Taip Bahan Carian

Selasa, 1 November 2016

5 Tabiat Yang Menyebabkan Muka Tumbuh Jerawat


Kebanyakan remaja tidak suka jika jerawat timbul dipermukaan mereka. Hormon adalah salah satu penyebab atau punca jerawat. Perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun terdapat juga tabiat-tabiat kecil yang gemar anda lakukan menjadi punya timbulnya jerawat pada wajah anda. Antara tabiat rutin yang boleh membuatkan jerawat timbul pada wajah anda adalah;

1. Selalu sangat cuci muka

Mencuci wajah terlalu kerap menyebabkan jerawat timbul, untuk mengelakkan jerawat, anda hanya perlu mencuci pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur.

2. Menggosok kulit dengan kuat

Menyentalm kulit dengan objek seperti tuala kecil atau span terlalu kuat boleh menyebabkam kulit anda kerengsaan.

3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh

Jangan biarkan peluh yang keluar sebati dengan kulit anda.

4. Gatal tangan untuk kutil dan sentuh jerawat

Tangan yang kotor dan dicemari boleh menyebabkan jerawat semakin timbul kerana wajah dijangkiti kuman.

5. Produk rambut terkena pada wajah

Elakkan penggunaan produk rambut daripada terkena wajah anda kerana ia akan memasuki liang wajah.

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...