Taip Bahan Carian

Rabu, 6 Ogos 2014

Ummaland Laman Sosial Muslim


Tak tahu la saya sama ada facebook ni milik Israel atau tidak... Tapi Mark Zuckerberg memang seorang Yahudi. Tapi mereka mampu membuat risikan, menyekat dan menutup akaun orang-orang Islam. Sebagai contoh, akaun facebook dari Malaysia telah disekat dari melayari Fanpage IDF iaitu laman rasmi facebook Israel Defense Forces. -Link berita

Boikot Sekutu Israel (link)

Kalau nak boikot Facebook ni, rasanya memang payah kot, memandangkan 99% penduduk Islam di Malaysia mempunyai akaun facebook dan facebook juga sinonim dengan kehidupan harian. 

Tak pe, sebagai langkah alternatif dan permulaan jom kita buka semua lagi akaun laman sosial yang dibangunkan oleh orang Islam... iaitu Ummaland.


Ummaland

Ummaland.com adalah sebuah laman sosial yang diasaskan oleh Maaruf Yusupov dari Uzbekistan. Ummaland yang menyerupai facebook ini ditubuhkan khusus untuk muslim-muslim berhubung antara satu sama lain serata dunia dalam urusan dakwah, perniagaan, dan berkenalan. 

Apa yang menarik lagi, anda boleh menjana pendapatan melalui Affiliate Ummaland. Bagaimana untuk menyertai Affiliate Ummaland,,, itu saya tidak tahu. Anda selidik lah sendiri.



Keunikan Ummaland adalah ia lebih menjurus kepada Islamik dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa terbuang dengan memaparkan isi kandungan agama. Antara keunikan toolbar yang terdapat dalam Ummaland ialah;

Academy sebagai Pusat Pembelajaran


Di Ummaland, ada toolbar Academy. Disini anda boleh mempelajari pelbagai benda. Ada yang diberi secara percuma, ada yang perlukan bayaran. Setakat ini ada 17 kursus yang disediakan.

Fundraising


Toolbar ini adalah  untuk mengumpul wang bagi kempen-kempen seperti menyumbang Quran bagi yang tidak berkemampuan, One Women One Nation, dan pembiayaan penghasilan al-Quran Open Source. Sekarang ada lebih kurang 44 buah kempen, dan 4 kempen telah tamat.

Library


Perpustakaan online yang disediakan dalam Ummaland boleh menarik minat bagi sesiapa yang ingin membaca atau berkongsi dokumen bacaan. Antara yang pernah penulis baca adalah Sepak Bola Dalam Islam, Social Networking for Muslims, dan 5 Things To Do Before Sleeping.

Selain itu, turut disediakan Online Quran dan Online Hadeeth untuk rujukan para muslimin dan muslimat.

Videos


Dalam toolbar video memaparkan banyak video-video bacaan hadith, bacaan quran, serta macam-macam perkongsian daripada muslimin lain.


Iklan

Iklan-iklan yang muncul di Ummaland bercirikan Islamik.


Selamat berkenalan sesama muslim di Ummaland.com


1 ulasan:

Blogger berkata...

Are you looking for free Twitter Followers?
Did you know that you can get them AUTOMATICALLY & ABSOLUTELY FREE by getting an account on Add Me Fast?

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...