Taip Bahan Carian

Sabtu, 9 Februari 2013

Himpunan ebook Tips Diet 7 hari


Gemuk? Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.

Oleh itu, kami ingin kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/tips-diet-7-hari-094021596.html


Koleksi ebook Diet Pemakanan


Teknik Efektif Diet. 

Wanita & Pemakanan
Panduan Praktikal Profesional Kesihatan diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia. Buku ini dihasilkan sebagai rujukan untuk para doktor, jururawat dan profesional kesihatan lain yang terlibat dalam penjagaan pemakanan wanita Malaysia. Download Percuma



Panduan Nilai Kalori Dalam 200 Jenis Makanan. Download Percuma




Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat
diterbit oleh BAHAGIAN PEMAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
Download Percuma



PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES dari Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Download







Panduan Diet yang Sihat Untuk Keluarga. Download Percuma



Panduan Diet Pemakanan Warga Emas. Download Percuma



Panduan Diet untuk Ibu Hamil. Download Percuma


Ada lagi untuk dikongsi?


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...