Taip Bahan Carian

Sabtu, 1 Julai 2017

Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab

Latar belakang Sayyidina Umar Al Khattab 



Saidina Umar dilahirkan di Makkah.Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Saidina Umar berasal daripada bani Adi dan berketurunan bangsawan Quraisy. Saidina Umar dilantik menjadi khalifah pada 13 hijrah selepas kemangkatan khalifah Abu Bakar al-Siddiq melalui wasiat Saidina Abu Bakar dan dipersetujui ramai. Beliau wafat pada usia 63 tahun setelah memerintah selama 10 tahun dan dimakamkan berhampiran Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.


Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 1



Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 1 banyak menceritakan tentang zaman muda Sayyidina Umar Al Khattab seperti seorang yang bijak, gagah dan berpendirian yang kuat.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 2


Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 2, menceritakan tentang sejarah awal kedatangan Islam.





Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 3



Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 4


Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 3 dan 4 menceritakan tentang usaha-usaha quraisy untuk menentang Rasullulah S.A.W dan agama Islam.







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 5



Dalam episod 5, mempamerkan bagaimana umat Islam terawal diseksa kerana memeluk agama Islam.







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 6



Dalam episod 6 menceritakan bagaimana keluarga Ammar ibn Yasir diseksa oleh Abu Jahal. Kedua ibubapa Ammar iaitu Sumayyah binti Khayyat dan Yasir dibunuh oleh Abu Jahal.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 7




Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 8



Dalam episod 8 menceritakan tentang Sayyidina Umar memeluk agama Islam.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 9


Episod 9 menceritakan tentang kaum kafir Quraisy memboikot kaum Muslimin






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 10



Episod 10 menceritakan tentang Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 11



Episod 11 menceritakan tentang Perang Badar






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 12



Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 12 menceritakan tentang cubaan Umair bin Wahab untuk membunuh Rasullulah S.A.W dan akhirnya Umair bin Wahab memeluk agama Islam.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 13



Dalam episod 13 drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang perang Uhud. Dalam perang Uhud, bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dibunuh oleh Wahsyi







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 14



Episod 14 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab mengisahkan tentang Perjanjian Hudaibiyyah.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 15



Episod 15 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Rasullulah menghantar utusan keseluruh pemerintah negara agar memeluk Islam.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 16




Episod 16 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Khalid Al Walid memeluk islam dan penaklukan Islam di kota Mekah







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 17


Episod 17 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Kewafatan Rasulullah S.A.W.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 18


Episod 18 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq .







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 19




Episod 19 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang usaha Abu Bakar as-Siddiq menentang kaum murtad dan nabi palsu.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 20



Episod 20 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Khalid al-Walid
dan Perang Yamamah.







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 21




Episod 21 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Pengumpulan Al-Quran dan kejayaan Khalid al-Walid dalam peperangan.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 22




Episod 22 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang kewafatan Saidina Abu Bakar






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 23


Episod 23 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Saidina Umar sebagai khalifah Islam.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 24




Episod 23 dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab menceritakan tentang Saidina Umar memantapkan sistem perdagangan mengikut landas Islam.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 25


Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 25 mengisahkan tentang kekalahan tentera Islam dalam Perang Jambatan.

Perang Jambatan berlaku pada bulan Oktober 634 M , berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Tentera Parsi Sassanid di bawah pimpinan Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda, Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini.

Dalam drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 25 juga mempamerkan sikap Sayyidina Umar yang menerima teguran dari seorang wanita tentang mas kahwin.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 26



Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 26, menceritakan tentang bagaimana Sayyidina Umar mengurus hal ehwal negara dan bagaimana Sayyidina Umar memilih menantunya. Dalam episod ini juga menceritakan tentang kejayaan tentera Islam menawan Kota Damsyik.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab  Episod 27


Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 28 menceritakan tentang Perang al-Qadisiyyah dan hal ehwal Sayyidina Umar mengurus negara Islam.







Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 28


Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 28 menceritakan tentang Perang al-Qadisiyyah di hari ke-3 dan memperolehi kemenangan pada hari ke-4.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 29


Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod 29 menceritakan tentang Sayyidina Umar ke Baitulmuqaddis dan bersembahyang di Masjid Al-Aqsa. Dalam siri ke-29 juga menceritakan tentang usaha Sayyidina Umar untuk mengelak berlaku rasuah dalam pemerintahan dengan meminta gabenor-gabenor di negara Islam mengisytiharkan harta masing-masing. Pada tahun 17 hijrah Tanah Arab mengalami kemarau dan diikuti dengan kebuluran. Sayyidina Umar Al Khattab melakukan solat minta hujan.






Drama Bersiri Sayyidina Umar Al Khattab Episod 30 (Akhir)


Drama bersiri Sayyidina Umar Al Khattab episod akhir menceritakan tentang wafatnya Abu Ubaidah dan Khalid bin al-Walid. Drama ini ditutupi dengan peristiwa kesedihan yang mana Sayyidina Umar Al Khattab wafat dibunuh oleh Abu-Lu'lu'ah yang beragama Majusi.

...TAMAT...

Selasa, 6 Jun 2017

Minuman Terbaik Untuk Berbuka Puasa


Lapar, letih dan dahaga adalah perkara biasa bagi seseorang yang menunaikan ibadah puasa.
Berikut adalah beberapa menu minuman untuk berbuka puasa yang dapat memberi kesegaran dan tenaga untuk menunaikan ibadah di bulan puasa.

Cendol


Cendol yang diperbuat daripada tepung yang mengandungi kabohaidrat dapat memberi tenaga setelah seharian berpuasa. Gula merah memberi tenaga selain itu gula merah dapat membersihkan pembuluh darah, melancarkan sistem pencernaan, dan mencegah anemia. Menurut Men 's Health, bahawa santan mempunyai kesan yang cepat untuk mengenyangkan.


Air Kelapa Muda.


Air kelapa bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tapi dapat memberi kesegaran pada tubuh badan dengan cepat. Kandungan elektrolit pada air kelapa muda dapat mengembalikan cairan tubuh setelah terhidrat sepanjang hari berpuasa.


Jus Buah-buahan



Jus buah amat popular dijadikan sebagai menu minuman berbuka puasa. Jus buah-buahan seperti buah naga, avokado, tembikai, nanas, strawberi dan buah-buahan tropika lain mengandungi vitamin yang dapat mengembalikan keperluan nutrisi pada tubuh anda. Sesuai untuk yang sedang berdiet kerana jus buah dapat mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.

Berikut adalah resipi jus untuk panduan anda.

Carrot + Ginger + Apple
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan.

Apple + Timun + Saderi
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

Tomato + Carrot + Apple
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

Peria + Apple + Milk
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

Orange + Halia + Timun
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.

Nanas + Epal + Tembikai
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.

Apple + Timun + Kiwi
Untuk mencerahkan warna kulit .

Pear & Banana
mengawal kandungan gula.
Carrot + Apple + Pear + Mango
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaanawet muda !

Honeydew + Grape + Tembikai + Susu
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan

Betik + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.

Pisang + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit


Cincau.


Cincau bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan, Salah satunya cincau dapat mengembalikan fungsi metabolisme tubuh dan melancarkan sistem pencernaan. Kandungan klorofil yang mudah diserap dalam aliran darah juga berfungsi sebagai zat antioksida yang tinggi.


Susu


Sememangnya semua orang tahu bahawa susu mengandungi kalsium dan protien yang tinggi. Kandungan protien yang tinggi dapat memberi anda tenaga sepanjang hari berpuasa. Anda juga boleh menambahkan cincau ke dalam segelas susu anda untuk rasa yang lebih sedap.


Jus Kurma


Buah kurma atau tamar amat popular setiap kali menjelang Ramadan. Buah kurma dapat memberi tenaga yang cepat untuk tubuh badan. Hal ini adalah kerana kandungan gula (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Bagi mempelajari cara menyediakan jus kurma anda boleh layari di https://siraplimau.com/cara-buat-jus-kurma-susu-puasa.


Dah Ada Idea Untuk Pakai Raya Tahun Ni Ke? 

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...