Alternatif Google Adsense |
Apabila bercakap tentang buat duit dengan blog, Adsense adalah salah satu program yang terbaik. Dengan memasang skrip-skrip adsense di blog, kita akan memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya 100USD setahun.
Bunyi macam senang, tapi sebenarnya susah untuk memperolehi akaun adsense. Bagi blogger yang baru, jangan kecewa kerana selain Adsense terdapat banyak lagi alternatif Google Adsense. Berikut adalah beberapa alternatif Google Adsense 2015 yang terbaik untuk anda mohon.
Media.net
Media.net adalah salah satu alternatif iklan bagi publiser, bentuk iklannya hampir sama dengan iklan Google Adsense. Media.net adalah rangkaian iklan oleh Yahoo! dan bing. Syarat untuk diterima di media.net adalah blog berbahasa inggris. Minimum pembayaran adalah $100.
Nuffnang
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan blog yang ditubuhkan pada Februari 2007. Pengiklan Nuffnang terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran Malaysia seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, RHB dan Nestle. Bayaran dibayar berdasarkan;
CPC = Cost Per Click - dibayar pada setiap click,
CPM = Cost Per Impression - dibayar setiap 1000 impression.
Advertorial - dibayar dengan menulis entri/posting.
Selain itu juga Nuffnang mamberi program eksklusif untuk blogger-blogger yang berstatus Glitterati bagi menghasil pendapatan yang lebih tinggi berbanding ahli biasa
Superlinks
Superlinks adalah salah satu program pengiklanan yang terbaik bagi yang gagal memohon akaun Google AdSense. Jumlah minimum yang untuk ditebus adalah $ 100 dengan melalui PayPal, Payoneer atau Wire transfer. Blog anda perlu mempunyai trafik sekurang-kurangnya 100,000 sebulan sebagai syarat untuk memohon superlink. Superlinks juga menerima penerbit yang dilarang oleh AdSense. Secara keseluruhan, superlink akan menjadi program yang hebat untuk blog anda.
Adversal
Adversal adalah sebuah syarikat periklanan online cost per mile (CPM) di Amerika, sama seperti Google Adsense. Syarat untuk menjadi publisher Adversal lebih mudah dari Google Adsense. Adversal tidak mengkhususkan blog yang berbahasa Inggeris. Page-views blog anda mestilah 50,000 sebulan untuk memohon Pengiklanan Adversal. Jumlah minimum pembayaran adalah $20 melalui PayPal, ACH, Check, atau Wire transfer.
Innity
Innity merupakan antara syarikat pengiklanan internet di Malaysia, dan platform pengiklanan Innity merentasi negara-negara lain seperti Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan China. Antara syarat untuk memohon pengiklan Innity adalah;
Pageviews blog minimum 200,000 setiap bulan
Unique visitors blog minimum 40,000 setiap bulan
Kandungan blog yang berkisarkan hal dewasa atau lucah akan ditolak.
Chitika
Chitika adalah program berorientasikan produk CPC. Kelebihan Chitika adalah Iklan yang paling relevan akan mulai muncul berdasarkan kandungan blog anda dan ini membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak klik. Selain itu anda juga boleh mengedit warna teks, warna URL, warna agar bersesuaian dengan blog anda. Chitika juga mempunyai iklan popup. Jumlah minimum wang yang akan dibayar oleh Chitika adalah $10 melalui Paypal dan $50 melalui cek.
AdEngage
AdEngage adalah platform iklan untuk para blogger. Trafik minimum untuk mendapatkan kelulusan AdEngage adalah 1000 impression sehari. Jumlah minimum adalah $ 50 dan anda boleh mendapat bayaran melalui PayPal, Wire transfer atau cek.
Infolinks
Infolinks adalah Pay per klik iklan rangkaian yang membolehkan anda untuk membuat wang melalui blog anda berdasarkan kata kunci tertentu. Ia tidak menawarkan iklan kontekstual seperti Google AdSense, tetapi sebagai alternatif kepada AdSense; pautan info amat disyorkan. Anda boleh mencampurkan ia dengan rangkaian iklan yang lain untuk meningkatkan pendapatan blog anda. Jumlah minimum yang boleh anda cairkan adalah sebanyak $50 melalui Paypal, Wire Transfer, cek, ACH dan Payoneer.
Skimlinks / Viglink
Skimlinks atau Viglink bagus untuk blog yang ingin menghubungkan dengan perniagaan atau e-dagang. Konsep Viglink dan Skimlinks lebih kurang macam affiliate . Viglink dan Skimlinks secara automatik akan menambah pautan pada perkataan-perkataan dalam blog anda dan anda akan memperolehi bayaran apabila ada pembelian melalui blog anda.
1 ulasan:
If you are looking for an excellent Pay Per Sale ad company, I suggest that you have a look at Click Bank.
Catat Ulasan