Taip Bahan Carian

Jumaat, 16 Disember 2016

Tiba-Tiba Bertukar Siang Di Russia


Pada 6 Disember, penduduk di Siberia dan sekitar Khakassia, Russia semalam menyaksikan satu fenomena luar biasa apabila sebutir meteor melintasi ruang udaranya menyebabkan malam bertukar siang untuk seketika.

Dalam rakaman yang disiarkan semalam, meteor itu dilihat terbang melintasi bandar Sayanogorsk.

Menurut pihak berkuasa tempatan sebahagian daripadanya mendarat di lembah berdekatan Babik.

Meteorit adalah zarah debu dan batu yang berjaya melalui atmosfera dan jatuh ke permukaan bumi. Saintis menganggarkan bahawa ia hanya antara 10 dan 15 meter diameter.

Video Meteor lintas angkasa Russia



Selasa, 13 Disember 2016

Objek Aneh Di Pantai Muriwai


Sebuah objek aneh dan misteri ( Muriwai Monster ) terdampar di pantai Muriwai, New Zealand telah mencetuskan perdebatan hangat dan spekulasi tentang asal-usulnya di media sosial apabila gambar itu dikongsi Melissa Doubleday di Facebooknya.

Melissa mencatatkan di kapsyen gambar itu dengan pertanyaan: "Hanya ingin tahu jika sesiapa tahu apa ini, terdampar di Pantai Muriwai?" tulisnya yang dipetik The Telegraphy.

Pertanyaan itu dikomentar oleh Kathleen Keer yang mengatakan itu merupakan 'kapsul makhluk asing'.

Manakala menurut Nick Vitasovich pula mengatakan bahawa benda itu merupakan remis raksasa.

Dan selepas diamati ramai komentar yang menganggap kemungkinan besar objek itu adalah sepotong kayu yang telah ditutup dengan remis jenis goosneck.






Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...