Taip Bahan Carian

Ahad, 28 April 2019

Panduan Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan LHDN

Panduan Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan LHDN

Musim bayar cukai kini kembali. Kemaskini, kalau ada rezeki dapat balik duit lebihan cukai. Berikut dikongsikan panduan lengkap cara isi eFiling LHDN bagi pengiraan cukai pendapatan tahunan semasa 2018 / 2019 / 2020.

Sebagai  pembayar cukai, pastikan anda tidak terlepas pandang 21 senarai pelepasan cukai 2019 yang dimaklumkan oleh LHDN.

eFiling boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun. Setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

EFILING LHDN

Sedikit pengenalan tentang eFiling LHDN.

Sistem tersebut bertujuan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Melalui sistem eFiling, anda boleh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

Berbeza dengan sistem dahulu di mana anda perlu menghantar borang taksiran dan perlu membuat pengiraan cukai secara manual di pejabat LHDN.

CARA DAFTAR EFILING 2019 / 2020

Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my

Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:


1 – Lengkapkan borang pendaftaran online

Layari http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php untuk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:




Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan contohnya Ai-a78629uf9797d23

Pastikan anda catat nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.


2 – Muat naik dokumen diperlukan

Anda kemudiannya diminta untuk memuat naik salinan dokumen berikut:

Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan
Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yang dengan jelas menunjukkan nama dan no. pengenalan diperlukan.


3 – Semak status permohonan


Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

Peringatan: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.

CARA ISI EFILING

1 – Layari ezHASiL



Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan pada bahagian Log Masuk sila isi segala maklumat yang diperlukan kemudian klik Hantar.

2 – Pilih eBorang

Anda kemudian akan dibawa ke halaman eBorang. Di sini pastikan anda pilih eBorang yang betul sama ada:

e-E: Majikan
e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
e-P: Perniagaan perkongsian
e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
Bagi anda yang bekerja makan gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.

Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

Maklumat Individu
Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
Rumusan
Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda.

Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.

Di halaman akuan seperti gambar di bawah, anda boleh pilih sama ada untuk mencetak draf borang dalam bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya.

Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisi, sila klik “Tandatangan & Hantar”.

Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Selesai pendaftaran eFiling cukai pendapatan 2018 / 2019 anda.

Untuk info lanjut, muat turun PDF cara mengisi eFiling di sini https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...