Taip Bahan Carian

Sabtu, 30 Ogos 2014

Sejarah Paparan Web Yahoo 1994-2014


Yahoo! (yahoo.com) mula dibangunkan pada tahun 1994 oleh dua orang pelajar kolej iaitu David Filo dan Jerry Yang. Projek mereka di Universitas Stanford adalah “Jerry and Dave’s Guide to the World Wide Web” pada 1994.

Pada musim luruh 1994, Yahoo mencecah capaian sejuta sehari, iaitu hampir 100 ribu pelawat unik. Kini Yahoo merupakan salah satu laman tertinggi dilawati di internet, menerima melebihi 345 juta pengunjung setiap bulan.

Yahoo adalah merupakan akronim dari frasa “Yet Another Hierarchical Officious Oracle”.

Yahoo kini berkembang kepada portal talian terbesar, menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video, dan siaranpod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah, dan persendirian. Untuk mengetahui lagi tentang sejarah yahoo, bolehlah layari sejarah-yahoo.blogspot


Berikut adalah paparan laman web yahoo.com pada tahun 1994 hingga 2014

Yahoo! 1994

Yahoo pada asalnya hanyalah sebuah direktori daftar bookmark yang dikatogerikan berdasarkan topik-topik tertentu.



Yahoo! 1996



Yahoo! 2000


Yahoo! 2002


Yahoo! 2005


Yahoo! 2007


Yahoo! 2010


Yahoo! 2011


Yahoo! Julai 2013


Yahoo! Disember 2013


Yahoo! 2014

Untuk melihat sejarah paparan mana-mana laman web seperti google, youtube, atau tv3 bolehlah layari laman WayBackMachine



Isnin, 25 Ogos 2014

Video Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014: Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Hari Kebangsaan 2014



Video Lagu Tema Hari Kebangsaan 2014
'Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta'



Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2014: 
'Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta'

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu


Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga Akhirnya...



Download Lagu Tema Hari Kebangsaan 2014: 
'Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta'




Jumaat, 15 Ogos 2014

Alien Dikesan Di Bulan?


Kelibat berbentuk seperti manusia telah dikesan di bulan. Walaubagaimanapun gambar tersebut disangkal dengan alasan ia adalah hasil gambar yang diedit.

Untuk memastikan gambar palsu atau tidak, anda boleh layari laman Google Earth dengan zoom dalam pada koordinat: 27 ° 34'26.35 "N 19 ° 36'4.75" W.








Rabu, 13 Ogos 2014

10 Tips Cegah Dijangkiti Ebola


Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat merbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Berikut 10 Tips untuk mencegah dari dijangkiti Virus Ebola

1. Sering mencuci tangan. Kita tahu bahawa Ebola merebak dan menjangkiti manusia menerusi cecair tubuh seperti peluh, darah dan air liur. Oleh itu rajin-rajin lah mencuci tangan dengan menggunakan sabun.

2 Hati-hati ketika melawat pesakit Ebola. Meskipun pesakit Ebola sembuh selepas dirawat, virus yang sudah lemah dalam tubuh bekas pesakit masih boleh berpindah ke tubuh individu lain dalam tempoh tujuh minggu. Oleh itu anda perlu menghadkan hubungan dengan keluarga pesakit yang baru melawat pesakit.

3 Hati-hati ketika menziarahi jenazah atau pengebumian pesakit Ebola. Jangan sesekali mencium jenazah, atau menentuh tubuh jenazah.

4 Jangan kenalan dengan haiwan yang mungkin menularkan Ebola seperti babi, cimpanzi, gorila, kelawar, monyet, antelop dan landak.

5. Elak dari masuk ke hutan-hutan di negara yang dijangkiti Ebola seperti Afrika.

6 Jika anda berada di negara dijangkiti Ebola, hadkan perjalanan domestik anda. Bergerak hanya untuk ke tempat yang penting sahaja.

7 Sentiasa ikuti perkembangan maklumat mengenai Ebola di website dipercayai, WHO, Kemenkes RI, dan sebagainya.

8 Jaka terdapat aduan ketika anda berkunjung di negara yang dijangkiti, segera melapor ke petugas kesihatan di negara itu.

9. Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung apabila anda melawat pesakit Ebola atau berada di negara yang diserang virus Ebola.

10. Elak dari makan atau minum di restoran atau tempat awam apabila ada berada di kawasan yang dijangkiti Ebola.





Sabtu, 9 Ogos 2014

Kerajaan Mungkin Menutup Facebook



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.

Antara info yang berkaitan:
http://www.astroawani.com/news/show/kerajaan-sedia-kaji-kewajaran-tutup-facebook-ahmad-shabery-41552
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140809/dn_01/Kerajaan-kaji-kewajaran-tutup-Facebook
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140809/dn_02/Kaji-penutupan-Facebook


Antara penghinaan yang panas dalam media Malaysia ialah;

Hina Agama Islam
Gopinath Jayaratnam, seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebooknya
http://www.mysumber.com/kes-hina-islam-di-facebook-gopinath-jayaratnam-ditahan.html

Chow Jack menhina ibadah puasa, Aidilfitri dan Nabi Muhammad SAW
http://mynewshub.my/main/2014/06/12/lelaki-cina-hina-umat-islam-aidilfitri-di-facebook/

Sally Yen hina Islam
http://denaihati.com/sally-yen-menghina-islam

Alvin dan Vivian hina puasa Ramadan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Wanita Hina Azan Di Facebook
http://katakcomel.my/wanita-hina-azan-seruan-solat-di-facebook/


Hina Agong
Melissa Gooi wanita hina Agong
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article

Pemilik akaun Facebook bernama 'Chandra Lawan Tetap Lawan' hina Agong
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/08/skmm-pdrm-siasat-kes-hina-agong-di.html


JOM beralih ke Ummaland.com





Rabu, 6 Ogos 2014

Ummaland Laman Sosial Muslim


Tak tahu la saya sama ada facebook ni milik Israel atau tidak... Tapi Mark Zuckerberg memang seorang Yahudi. Tapi mereka mampu membuat risikan, menyekat dan menutup akaun orang-orang Islam. Sebagai contoh, akaun facebook dari Malaysia telah disekat dari melayari Fanpage IDF iaitu laman rasmi facebook Israel Defense Forces. -Link berita

Boikot Sekutu Israel (link)

Kalau nak boikot Facebook ni, rasanya memang payah kot, memandangkan 99% penduduk Islam di Malaysia mempunyai akaun facebook dan facebook juga sinonim dengan kehidupan harian. 

Tak pe, sebagai langkah alternatif dan permulaan jom kita buka semua lagi akaun laman sosial yang dibangunkan oleh orang Islam... iaitu Ummaland.


Ummaland

Ummaland.com adalah sebuah laman sosial yang diasaskan oleh Maaruf Yusupov dari Uzbekistan. Ummaland yang menyerupai facebook ini ditubuhkan khusus untuk muslim-muslim berhubung antara satu sama lain serata dunia dalam urusan dakwah, perniagaan, dan berkenalan. 

Apa yang menarik lagi, anda boleh menjana pendapatan melalui Affiliate Ummaland. Bagaimana untuk menyertai Affiliate Ummaland,,, itu saya tidak tahu. Anda selidik lah sendiri.



Keunikan Ummaland adalah ia lebih menjurus kepada Islamik dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa terbuang dengan memaparkan isi kandungan agama. Antara keunikan toolbar yang terdapat dalam Ummaland ialah;

Academy sebagai Pusat Pembelajaran


Di Ummaland, ada toolbar Academy. Disini anda boleh mempelajari pelbagai benda. Ada yang diberi secara percuma, ada yang perlukan bayaran. Setakat ini ada 17 kursus yang disediakan.

Fundraising


Toolbar ini adalah  untuk mengumpul wang bagi kempen-kempen seperti menyumbang Quran bagi yang tidak berkemampuan, One Women One Nation, dan pembiayaan penghasilan al-Quran Open Source. Sekarang ada lebih kurang 44 buah kempen, dan 4 kempen telah tamat.

Library


Perpustakaan online yang disediakan dalam Ummaland boleh menarik minat bagi sesiapa yang ingin membaca atau berkongsi dokumen bacaan. Antara yang pernah penulis baca adalah Sepak Bola Dalam Islam, Social Networking for Muslims, dan 5 Things To Do Before Sleeping.

Selain itu, turut disediakan Online Quran dan Online Hadeeth untuk rujukan para muslimin dan muslimat.

Videos


Dalam toolbar video memaparkan banyak video-video bacaan hadith, bacaan quran, serta macam-macam perkongsian daripada muslimin lain.


Iklan

Iklan-iklan yang muncul di Ummaland bercirikan Islamik.


Selamat berkenalan sesama muslim di Ummaland.com


Jumaat, 1 Ogos 2014

HSBC Ajen Israel?

Apakah hubungan HSBC dengan Israel? 
Apakah HSBC anti Islam?
Apakah HSBC sebuah bank Israel atau Yahudi?
JIKA BENAR... JOM PAKAT TUTUP AKAUN HSBC!


HSBC tutup akaun bank pertubuhan Muslim

UNITED KINGDOM - Bank terkemuka dunia, HSBC Group dilaporkan telah mengeluarkan surat menutup akaun bank beberapa pertubuhan Muslim dan orang perseorangan dipercayai kerana membantah serangan kejam zionis Israel.

Menurut laporan BBC, HSBC telah mengeluarkan surat kepada Finsbury Park Mosque dan organisasi Muslim lain di UK memaklumkan bahawa akaun mereka akan ditutup dengan alasan untuk kawalan pengurusan risiko (risk appetite).

Finsbury Park Mosque menerima surat dari HSBC 22 Julai lalu bagi memaklumkan penutupan akaun secara rasmi pada 22 September depan.

“Bank itu langsung tidak menghubungi kami terlebih dahulu. Tidak beri kami peluang untuk mengatasi kebimbangan mereka.

“Bagi kami ini sangat menghairankan. Kami badan amal yang beroperasi di UK dan semua operasi kami di sini dan kami tidak memindahkan apa-apa wang daripada UK. Semua operasi dibiayai dana dari dalam UK,” kata Pengerusi Masjid, Mohammed Kozbar.

Menurut beliau, tindakan HSBC itu bakal meninggalkan kesan negatif kepada bank tersebut.

“Mereka telah meletakkan kami dalam situasi yang sangat sukar. Ini satu-satunya akaun yang kami ada.

“Kami pasti komuniti akan kecewa dan mungkin menimbangkan untuk menutup akaun mereka dengan HSBC jika pihak bank tidak kembali membuka akaun kami atau setidak-tidaknya memberikan penjelasan,” katanya. -Sumber


HSBC terminates Gaza-linked Islamic charity’s bank account and others

HSBC has written to an array of UK Islamic charitable organizations to inform them their accounts with the bank will be terminated. One such organization has carried out relief work in crisis-stricken Gaza for over a decade.

In formal letters issued to a think tank, a charity and a North London mosque, HSBC claimed continued provision of its services would counter its “risk appetite".

Family members of a man who runs the think tank have also received similar letters from HSBC. But the multinational bank reportedly offered no explanation for its decision to withdraw its banking services in these cases.... Klik untuk terus membaca.

Perlukah Boikot Bank HSBC juga?



Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...