Taip Bahan Carian

Ahad, 11 Mei 2014

Canggihnya Teknologi Mouse Scanner



Mouse Scanner ialah sebuah tetikus (mouse) dan juga berfungsi sebagai pengimbas (scanner). Mouse scanner mampu melakukan scanning pelbagai dokumen dengan pelbagai saiz semudah anda menggunakan tetikus.

Apa yang boleh anda lakukan dengan mouse scanner?

  • Mengimbas dokumen.
  • Mengedit gambar dan logo
  • Mengedit jadual,
  • Mengedit teks
  • Membaca buku dalam pelbagai bahasa.


Mouse Scanner yang dilengkapi dengan pengeditan OCR ( Optic Character Recognition ) , membolehkan anda mengedit dan menukar tulisan lalu menyimpannya dalam format dokumen seperti gambar (jpg), PDF , Excel , dan Word. Selain itu anda juga boleh terus share dokumen tersebut ke Facebook atau Ttwitter dan Flickr.




Hebat! Sesuai untuk designer, editor photo, editor majalah, guru dan juga pelajar dalam menghasilkan tugasan (assignment). :)

Mouse Scanner juga menyediakan ciri zoom serta tatacara / editing gambar sederhana , misalnya menetapkan kontras dan kecerahan gambar hasil scan . Anda juga menukar warna background gambar , melakukan putaran gambar dan melakukan crop atau memadam sebahagian gambar hasil scan tersebut .

Cara menggunakannya cukup mudah , anda cukup menekan butang scan di samping tetikus sebelah kiri menggunakan ibu jari , maka anda sudah memulakan melakukan imbasan pada dokumen anda . Hasil gerakkan tetikus merupakan proses imbasan yang boleh langsung dilihat di skrin monitor .

Video di bawah ini akan lebih mudah difahami bagaimana cara menggunakan LG tetikus pengimbas ini .



Teks yang anda copy boleh diterjemah dalam bahasa Malaysia. 
Ini bermakna anda mampu membaca segala buku dalam pelbagai bahasa dengan mouse scanner..hehehe


Klik Untuk Lihat Spesifikasi mouse scanner









Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...