Taip Bahan Carian

Isnin, 10 September 2012

Maharaja Lawak Mega 2012






Maharaja Lawak Mega 2012

Pertarungan pelawak-pelawak terkemuka negara bakal kembali dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Kali ini Maharaja Lawak Mega 2012 membawa kelainan apabila 27 pelawak akan bersaing dalam undian Online bagi memilih 3 pelawak dengan undian tertinggi yang bakal menyertai pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012 nanti.
3 Tertinggi Bakal Terpilih Ke Maharaja Lawak Mega 2012!

Undian terbuka secara online ini akan bermula pada 5 September 2012 jam 6 petang hingga 17 September 2012 jam 12 tengah hari. Pengundi perlu mengundi di laman web rasmi Maharaja Lawak Mega 2012 di www.maharajalawakmega.com.my. Untuk mengundi pula, pengundi perlu mendaftar di laman sosial Facebook sebelum undian dilakukan.

Pengundi boleh membuat hanya satu undian bagi setiap pelawak setiap hari. Sekiranya mereka sudah mengundi hari ini, mereka boleh mengundi semula pada hari berikutnya. Paparan jumlah undian bagi setiap pelawak akan dipaparkan di laman web Maharaja Lawak Mega 2012 sepanjang tempoh undian dibuka.

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi pelawak-pelawak pilihan anda untuk ditempatkan sebaris dengan pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Jom undi sekarang!



Video antara calon Maharaja Lawak Mega 2012
 
Antara Calon-Calon Maharaja Lawak Mega 2012
Jom

Sabtu, 1 September 2012

Charlie Naysmith antara budak yang terkaya

Sebut sahaja muntah... eiiiiiwek! Memang menggelikan.
Tapi terbaru, seorang budak lelaki England telah menjadi jutawan dengan muntah ikan paus.


Budak yang bertuah ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan. Tahukah anda bahawa batu yang ditemuinya itu adalah muntah ikan yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut. Ia juga dikenali sebagai "Paus Sperma" adalah salah satu ramuan minyak wangi mahal.

Muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.

Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika .



'Muntah paus' atau 'paus sperma' atau 'Floating Gold' adalah Ambergris iaitu merupakan bahan dasar parfum yang telah dikenal sejak berabad-abad lalu, mulai dari peradaban Romawi kuno hingga di China. Sayangnya ambergris tak pernah lagi digunakan untuk pewangi, kerana melanggar undang-undang. Hal ini disebabkan ambergris sebenarnya merupakan muntahan dari paus sperma atau Sperm Whale.


Muntahan ini disebabkan keadaan pencernaan paus yang kurang baik, sehingga makanan yang tengah dicernanya keluar lagi. Maka dari itu ambergris sebenarnya diperbuat dari haiwan laut berukuran kecil seperti sotong, ikan, plankton dan sebagainya. Ambergris kemudian akan keluar dari tubuh paus dan dengan bantuan sinar matahari dan air laut lama kelamaan, ambergris berubah bentuk seperti batuan yang agak lembut dengan wangi yang harum.



VIDEO

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...