Taip Bahan Carian

Rabu, 8 Februari 2017

Vape Meletup Dimulut


Muka terbakar dan hilang tujuh batang gigi apabila e-rokok (vape) meletup.

Andrew Hall bergegas ke unit rawatan rapi dengan kecederaan mengerikan selepas vape yang dihisapnya tiba-tiba meletup.

Dalam kejadian di Idaho, Amerika Syarikat itu, mangsa, Andrew Hall dilaporkan menggunakan tahap kepanasan yang tinggi ketika menyedut asap dari vape berkenaan.

Letupan vape berkenaan bukan sahaja mencederakan mulutnya tetapi turut menyebabkan kebakaran kecil di tandas rumah mangsa.

Sedang Andrew bersiap-siap untuk bekerja sambil menikmati vape apabila tiba-tiba peranti beliau meletup di mukanya meninggalkan dia dengan kecederaan mengerikan.

Doktor di unit rawatan rapi terpaksa mengeluarkan ketulan plastik, gigi dan objek asing dari mulut, tekak dan bibirnya.



Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...