Taip Bahan Carian

Selasa, 30 Jun 2015

101 Resepi Kuih Raya (Book Reviews)


Salam Ramadan, Hari raya semakin tiba! Kemunculan bulan Syawal pasti disambut meriah dengan baju serba baru, dekorasi rumah yang indah, tapi jangan lupa kuih raya untuk dihidangkan pada tetamu nanti.

Buat Kuih Raya Atau Beli Kuih Raya?

Di zaman sekarang, tak dinafikan atas faktor kesibukan mencari nafkah wang ringgit, ramai yang lebih suka membeli dari buat sendiri kuih raya. Bak kata ozzy2u..'kuih tunjuk'.  Dengan wang RM12 kita boleh dapat 3 jenis kuih raya! Tapi rasa sendiri fikirlah... hehehe sama jer semuanya. yang beza cuma bentuk dan warna. 

Nak yang sedap ada juga, tapi harganya pun boleh tahan, RM30 hingga RM40 bagi satu jenis kuih raya.  Kalau tengok entri benashaari pula...masa bagi 'tester' pada pembeli, SEDAP! tapi bila beli lain pula rasanya...hehehe.. Susah nak cari penjual yang mementingkan kepuasan pembeli dari keuntungan. 

Isu terbaru pula dari wowberita , terdapat kuih raya yang dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan dijual di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit. Entah la betul atau tidak...tapi dalam Sinar Harian, Giant awal lagi nafikan tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China. Tepuk Dada Tanya Selera!

Walau bagaimanapun dalam jutaan orang membeli kuih raya, ada juga yang lebih gemar buat sendiri. Bagi mereka kepuasan apabila melihat tetamu yang datang asik dan berselera menikmati kuih raya. Ada juga yang buat sendiri kuih raya untuk mencari pendapatan sampingan.


Bagi yang ingin buat kuih raya sendiri, boleh dapatkan ebook 101 Resepi Kuih Raya. Ebook ini ditulis oleh Nor Fatin Nadiah iaitu seorang pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA) dalam jurusan Keusahawanan. Semoga penjualan ebook ini membantu menampung dan mengurangkan beban kewangan pengajiannya di samping mengumpul dana melunaskan hutang PTPTN nanti... Amin.

Bilangan halaman ebook ini adalah 123 mukasurat dan mengandungi 101 Resepi Kuih Raya berserta gambar.

 Biasanya ebook Resepi Kuih Raya dijual dengan harga RM50 keatas. Tetapi ebook 101 Resepi Kuih Raya dijual dengan harga RM20 sahaja... Memang murah! 



#resepikuihraya #ebookkuihraya #kuihraya

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...