kepada rakyat Singapura, lapor Sinar.
Pada asalnya, hospital ini merupakan Hospital Diraja Tentera Udara (RAF) dan kemudian digabungkan dengan Hospital Toa Payoh dan dinamakan semula sebagai Hospital Changi.
Ia kemudian ditutup pada tahun 1997 dan masih ditinggalkan sehingga hari ini.
Menurut sumber tidak rasmi Wikipedia, hospital lama ini dibina oleh kerajaan British pada 1935 untuk menjadi pangkalan tentera bagi tujuan mempertahankan hujung timur (kawasan pesisir) Selat Johor.
Semasa Pendudukan Jepun di Singapura, hospital itu digunakan sebagai hospital ketenteraan dan salah satu tujuan utamanya adalah untuk merawat pegawai tentera Jepun yang cedera.
Ia juga berfungsi sebagai kem penjara utama yang dikendalikan oleh Kempeitai yang terkenal (tentera Jepun Polis, yang juga memainkan peranan polis rahsia).
Kemudahan di hospital kemudiannya dianggap tidak mencukupi dan Changi Hospital telah dipindahkan buat sementara waktu kepada Roberts Barracks.
Hospital itu kembali ke premis asalnya selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pengaturan ini berterusan sehingga Singapura mendakwa kemerdekaan pada bulan Ogos 1965.
Setelah 20 tahun menamatkan perkhidmatan, Hospital Changi kini menjadi salah sebuah lokasi paling menyeramkan di negara itu dan sering menjadi tumpuan pemburu entiti untuk merakamkan aktiviti paranormal di kawasan tersebut.
Terdapat pelbagai khabar angin yang menjadi buah mulut masyarakat Singapura sehingga kini.
Ada yang mendakwa ternampak makhluk halus atau entiti berlegar di sekitar hospital tersebut, bagaimanapun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.
Malah ada juga yang mendakwa wujud beberapa bilik kecil bertingkap sempit dan rantai tebal digantung di dinding, di mana bilik tersebut dijadikan ruang untuk menyeksa tahanan dan banduan.
Antara dakwaan lain termasuk kewujudan terowong bawah tanah yang menjadi laluan para tentera Jepun dan juga bilik rahsia lain yang tidak diketahui fungsinya.
Bagaimanapun, semuanya masih kekal misteri dan Hospital Changi masih tidak berpenghuni sehingga ke hari ini.
Kisah benar Pengalaman Seram di Hospital Lama Changi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan