Taip Bahan Carian

Khamis, 12 Disember 2013

Diet Atkins (Diet Karbohidrat)

Memiliki badan yang lansing merupaka impian setiap wanita. Sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Cukup dengan Diet!

Diet Atkins dipopularkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Menurutnya, dengan meningkatkan penggunaan makanan yang banyak kandungan protein dan tidak memakan karbohidrat sama sekali selama dua hari pada minggu pertama diet dan selepas itu baru boleh mengambil karbohidrat dalam jumlah sedikit, membuat berat badan seseorang boleh dikurangkan cepat. Dr. Atkins menjanjikan kalau diet ini akan membuat si pelaku diet menurunkan berat badannya tanpa merasa lapar.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. 

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet 
itu buat masa yang lama. 

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. 

Mekanisma Diet Atkins 


Tubuh badan kita menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama dalam melakukan kerja harian. Karbohidrat akan dicerna di saluran pencernaan menjadi bahan asas seperti glukos yang sering kita panggil sebagai gula. Glukos akan menyerap ke dalam sistem darah dan dikawal-atur oleh hormon yang digelar sebagai insulin. 

Apabila kita makan, kandungan glukosa akan meningkat dan insulin akan menjalankan peranannya untuk mengawal kandungan glukos supaya tidak terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Glukos akan digunakan sebagai tenaga untuk melakukan kerja harian.

Glukos yang berlebihan akan ditukarkan kepada glykogen. Walaubagaimanapun, kapasiti glykogen tidaklah besar, maka glukos yang tidak dapat ditukarkan akan disimpan sebagai lemak. Lemak mempunyai kapasiti yang sangat besar, dan anda boleh lihat bagaimana seseorang boleh menjadi sangat gemuk disebabkan pemakanannya. 

Apabila kita mengamalkan diet rendah karbohidrat, tubuh badan kita akan mencari sumber tenaga kedua iaitu lemak. Badan anda akan menukar sistem daripada penggunaan glukos kepada lemak sebagai tenaga. Hasilnya, anda akan mengalami penurunan berat badan hasil dari pembakaran lemak untuk digunakan sebagai tenaga dalam aktiviti harian kita. 

Diet Atkins mempunyai 4 fasa.
1. Fasa Induksi
2. Fasa OWL (Ongoing Weight Loss)
3. Fasa Pra-Pemeliharaan (Pre-Maintenance)
4. Fasa Pengekalan Sepanjang Hayat (Life Time Maintenance)

Fasa Diet Atkins Secara Ringkas


Fasa Induksi
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Makanan yang dibenarkan dalam Fasa Induksi Makanan yang bersumberkan protein seperti Daging, Ayam, Telur, Ikan , Tempeh, dan Taufu . Makanan bersumberkan protein mempunyai kandungan karbohidrat yang sedikit ataupun tiada. Fasa ini juga tidak mengehadkan kandungan lemak dalam makanan anda. Beberapa sumber lemak yang dibolehkan dalam fasa ini ialah Minyak zaitun, Butter, Mayonis, Minyak kelapa, dan Minyak kanola .

Fasa OWL (Ongoing Weight Loss)
Pada fasa ini, anda boleh mula menambah variasi makanan anda. Anda boleh tambah beri dan kekacang. Pada masa ini anda boleh secara perlahan-lahan menambah karbohidrat sebanyak 5 gram dalam satu masa sehingga sampai satu tahap berat anda masih lagi mengalami penurunan. Ia digelar, Tahap Karbohidrat Untuk Kurang Berat/ Carbohydrate Level for Losing (CLL). Biasanya anda akan berada dalam fasa ini sekiranya tinggal lagi 5 kg berat sahaja yang ingin anda kurangkan.

Fasa Pra-Pengekalan (Pre-Maintenance)
Fasa ini, anda boleh meluaskan lagi variasi makanan anda termasuklah buah-buahan, sayuran, dan bijirin. Anda juga boleh menambah karbohidrat sebanyak 10 gram dalam satu masa. Apabila anda telah mencapai matlamat berat anda. Anda sudah tahu berapa banyak pengambilan karbohidrat yang mengurangkan, mengekalkan, dan juga yang menyebabkan penambahan berat badan.

Fasa Pengekalan Sepanjang Hayat (Life Time Maintenance)
Seperti yang dinyatakan, fasa ini adalah fasa yang terakhir di mana anda perlu mengekalkan gaya pemakanan anda selama mana yang mungkin. Mungkin sehingga akhir hayat anda. Anda sudah pun mencapai berat yang diinginkan dan mahu memastikan ia tidak bertambah semula disebabkan tabiat pemakanan lama.

Untuk Panduan Diet Atkins yang lengkap seperti Jadual pemakanan dan Menu makanan mengikut fasa, boleh diperolehi dari ebook dibawah.


Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Diet Atkins !!! Minta nasihat Doktor anda sebelum mengamalkan diet ini.




2 ulasan:

Shima Zahar berkata...

info yang bagus.. happy atkins

p/s:.. saya mengikuti semua panduan atkins. apa yang boleh dan apa yang tak boleh.. semasa induction saya buat selama 2 bulan.. pemakanan seperti ikan keli dan ikan patin tu semua.. saya cuma makan ikan sahaja.. kuah nya saya tak ambik.. saya ikut mcm mana faz fazrin makan.

Blogger berkata...

With bistroMD you will know that you will not only receive tasty meals, but that every meal and every day in bistroMD's weight loss programs will be balanced to bistroMD's designed nutritional platform to promote an healthy diet.

STEP 1 - Select one of the weight loss plans for 5 or 7 days of meals.
STEP 2 - Overview your menu before ordering and pick the entrees you prefer for each day and week.
STEP 3 - Order your weight loss plan.
STEP 4 - Your meals are delivered to your door.

ORDER NOW - home delivery.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...