Bagaimana ‘Scammer’ Memerangkap Anda?
1. Bermodalkan cash sebanyak RM100,000. Scammer akan membuka sebuah syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai, contohnya:
A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000
2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang scammer dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal scammer RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop scammer kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Scammer akan bayar untuk mendapatkan kepercayaan orang awam! Apa ada hal keluar sikit modal demi mendapatkan trusted mereka. Anda boleh lihat bagaimana scammer ‘makan' duit mereka balik nanti.
3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.
4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.
5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.
6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.
7. Senang jer scammer dapatkan RM40,000,000 (RM40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ini scammer dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelaburnya, seperti kena rompak, kena tipu atau pecah amanah, di banned oleh kerajaan Malaysia atau Bank Negara (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan untuk meredakan kemarahan pelabur, Scammer minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery,.... cukup 6 bulan, minta extent lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus.
Kenali Skim Cepat Kaya
Di Malaysia, Skim "Cepat Kaya" adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia iaitu;
Aktiviti pengambilan deposit secara haram
Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Sumber: http://www.bnm.gov.my/
Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:
1.Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2.Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3.Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4.Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat bonus.
5.Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
6.Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7.Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8.Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9.Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10.Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan tidak selamat.
Sumber: http://www.islam.gov.my/awas-jerat-skim-cepat-kaya-yang-bertopengkan-skim-mlm
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
Kongsi artikal ini... mudah-mudahan sedara mara dan sahabat anda terselamat dari menjadi mangsa skim cepat kaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan