Memang kecewa ! sakit hati! dan geram! bila baju terkena dakwat pen. Tambah-tambah lagi baju yang baru jer beli.
Bukannya apa, sebab dah tahu, dakwat pada baju tu memang tak akan boleh tanggal. memang jawabnya kain buruk lah jadinya atau pun dicampakan kedalam api.
API? oppsss tunggu... masih ada cara untuk tanggalkan dakwat pada baju sama ada cara petua tradisional (macam tak logik tapi cuba jer dulu sebelum campakan baju tu dalam api) atau kaedah moden.
Petua untuk hilangkan dakwat pada baju.
1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
3) Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.
5) Guna barangan cosway iaitu Laundry Pre-Wash. Semburkan Laundry Pre-Wash pada kawasan yang terkena dakwat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.
6) Guna liquid pencuci dynamo. Sapukan liquid dynamo pada tompokan dakwat pada baju, gosok perlahan-lahan. Biarkan seketika. dan cuci baju tersebut seperti biasa.
7) Guna Vanish. Sapukan campuran Vanish Power O2 Powder dan Vanish Power Gel, atau Vanish Power O2 Powder dan Vanish Power Liquid. Gosok pelahan-lahan pada tompokan dakwat dan biarkan seketika. Larutkan 1sudu Vanish Power O2 Powder dalam air suam (max 40°) . Rendamkan baju tersebut semalaman. (Jangan gunakan pada sutera).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan