Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui pautan dibawah.
Download BORANG BR1M 2.0
Untuk Memohon BR1M secara online layari web hasil.gov.my
Untuk lihat panduan mengisi borang BR1M 2.0 lihat di sini - Panduan Pengguna
Sebelum tu, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu;
Isi rumah yang layak (RM500)
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
- Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama)
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
Individu yang layak (RM250)
- Warganegara Malaysia
- Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran
Semoga berjaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan