Taip Bahan Carian

Selasa, 23 September 2014

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014 (ULANGAN)

upsr leak
Jadual Ujian Bahasa Inggeris, Sains , Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Sumber Asal: LPM

Sumber Asal: LPM


PUTRAJAYA: Lembaga Peperiksaan (LP) hari ini mengesahkan kertas Ujian Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor dan dibatalkan.

Perkara tersebut diumum Ketua Pengarah Pelajaran,  Datuk Dr. Khair Mohammad Yusuf dalam sidang media khas di Putrajaya petang tadi.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah menetapkan tarikh baru bagi kedua-dua kertas ujian tersebut pada 9 Oktober.

Dr Khair berkata, tarikh tersebut diputuskan selepas mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidil Adha serta aspek logistik yang melibatkan percetakan dan pengedaran.

Beliau turut memberi jaminan tiada lagi kes kebocoran soalan mata pelajaran UPSR.

“Kita yakin tidak ada lagi kebocoran, kita dah lakukan siasatan, semua input dan sehingga semalam inilah kertas yang diumumkan berlaku kebocoran, kertas Matematik dan Bahasa Tamil.

“Tindakan akan diambil sekiranya berlaku sebarang  kecuaian kepada tugas yang diberikan mengikut peraturan disediakan,” ujarnya.

Dr Khair menambah, sebagai langkah serta-merta, pegawai dalam Lembaga Peperiksaan turut ditukar.

“Pertukaran ini untuk memantapkan lagi organisasi dan pengendalian, kita sentiasa lakukan tapisan untuk pilih pegawai yang layak,” tambahnya lagi.

Serentak kebocoran soalan UPSR, semua guru besar serta guru diarahkan supaya mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

Sebelum ini, dua kertas soalan UPSR, kertas Bahasa Inggeris dan Sains juga didapati bocor dan perlu diduduki semula 30 September ini. -SUMBER


Rabu, 17 September 2014

5 Bisnes Untuk Suri Rumah

Bisnes di Rumah
Bisnes untuk suri rumah

Bosan dengan aktiviti di rumah yang membosankan? Kini kaum suri rumah boleh memanfaatkan masa lapang dengan mencari pendapatan sampingan dirumah tanpa perlu meninggalkan anak kecil. Sedikit sebanyak ia boleh menambah pendapatan keluarga anda.

Antara bisnes yang boleh dijalankan oleh suri rumah ialah;

1. Membuat kuih
Bagi yang pandai dan minat membuat kuih, ia merupakan peluang bagi anda menambah pendapatan harian. Tak kira lah pandai buat kuih ke, kek ke sandwich ke, nasi lemak ke, asalkan makanan. Anda tak perlu menjaja ke hulu ke hilir, apa yang perlu hanyalah letak jer di warung, kedai, stesen minyak, kantin atau cafeteria. Anggaran keuntungan antara RM10 - RM 30 sehari.

2. Kraf tangan 
Bersyukur jika anda mempunyai kemahiran berkraf tangan. Berbekal dengan bahan-bahan tertentu anda boleh menhasilkan barangan seperti menjahit baju, tudung, membuat boneka, gubahan bunga, beg tangan, bantal, tudung saji, tikar atau anyaman-anyaman tertentu. Anda boleh iklankan kesemua hasil tangan anda laman-laman internet seperti facebook, ummaland, myspace, blog atau di laman forum.


3. Agen insurans 
Menjual produk insurans adalah merupakan aktiviti perniagaan yang cukup mudah. Anda tak perlu modal untuk menjalankannya. Asalkan anda rajin membuka jaringan dan pandai berkomunikasi. Usaha ini mempunyai peluang besar untuk mendatangkan keuntungan. Setiap pelangan yang anda perolehi, anda akan terima komisen setiap kali pelangan anda membuat bayaran pada syarikat insurans. Anggaran komisen yang anda terima adalah RM20 bagi setiap pelangan. Jika anda mempunyai 100 pelanggan yang terdiri dikalangan rakan dan sanak saudara anda, bermakna anda telah mempunyai pendapatan tetap RM2000 sebulan.

4. Menjual produk kecantikan 
Walaupun berstatus ibu rumah tangga, wanita tidak boleh terlepas dari alat solek. Kerana itu, menjual produk seperti kosmetik, jamu atau Royal Collagen boleh menjadi pilihan perniagaan. Jiran, rakan, saudara mara adalah pelangan anda.

5. Menulis 
Bagi suri rumah yang gemar menulis, jadikan ia sebagai salah satu cara untuk memperolehi pendapatan. Penulisan seperti pendapat, cerita fiksyen, resepi masakan ataupun pengalaman dalam mengasuh si kecil. Karya ini boleh anda kirimkan pada majalah ataupun penerbit. Anda juga boleh jadikan hasil karya anda sebagai ebook untuk dijual secara online. Jika rumah anda mempunyai talian internet, anda boleh memuat naik penulisan anda di blog dengan menampal iklan-iklan dari Nuffnang atau Adsense.



Semoga Allah murahkan rezeki anda...Amin.


Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...