Latar belakang Sayyidina Umar Al Khattab
Saidina Umar dilahirkan di Makkah.Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Saidina Umar berasal daripada bani Adi dan berketurunan bangsawan Quraisy. Saidina Umar dilantik menjadi khalifah pada 13 hijrah selepas kemangkatan khalifah Abu Bakar al-Siddiq melalui wasiat Saidina Abu Bakar dan dipersetujui ramai. Beliau wafat pada usia 63 tahun setelah memerintah selama 10 tahun dan dimakamkan berhampiran Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 1
Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 1 banyak menceritakan tentang zaman muda Sayyidina Umar Al Khattab seperti seorang yang bijak, gagah dan berpendirian yang kuat.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 2
Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 2, menceritakan tentang sejarah awal kedatangan Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 3
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 4
Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 3 dan 4 menceritakan tentang usaha-usaha quraisy untuk menentang Rasullulah S.A.W dan agama Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 5
Dalam episod 5, mempamerkan bagaimana umat Islam terawal diseksa kerana memeluk agama Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 6
Dalam episod 6 menceritakan bagaimana keluarga Ammar ibn Yasir diseksa oleh Abu Jahal. Kedua ibubapa Ammar iaitu Sumayyah binti Khayyat dan Yasir dibunuh oleh Abu Jahal.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 7
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 8
Dalam episod 8 menceritakan tentang Sayyidina Umar memeluk agama Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 9
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 10
Episod 10 menceritakan tentang Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 11
Episod 11 menceritakan tentang Perang Badar
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 12
Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 12 menceritakan tentang cubaan Umair bin Wahab untuk membunuh Rasullulah S.A.W dan akhirnya Umair bin Wahab memeluk agama Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 13
Dalam episod 13 drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang perang Uhud. Dalam perang Uhud, bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dibunuh oleh Wahsyi
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 14
Episod 14 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab mengisahkan tentang Perjanjian Hudaibiyyah.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 15
Episod 15 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Rasullulah menghantar utusan keseluruh pemerintah negara agar memeluk Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 16
Episod 16 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Khalid Al Walid memeluk islam dan penaklukan Islam di kota Mekah
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 17
Episod 17 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Kewafatan Rasulullah S.A.W.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 18
Episod 18 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq .
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 19
Episod 19 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang usaha Abu Bakar as-Siddiq menentang kaum murtad dan nabi palsu.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 20
Episod 20 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Khalid al-Walid
dan Perang Yamamah.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 21
Episod 21 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Pengumpulan Al-Quran dan kejayaan Khalid al-Walid dalam peperangan.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 22
Episod 22 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang kewafatan Saidina Abu Bakar
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 23
Episod 23 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Saidina Umar sebagai khalifah Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 24
Episod 23 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Saidina Umar memantapkan sistem perdagangan mengikut landas Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 25
Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 25 mengisahkan tentang kekalahan tentera Islam dalam Perang Jambatan.
Perang Jambatan berlaku pada bulan Oktober 634 M , berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Tentera Parsi Sassanid di bawah pimpinan Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda, Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini.
Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 25 juga mempamerkan sikap Sayyidina Umar yang menerima teguran dari seorang wanita tentang mas kahwin.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 26
Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 26, menceritakan tentang bagaimana Sayyidina Umar mengurus hal ehwal negara dan bagaimana Sayyidina Umar memilih menantunya. Dalam episod ini juga menceritakan tentang kejayaan tentera Islam menawan Kota Damsyik.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 27
Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 28 menceritakan tentang Perang al-Qadisiyyah dan hal ehwal Sayyidina Umar mengurus negara Islam.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 28
Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 28 menceritakan tentang Perang al-Qadisiyyah di hari ke-3 dan memperolehi kemenangan pada hari ke-4.
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 29
Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 30 (Akhir)
Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod akhir menceritakan tentang wafatnya Abu Ubaidah dan Khalid bin al-Walid. Drama ini ditutupi dengan peristiwa kesedihan yang mana Sayyidina Umar Al Khattab wafat dibunuh oleh Abu-Lu'lu'ah yang beragama Majusi.
...TAMAT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan