Nak jual emas tapi tak tahu cara... Apabila terdesak untuk mendapatkan wang, pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita yang membuat keputusan untuk menjual emas yang dimiliki. Namun dalam masa yang sama, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu cara untuk menjual emas serta tempat terbaik untuk jual emas. Jom kita tengok cara dan tempat terbaik jual emas.
Berikut adalah cara mudah jual emas dan tempat terbaik jual emas. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Nak jual emas, kena tahu kat mana tempat boleh jual.
1. Jual Kepada Pengedar Emas
Pengedar emas biasanya akan membeli emas dengan harga yang melebihi harga belian syarikat emas. Namun, sekiranya harga emas tengah menaik, pengedar-pengedar emas ini takut untuk membeli emas kerana risiko mengalami kerugian jika harga emas jatuh.
Bagi anda yang ingin menggunakan cara ini, dinasihatkan untuk mendapatkan pengedar emas yang diyakini dan dipercayai oleh ramai pihak, agar tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
Tempat jual emas seperti pengedar: Cari pengedar emas yang dipercayai di kawasan berhampiran anda atau kenalan anda.
2. Jual Melalui Online
Kini terdapat pelbagai jenis platform untuk menjual emas secara online. Antaranya adalah melalui media sosial dan juga website-website jual beli emas yang diyakini ‘trusted’ oleh pihak kerajaan. Cara jual emas melalui online ini amat pantas dan merupakan pilihan jual emas yang paling popular buat masa ini.
Tempat jual emas secara online:
PG-Jewel ,
dan sebagainya.
3. Jual Secara Terus Kepada Rakan Dan Kenalan
Bagi anda yang memiliki rakan atau kenalan yang suka membeli emas, anda boleh menjual terus kepada mereka. Cara ini sememangnya lebih selamat kerana kita mengetahui dengan jelas pihak yang berurusan dengan kita.
Selain itu, cara ini juga akan mendapat ‘win-win situation’ kerana kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dari segi keuntungan dan bebas daripada cukai. Rakan dan kenalan adalah orang yang kita kenal dan rapat berbanding medium lain, ia lebih mudah kerana boleh bersoal jawab dan berterus terang bagi mendapatkan kefahaman antara satu sama lain.
Tempat jual emas: Kenalan dan Kawan-kawan
4. Jual Kepada Syarikat Yang Sama
Selain jual emas dengan cara yang telah dinyatakan, cara mudah untuk menjual emas juga adalah dengan menjualnya kepada syarikat emas yang sama. Dengan menjual kepada syarikat yang sama, ia sangat senang diuruskan dan dapat mengelakkan daripada harga emas tersebut dipotong.
Sekiranya anda menjual emas kepada syarikat yang berbeza, pasti akan berlaku pemotongan harga kurang daripada 15%. Oleh itu, gunakan syarikat yang sama supaya kita boleh gunakan kelebihan yang diberikan.
Kesimpulannya, sebelum menjual emas, pastikan anda membandingkan harga emas yang ingin dijual dan pilih nilai belian harga yang paling tinggi. Namun, disarankan agar menjualnya kepada pihak yang dipercayai oleh masyarakat agar tidak terperangkap dengan skim penipuan yang semakin berleluasa saban hari. Oleh itu, semasa dalam menjual emas, jangan tamak dan jadilah pengguna yang bijak.
Menjual emas juga sebaiknya adalah pada tempoh yang tepat iaitu ketika harga emas naik tinggi. Tetapi tiada masalah jika kita terdesak perlukan wang atau ingin menukar kepada wang. Pilihlah tempat terbaik untuk jual emas yang bersesuai dengan situasi kita.
Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun mengeluarkan buku sulung kami yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’.
Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku Malaysia Melabur ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan