Bogota: Impian seorang lelaki untuk kelihatan lebih cantik dengan berjumpa doktor palsu menjadi mimpi ngeri apabila pipinya bengkak dan mereput selepas disuntik cecair misteri.
Jerson Trujillo, 28, berjumpa seorang wanita yang menjalankan perkhidmatan suntikan kecantikan tanpa tauliah bagi kelihatan lebih feminin.
Trujillo berkata, dia bertemu wanita itu empat tahun lalu untuk menjalani suntikan di tulang pipi bagi menjadikan pipinya lebih gebu.
Katanya, pada mulanya prosedur berkenaan memberikan hasil yang memuaskan tetapi semuanya berubah selepas dia menjalani rawatan wajah.
Bahan yang digunakan dalam rawatan itu dipercayai bertindak balas dengan cecair yang disuntik di tulang pipi Trujillo.
Tiga bulan selepas rawatan itu pipinya mula membengkak dan mengeluarkan nanah seperti sedang mereput.
“Saya tidak tahu cecair apa yang disuntik ke dalam tubuh saya.
“Muka saya kini hancur, reput dan bernanah,” katanya.
Tambahnya, dia sudah menjalani empat pembedahan yang menyakitkan untuk merawat kembali pipinya.
Trujillo dijadualkan menjalani dua lagi pembedahan.
Wanita yang menjalankan perkhidmatan suntikan kecantikan berkenaan menghilangkan diri selepas Trujillo membuat laporan kepada pihak berkuasa. - Nak gebu, jadi reput.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan