Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan digoreng. Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Di Malaysia kacang bendi banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang.
Dalam bendi didapati kaya dengan pelbagai nutrisi, antara nutrisi yang terkandung dalam kacang bendi adalah 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100g bendi.
Tenaga 138 kJ (33 kcal)
karbohidrat 7.45 g
Gula 1.48 g
Serat 3.1 g
lemak 0.19 g
protein 2.00 g
vitamin
Vitamin A equiv. (5%) 36 μg
Thiamine (B1) (17%) 0.2 mg
Riboflavin (B2) (5%) 0.06 mg
Niacin (B3) (7%) 1 mg
Vitamin C (28%) 23 mg
Vitamin E (2%) 0.27 mg
Vitamin K (30%) 31.3 μg
Mineral
Kalsium (8%) 82 mg
Iron (5%) 0.61 mg
Magnesium (16%) 57 mg
Kalium (6%) 299 mg
Zink (6%) 0.58 mg
Air 90.17 g
Khasiat Bendi
Bendi mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan dan merawat penyakit. Antara khasiat bendi adalah;
Mengurangkan Kolesterol
Bendi kaya dengan sumber serat, mineral, dan vitamin oleh itu bendi sesuai untuk menurunkan paras kolesterol dan pengurangan berat badan.
Mengelak Sembelit
Bendi salah satu sumber yang kaya dengan bahan lendir yang dapat membantu dalam proses pencernaan, melincinkan usus dan sekali gus mengelak dari masalah sembelit. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil dan sembelit.
Menyihatkan Kulit dan Mata
Bendi mengandungi vitamin A diperlukan untuk mengekalkan lapisan membran mukus kulit yang sihat dan penglihatan yang tajam. Air rebusan biji, akar dan bunga bendi juga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Selain itu lendir bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
Merawat Ulcer dan Kanser
Bendi mengandungi antioksida yang tinggi seperti beta-karotena, zeaxanthin dan lutein. Dengan pengambilan bendi yang kaya dengan flavonoid ini akan membantu melindungi dari radang paru-paru dan kanser rongga mulut. Ar rebusan biji, akar dan bunga bendi juga boleh diminum untuk mengurangkan ulcer dan radang.
Menguatkan Daya Ingatan
Bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
Membantu Pengidap Diabetes
Bendi mempunyai Glisemik Index yang rendah. Bagi pengidap diabetes pengambilan makanan yang berindek glisemik yang rendah amat digalakkan. Hal ini adalah kerana bendi dapat mengurangkan jumlah glukosa yang diserap oleh makanan melalui saluran pencernaan dan menstabilkan kadar gula dalam darah.
Merawat Buah Pinggang
Kebanyakannya buah pinggang akan rosak apabila diabetes mencapai tahap 2. Kandungan air yang banyak dalam bendi membantu merawat buah pinggang.
Antara khasiat lain yang boleh diperolehi dari kacang bendi adalah;
- Membersihkan atau mencuci hati / lever
- Menenangkan pikiran seperti menghilangkan murung, Sedih, gelisah dll.
- Mencegah dan mengurangi kejang.
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Mengurangi letih disertai lesu
- Meredakan asma
Ramuan Detox Bendi
- Ambil 2 biji sayur Bendi (saiz sederhana) di buang hujung dan pangkalnya belah sebahagian bendi supaya boleh terbuka tetapi tidak terlerai.
- Rendamkan di dalam gelas besar dengan air suhu biasa (bukan air panas atau air sejuk).
- Anda boleh campurkan sedikit perisa seperti perahan lemon atau sehelai daun pudina atau daun stevia (gula stevia)
- Rendamkan bendi pada waktu malam sebelum tidur dan minum air rendaman bendi tadi pada keesokan pagi sebelum bersarapan.
- Sebaiknya tidak memakan atau minum apa-apa selama setengah jam selepas meminum air rendaman bendi tadi.
- Amalkan setiap pagi, Insya-Allah jika di takdirkan penyakit kencing manis boleh sembuh.
Baca Resipi Detox Pembakar Lemak
2 ulasan:
Slm
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Catat Ulasan