Taip Bahan Carian

Ahad, 31 Januari 2021

Facebook Masih Boleh Jejak Aktiviti Anda


Viral tentang Facebook merekod aktiviti pengguna di telefon bimbit . Penjejakan aktiviti pengguna bukan hanya untuk maklumat kepenggunaan laman sosial berkenaan tetapi turut merekodkan di luar ekosistem mereka seperti galery gambar, video, maybank2u, cimb click, boost dan sebagainya.

Fungsi berkenaan membolehkan Facebook mengetahui apa yang anda cari di platform laman dagang  malah kepenggunaan untuk aplikasi perbankan turut dikongsi kepada laman sosial terbabit.

Bagaimanapun, pengguna boleh meminimumkan penjejakan aktiviti mereka dengan melakukan beberapa langkah ini.

Pengguna perlu menekan tab pengubahsuaian (Setting) dan memilih 'Setting & Privacy.'

Menerusi tab 'Setting & Privacy' berkenaan, pengguna perlu membuat pilihan 'Settings' dan 'Off-Facebook Activity' serta melakukan pemadaman sejarah termasuk mematikan fungsi penjejakan aktiviti.

Sebaik tetapan itu dilaksanakan, ia mengambil masa 48 jam untuk diaktifkan sepenuhnya dan dalam tempoh itu, Facebook masih boleh menjejaki setiap aktiviti anda.

Selain itu, memadamkan penjejakan aktiviti bukanlah bermakna Facebook tidak boleh mengutip data pengguna sebaliknya ia hanya meminimumkan jejak.

Awal bulan lalu, WhatsApp dikatakan cuba untuk menukar dasar privasi mereka sebelum menerima tentangan yang hebat daripada pengguna dan terpaksa menangguhkan hasrat mereka.



Cara elak facebook dihack

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...