Taip Bahan Carian

Sabtu, 25 Julai 2015

Khasiat Buah Naga

Khasiat Buah Naga
Buah Mata Naga, Buah Naga, Pitaya ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam.

Buah naga adalah sumber  makanan berkhasiat yang  semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga biasanya di pasaran dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air yang tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandungi kadar gula mencapai 13-18 briks.

Secara umum, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan kadar nutrisi yang tinggi seperti potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan dan bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

Khasiat Buah Naga

  • Isi buah naga putih dan merah boleh dimakan segar dan boleh dibuat kordial dan jem.
  • Buah naga kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisme badan.
  • Kulitnya boleh dijadikan pewarna makanan semula jadi (natural food colours), pengemulsi (emulsifier), pemekat (thickener), pentekstur (texturiser) dan penstabil (stabiliser) dalam makanan.
  • Kajian terbaru melaporkan buah naga mengandungi pektin 20% daripada berat kering ataupun rendah kandungannya berbanding dengan epal (12%) dan limau (25%).
  • Kajian juga mendapati ekstrak kulit buah naga merah berpotensi menghalang pertumbuhan sel tumor.
  • Komponen bioaktif seperti enzim pada bunga dan daunnya boleh digunakan sebagai minyak wangi dan produk perawatan diri.
  • Buahnya yang mengandungi mineral kalsium dan fosforus berfungsi untuk menguatkan tulang, mencegah osteoporosis serta zat besi yang dapat mencegah anemia.
  • Protein, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung dalam buah naga berperanan dalam pemeliharaan, pertumbuhan dan metabolisme tubuh badan.
  • Buah ini juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan radang saraf, membantu proses detoksifikasi, mencegah infeksi mulut, mencegah pendarahan dan mengubati keputihan.
  • Kajian yang telah dijalankan menunjukkan buah naga dapat meningkatkan penglihatan mata dan mengawal gula. Biji buah naga pula dapat membantu mengawal kadar gula pesakit diabetis, mengurangkan perut buncit dan masalah endokrin.

Panduan 
Cara Penanaman Buah Naga



Isnin, 13 Julai 2015

Versi Cerita Pergaduhan Di Plaza Low Yat








Macam-macam versi cerita pasal pergaduhan di Plaza Low Yat.

Versi 1.

Seorang pemuda curi telefon bimbit... kena tangkap dan dibawa ke balai polis. Bila pemuda tersebut dibebaskan, dia bawa kawan-kawan serang kedai telefon tersebut.


Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.

See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.

Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi. Sumber


emmm tapi pelik juga, gila apa dah curi, kena tangkap,,, datang serang pula? Mabuk ketum ke hilang akal? Entah lah... biarlah polis yang siasat... kalau peniaga tersebut buat keterangan palsu... siap sedialah dengan akta yang berkaitan dengan memberi laporan palsu.


Versi 2

Seorang pemuda beli telefon bimbit. Apabila pulang ke rumah pembeli dapati telefon yang dibelinya adalah telefon palsu bukan original. Pembeli pergi semula ke kedai dan minta tukarkan dengan telefon yang original. Akibat dari sikap seller yang tidak layan tuntutan pembeli tersebut, pembeli merasa marah dan rampas telefon yang original. Seller menuduh pembeli tersebut mencuri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan. Sudah lah ditipu! dituduh pula mencuri! Akibat marah yang teramat, setelah pemuda tersebut dibebaskan polis, pemuda bersama rakan-rakannya menerang kedai tersebut dan membelasah seller. Peniaga-peniaga lain yang melihat insiden tersebut beramai-ramai memukul kumpulan pemuda yang menyerang.





Versi mana yang betul? Wallahu a’lam..biarlah polis siasat dengan adil.


Polis akan ambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh, ini tiada kaitan dengan kaum, cuma dua pihak yang bergaduh," tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat. siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sumber


Video Pergaduhan Di Plaza Low Yat










Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...