Taip Bahan Carian

Ahad, 18 Julai 2021

SUMBER PENDPATAN SEBENAR EBIT LEW DIDEDAHKAN SELEPAS RAMAI TANYA MANA DTG DUIT BANYAK2 BERI BANTUAN.



Kisah dan cerita-cerita hebat tentang Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja-kerja kebajikan tidak dapat disangkal lagi.

Bahkan di Malaysia boleh dikatakan Ebit Lew individu yang paling hebat dan paling ke hadapan dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Jika Ebit Lew datang untuk membantu, bukan sedikit-sedikit bantuan yang diberikan. Sehingga ramai terfikir mana datang duit atau dana yang diperolehi beliau?


Profil Ebit Lew

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama IsIam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

................................


Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal IsIam melalui salah seorang gurunya.

Maka bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci IsIam.

Jika anda masih ingat, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew pernah terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Sehinggakan sebelum ini ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tudvhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Tidak senang dengan tudvhan yang diIemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

” Ada golongan-golongan yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit drma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod#h.

” Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot.

” Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard. Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otak jangan sempit sangat.” tulis beliau.

 
Jom kita tengok secara kasar pendapatan Ustaz Ebit Lew

Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers.

Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )

Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Pendapatan dari Youtube pun ribu-ribu

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyiasat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.

 

Ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku yang ditulis oleh Ebit Lew.

Selain itu Ebit Lew juga merupakan seorang penceramah popular, di mana beliau sering dijemput pelbagai syarikat dan agensi bagi memberikan ceramah motivasi.

Anda boleh lihat sendiri betapa ramai orang hadir setiap kali Ebit Lew menjadi penceramah dan semua itu bukan sedikit bayaran.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas


Beliau turut menerima pelbagai pencapaian dan anugerah antaranya:

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M dan Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

Selain itu beliau telah memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.

Beliau juga pernah menjadi penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.

Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.

Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

” Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita, sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat. Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

” Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melharikan lagi insan dermawan seperti beliau.


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...