Taip Bahan Carian

Isnin, 2 Januari 2017

Ubat Dan Rawatan Mati Pucuk


Mati pucuk memang sangat ditakuti oleh kaum kelaki. Ini adalah kerana secara umumnya, lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘impotensi’. Mati pucuk ialah kecacatan yang serius yang di mana ia boleh meruntuhkan sesebuah institusi perkahwinan kerana pasangan tidak mendapat zuriat.

Menurut kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pada masa ini lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunction - ED).

Simptom mati pucuk misalnya seseorang lelaki tidak berupaya untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan, ketegangan tidak memadai untuk penetrasi dalam hubungan seks atau ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.


Bagaimana Zakar Menegang

Lelaki yang normal selalunya apabila terangsang, isyarat akan dihasilkan daripada otak dan dihantar ke jantung untuk memberi arahan mengepam darah dengan segera ke saluran darah di bahagian zakar. Ini dibuktikan dengan dengupan jantung anda yang semakin laju dan kuat.

Darah yang dipam akan memasuki saluran darah pada Corpus Cavernosum. Ereksi akan berlaku dan zakar akan menjadi keras.


Faktor Masalah Ereksi

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, antara sebab mati pucuk adalah seseorang itu mengalami penyakit mental (kemurungan dan kebimbangan), kecederaan pada otak dan saraf tunjang, masalah kekurangan paras hormon testosterone, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, penyakit Parkinson, angin ahmar, komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing, kesan sampingan ubat-ubatan, cara hidup yang tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Ubat yang diberikan doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor kesan sampingan sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate) mampu berinteraksi dengan nitrat dan melegakan tekanan darah ke aras berbahaya dan boleh membawa maut.


Cara Atasi Masalah Mati Pucuk

Dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, kita mempunyai pilihan yang pelbagai seperti merawat menggunakan dadah atau ubat-ubatan, terapi suntikan, farmakoterapi melalui saluran kencing dan pembedahan implan zakar.

Jika dilihat pada senario ini, seharusnya masyarakat kita terutama golongan yang berkahwin sewajarnya mengambil serius untuk mengatasi masalah ini dari awal.

Ini kerana dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan menghindari aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, adalah sangat baik seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ dalam konteks kerohanian rumah tangga.


Ubat Tradisional Mati Pucuk.

Terdapat beberapa petua dan cara untuk menangani masalah mati pucuk dari herba semulajadi yang boleh kita kongsi bersama di sini.

1. Lada hitam

Ambil 10 gram lada hitam, 5 gram rizom halia (kupas kulitnya), 15 gram biji kucai, 15 gram biji peria (yang kering), dan gula kabung secukupnya.

Rebus kesemua bahan tersebut dalam 300 ml air dan biarkan sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapiskan dan amalkan meminumnya dua kali sehari iaitu 150ml sekali minum.

2. Halia

Ambil rizom halia sebesar ibu jari, kupas kulitnya, basuh dan parut. Hasil parutan halia itu kemudian dicampur dengan air perahan sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, 1 sudu makan madu dan 1 sudu makan kicap. Amalkan memakan ramuan ini seminggu sekali.

3. Lembah rimba @ kelapa puyuh

Daun dan akar Lembah rimba dibasuh bersih, direbus sehingga air tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum air rebusan tersebut.

4. Ara jalar

Ambil buah ara jalar, belah dua dan keringkan. Apabila telah kering, rebus hingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan minum.

5. Madu lebah Dan Telur Ayam Kampung

Pecahkan telur ayam kampung dalam gelas. Campurkan madu. Kacau ikut arah lawan jam. Minum setiap pagi.

Baca juga: Herba Rawatan Mati Pucuk


Cara Mengelakkan Terjadinya Mati Pucuk

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:

1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...