Taip Bahan Carian

Ahad, 2 Disember 2012

Khasiat bertih jagung sebagai antioksida


Bertih jagung dikatakan antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi lebih banyak bahan antioksida yang dipanggil folifenol daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut Profesor kimia di Universiti Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, Dr. Joe Vinson, folifenol ialah sejenis antioksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh.

Apa yang lebih mengejutkan, para penyelidik memberitahu bahagian atas bertih jagung yang tidak digemari orang ramai kerana mudah terperangkap di celah gigi-gigi sebenarnya mengandungi kepekatan tertinggi folifenol dan serat.

Begitupun, Vinson menjelaskan bertih jagung tidak boleh menggantikan buah-buahan dan sayur-sayuran segar memandangkan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi tidak wujud dalam bertih jagung.

Selain itu, Bertih jagung juga dikatakan baik untuk kanak-kanak kerana ia dapat membina tulang, otot, tisu, membantu pencernaan, dan adalah baik untuk gigi.

Kandungan nutrisi dalam bertih jagung
Besi 2.7 miligram
Fosforus 2.8 miligram
KALSIUM 11 miligram
Kalori 404 miligram
protein 12.7 miligram
Thiamine (B1) 0.39 miligram
Riboflavin (B2) 0.12 miligram
niasin 2.2 miligram

p/s: Sememangnya buah-buahan segar adalah sumber vitamin yang baik.
 

Sumber:




Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...